Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerjasama Malaysia-Kazakhstan

Posted:

Kerjasama Malaysia-Kazakhstan

Kerjasama Malaysia-Kazakhstan


Najib Tun Razak berbincang dengan Nursultan Nazarbayev semasa mengunjungi pemimpin itu di Istana Akorda, Astana, Kazakhstan, semalam. - BERNAMA


ASTANA, Kazakhstan 6 Jun - Malaysia dan Kazakhstan mencapai pelbagai persetujuan untuk kepentingan bersama termasuk menubuhkan majlis bisnes, mendirikan hotel dan memajukan sistem kewangan Islam.

Paling menarik apabila kerajaan Kazakhstan mengajak syarikat minyak negara, Petronas untuk menerokai peluang-peluang cari gali untuk industri minyak dan gas di negara tersebut.

Negara Asia Tengah tersebut juga mempelawa syarikat Malaysia untuk mendirikan sebuah hotel di bandar terancang, Astana dengan seni bina melambangkan Malaysia.

Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan dan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev dan Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimnov di Presidential Palace di sini hari ini.

Pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di Rixos President Hotel di sini hari ini, Najib berkata, dalam pertemuan itu jelas menunjukkan minat Kazakhstan untuk mencari jalan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala terutamanya dalam aspek perdagangan.

Beliau berkata, walaupun jumlah perdagangan meningkat, namun masih terdapat potensi besar yang belum lagi diterokai oleh kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, Kazakhstan menunjukkan minat dalam sistem perbankan islam dan ingin melabur dalam bank Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Najib menawarkan kepada Kazakhstan menghantar rakyatnya ke Malaysia untuk diberikan latihan dalam sistem kewangan Islam.

Ini, katanya, memandangkan Malaysia merupakan peneraju dalam sistem kewangan Islam global.

Mengenai hotel pula, beliau berkata, kerajaan akan mengenal pasti syarikat yang berminat dan berharap ia dapat didirikan dalam masa terdekat.

Katanya, selain Malaysia, negara lain seperti China dan Abu Dhabi juga telah dipelawa untuk membina hotel di Astana.

Mengenai sektor minyak dan gas pula, katanya, pada prinsipnya kerajaan Kazakhstan bersetuju mempelawa syarikat itu mencari gali sumber asli itu di sini.

Menjawab satu soalan, Perdana Menteri berkata, kerajaan Kazakhstan lebih bersedia untuk menerima pelaburan asing.

Perdana Menteri ditanya tentang masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat yang melabur di negara ini sebelum ini.

Beliau juga berharap semua projek itu dapat disegerakan bagi kebaikan dan faedah bersama kedua-dua negara. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilihan Pas ambil pertimbangan pilihan raya

Posted:

Pemilihan Pas ambil pertimbangan pilihan raya

Pemilihan Pas ambil pertimbangan pilihan raya

ASTANA, Kazakhstan 6 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan parti Pas baru-baru ini banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya.

Apa yang berlaku, katanya, jelas mencerminkan perjuangan Pas tidak lagi untuk membangunkan sebuah negara Islam ataupun untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Najib diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan Pas dalam sidang akhbarnya di Rixos Hotel di sini hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan selepas Najib mengadakan pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimov dan Presiden negara itu, Nursultan Nazarbayev di Presidential Palace di sini.

Najib dalam rangka lawatan dua harinya ke Kazakhstan bermula hari ini. Beliau juga turut menghadiri dan menyampaikan ucaputama pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ketujuh pada Rabu ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ada dua faktor berhubung pemilihan parti Pas itu.

"Pertama, mereka telah uar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai dan banyak perwakilan Pas dalam kepala mereka, mereka lihat pada soal pilihan raya.

"Jadi ini menguntungkan pihak yang ingin ambil alih kuasa dalam Pas," katanya.

Kedua, kata Najib, perubahan slogan 'tagline' bukan lagi mewujudkan negara Islam tapi sebuah negara kebajikan.

Dalam hal ini, kata Perdana Menteri, sebenarnya negara kebajikan itu telah lama diperjuangkan oleh UMNO dan kerajaan selama ini.

"Ini bukan satu perkara baharu, cuma sejak kebelakangan ini sahaja (negara kebajikan) tapi apa yang kita buat dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya, ini semua adalah ciri-ciri negara kebajikan," katanya. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kazakhstan rakan strategik utama - Najib

Posted:

Kazakhstan rakan strategik utama - Najib

Kazakhstan rakan strategik utama - Najib

ASTANA, Kazakhstan 6 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sentiasa melihat Kazakhstan sebagai rakan strategik utama negara di rantau Asia Tengah.

Beliau yakin hubungan setia kawan dan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua buah negara itu akan terus meningkat pada masa akan datang.

Meskipun begitu, beliau melihat masih terdapat banyak lagi potensi dan peluang yang belum lagi diterokai dalam hubungan dua hala itu.

"Kepentingan bersama kita ialah untuk meningkatkan lagi tahap pembangunan kerjasama sosioekonomi melalui tawaran peluang-peluang untuk mengukuh dan meluaskan lagi kerjasama dan kolaborasi dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan juga pembangunan modal insan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev di Presidential Palace selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengannya.

Sebelum itu, Najib mengadakan perbincangan empat mata dengan Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimov.

Najib percaya hubungan dagang Malaysia-Kazakhstan akan terus meningkat ekoran suasana ekonomi global yang semakin positif itu.

Dalam semangat memupuk kerjasama di kalangan negara-negara membangun dan anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), katanya, Malaysia komited untuk berkongsi pengalaman dan menghulurkan bantuan teknikal kepada Kazakhstan.

Selain daripada mengukuhkan lagi hubungan dua hala, Perdana Menteri berkata: "Kita juga perlu bekerjasama dan kolaborasi lebih rapat untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dunia semasa yang semakin kompleks."

Dalam hal ini, katanya, Malaysia dan Kazakhstan berkongsi pandangan yang sama berhubung banyak isu antarabangsa dan serantau terutamanya isu keselamatan global dan keamanan sejagat.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan penduduk Kazakhstan yang menjadi tuan rumah kepada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).

Katanya, sejak penubuhannya pada tahun 2005, forum itu telah menjadi platform untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan bisnes di kalangan usahawan Muslim dan syarikat-syarikat di dalam OIC.

Presiden Kazakhstan pula percaya jalinan kerjasama Malaysia dan negara itu akan terus meningkat.

Katanya, pelbagai isu berhubung kepentingan bersama disentuh. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved