Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penuntut AS belajar bahasa Melayu

Posted:

Penuntut AS belajar bahasa Melayu

Penuntut AS belajar bahasa Melayu

oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


DAING Nasir Ibrahim menyampaikan cenderamata kepada James T. Collin selepas majlis beramah mesra bersama lapan penuntut NIU di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 7 Jun - Keunikan dan kesantunan dalam bahasa Melayu mendorong lapan penuntut dan kakitangan dari Northern Illinios University (NIU), Amerika Syarikat datang ke negara ini bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa tersebut.

Mereka berusia dalam lingkungan 23 hingga 60 tahun memilih Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini bagi merealisasikan hasrat tersebut termasuk mendalami sejarah Malaysia.

Menariknya, latar belakang pendidikan mereka bukan calang-calang kerana sebahagiannya bertaraf profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang akademik.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim, kesemua penuntut itu akan menjalani pembelajaran selama enam minggu bermula minggu lalu yang dikendalikan di bawah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP.

"Program itu sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan antara UMP dengan NIU baru-baru ini.

"Selain mengikuti kelas, mereka akan ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing di Kampung Cherok Paloh di sini bagi mendalami budaya masyarakat Melayu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra di UMP Jalan Gambang, di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, mereka akan diberi maklumat mengenai daerah itu, kesultanan Melayu, makanan tradisional Pahang dan berpeluang menyediakan persiapan perkahwinan mengikut adat Melayu.

Dalam pada itu, seorang profesor dari NIU, James T. Collin berkata, melalui program itu, mereka percaya hasrat membangunkan pemahaman bahasa Melayu dan Asia Tenggara akan tercapai.

"Saya harap dapat menerokai dan mempelajari budaya serta bahasa Melayu dengan berkesan," jelasnya.

Bagi seorang lagi profesor dari universiti tersebut Coral Carlson, 58, yang mempunyai tiga ijazah sarjana dan satu ijazah kedoktoran (PhD) teruja apabila berpeluang ke negara ini bagi meneruskan kajiannya.

"Perkara pertama yang saya fikirkan apabila sampai di Kuantan adalah untuk bertemu dengan bekas pelombong yang terlibat dengan aktiviti perlombongan di Sungai Lembing," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GWGF anjur program Jom Masuk U

Posted:

GWGF anjur program Jom Masuk U

GWGF anjur program Jom Masuk U

MARAN 7 Jun - Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menganjurkan program 'Jom Masuk Universiti' dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kemasukan sesi akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kerjasama pihaknya dengan universiti itu adalah selaras dengan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Menurut beliau, program itu akan membantu pelajar Melayu berkelayakan dan daripada keluarga berpendapatan kurang RM2,000 sebulan supaya dapat melanjutkan pengajian di UiTM.

"Seramai 317 sukarelawan GWGF di setiap tanah rancangan Felda akan turun padang mencari pelajar miskin yang mempunyai kelayakan melanjutkan pengajian ke universiti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Abdullah berkata, program itu merupakan tanggungjawab pertubuhan tersebut membantu generasi baru Felda untuk mendapatkan tempat pengajian di universiti berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi akan ditawarkan mengikuti dua kursus pra diploma iaitu perdagangan dan sains.

Tambah beliau, mereka perlu mendaftar dengan sukarelawan GWGF yang ditempatkan di setiap tanah rancangan Felda.

Beliau berkata, mereka yang terpilih akan ditempatkan di semua kampus UiTM dan mengikuti pengajian pada peringkat tersebut selama enam bulan secara percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat

Posted:

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat


MOHD. Soffi Abdul Razak bersalaman dengan pelajar baharu UiTM Cawangan Pahang, Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, Maran, baru-baru ini.


MARAN 7 Jun - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri ini dicabar menjadi graduan yang berupaya menjadi pemangkin kepada hala tuju agenda nasional pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, mereka perlu komited dalam pelajaran bagi mencapai keputusan terbaik pada setiap peperiksaan akademik di universiti itu.

Tegas beliau, pada masa sama, mereka perlu mengambil bahagian dalam aktiviti luar kampus kerana dapat merangsang pemikiran kreatif, berketerampilan, cekal dan mesra masyarakat.

"Tiada jalan pintas untuk cemerlang, tetapi perlu bersungguh-sungguh, tidak berputus asa serta sentiasa berusaha mencapai yang terbaik,'' katanya ketika berucap menutup Minggu Destini Siswa di UiTM Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab.Rahman dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Khafiruddin Ali.

Seramai 2,319 penuntut baharu mendaftar pengajian bagi sesi Mei-Disember di kampus itu.

Katanya, hala tuju universiti itu iaitu Kecemerlangan Akademik Berkelas Dunia adalah tepat kerana ia boleh direalisasikan jika warganya bergerak seiring ke arah kecemerlangan.

Beliau juga optimis hasrat universiti itu dapat dicapai sekali gus meletakkan kedudukan bumiputera setanding dengan bangsa lain di dunia.

Bagaimanapun jelasnya, bagi mencapai matlamat itu setiap warga universiti tersebut perlu meningkatkan jati diri dan menjadikan ilmu sebagai salah satu budaya bagi kehidupan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved