Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Mendekati industri penerbangan

Posted:

Mendekati industri penerbangan

Mendekati industri penerbangan

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com


Pelajar menggunakan alat simulator penerbangan di Pusat latihan Felda Kertih, baru-baru ini.


DUNGUN 6 Jun – Raut wajah yang menggambarkan keterujaan jelas kelihatan apabila anak-anak peneroka Felda menunggu giliran untuk mencuba menerbangkan 'pesawat' di tengah kawasan ladang.

Ia sebenarnya bukan realiti tetapi alat simulasi penerbangan seakan sama dengan alatan kokpit kendalian juruterbang semasa menerbangkan pesawat membelah angkasa.

Mereka kini boleh mengimpikan ia boleh menjadi kenyataan kelak sekiranya mempunyai cita-cita dengan berusaha memajukan diri dalam pelajaran bagi meneroka pelbagai kerjaya dalam industri penerbangan.

Mereka didedahkan dengan alatan itu bagi mengisi sebahagian daripada Program Simulasi Penerbangan Felda yang merupakan satu mekanisme pihak penganjur untuk memupuk minat di kalangan warganya khususnya generasi kedua dan ketiga dalam bidang itu.

Penganjuran dua hari di Pusat Latihan Felda Kertih itu merupakan kerjasama antara Yayasan Felda, Felda Wilayah Terengganu dan Infotech Quest Sdn. Bhd. bagi memberi pendedahan awal berkaitan kerjaya sebagai juruterbang dan persediaan yang perlu dilakukan.

Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, program itu sebahagian daripada rancangan untuk membangunkan potensi generasi baru dan peluang kepada masyarakat Felda memacu kecemerlangan dalam segenap aspek.

Katanya, Yayasan Felda telah melantik sebuah konsultan sejak setahun lalu untuk mengadakan sesi pendedahan kerjaya penerbangan khusus kepada anak-anak Felda yang berminat dengan bidang itu.

"Syarikat terbabit iaitu Infotech Quest Sdn. Bhd. dari Ampang Jaya, Selangor telah memberi latihan menggunakan simulator penerbangan sehingga 10 jam kepada golongan sasaran.

"Sehingga kini, kira-kira 4,000 pelajar telah terbabit dengan program itu dan latihan mengenainya kini dijalankan di Asrama Felda Semai Bakti, Kuala Lumpur dengan menggunakan lapan buah alat simulator penerbangan yang setiap satunya berharga RM100,000," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu baru-baru ini.

Tambah Mohd. Yusof, setelah Yayasan Felda memikirkan ada keperluan untuk berkongsikan perkara bermanafaat itu kepada warga Felda yang lain di seluruh negara, ia mula digerakkan ke tanah rancangan Felda dan Terengganu menjadi destinasi pertama.

Selepas ini kata Penasihat Felda Jabatan Perdana Menteri itu, program serupa akan digerakkan ke Johor, Kelantan dan Perak bagi memastikan generasi baru Felda didedahkan dengan pelbagai bidang profesional.


Raja Zulkifli Raja Ahmad memberikan penerangan pada Program Simulasi Penerbangan di Pusat Latihan Felda Kertih, baru-baru ini


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Infotech Quest Sdn. Bhd., Raja Zulkifli Raja Ahmad berkata, simulasi penerbangan adalah sebuah sistem untuk mewujudkan gambaran penerbangan dalam sebuah pesawat terbang.

Katanya, simulasi berkenaan lebih menarik minat kerana saiz dan kedudukan program aplikasi komputer itu hampir sama dengan kokpit dalam sesebuah pesawat dan ia tidak sama dengan permainan elektronik.

"Apa yang kita bawakan ke tanah rancangan Felda pada hari ini adalah kaedah sama yang digunakan dalam latihan industri penerbangan untuk melatih juruterbang, simulasi bencana dan pengendalian sesebuah pesawat.

"Teknik simulasi yang didedahkan kepada masyarakat Felda sama seperti dalam industri penerbangan sebagai acuan untuk beberapa fungsi seperti pengujian pesawat dan latihan awal yang dijalankan oleh bakal juruterbang," katanya.

Dalam program itu, empat buah alat simulator penerbangan ditempatkan di dewan pusat latihan itu dan dikendalikan oleh lima juruterbang berpengalaman.

Selain pelajar sekolah dan penuntut institusi kemahiran dan pengajian tinggi, ibu bapa tidak melepaskan peluang melihat sendiri pengalaman yang jarang-jarang diperolehi itu.

Selain itu, kata Raja Zulkifli, program tersebut telah banyak memberi kefahaman kepada anak muda dan si cilik mengenai persiapan yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke kerjaya itu.

"Kami mahu menanam minat lebih awal dengan persiapan seperti penguasaan bahasa Inggeris dan matematik di peringkat sekolah, tahap kesihatan dan disiplin yang tinggi.

"Jika mereka benar-benar berminat, persiapan ini dilakukan lebih awal. Ibu bapa juga diberitahu tentang perkara ini untuk kebaikan anak mereka kelak," ujarnya.

Selain itu, beberapa bahan bacaan dan jadual turut dipamerkan bagi menunjukkan kerjaya penerbangan begitu luas untuk diterokai seperti kejuruteraan, keselamatan, teknologi alam sekitar dan pengurusan logistik lapangan terbang.

Pengunjung turut didedahkan dengan komponen sesebuah pesawat penerbangan, fungsi dan peranan setiap petugas di dalam pesawat serta pengendalian di sesebuah landasan kapal terbang termasuk aspek kecemasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6,117kg daun tembakau dirampas

Posted:

6,117kg daun tembakau dirampas

6,117kg daun tembakau dirampas

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Ahmad Loman (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan daun tembakau diawet yang dirampas di Ibu Pejabat LKTN, semalam.


KOTA BHARU 6 Jun – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) merampas daun tembakau diawet seberat 6,117 kilogram yang diseludup dari Thailand di Kampung Limbat di sini kira-kira pukul 6 pagi Khamis lalu.

Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman berkata, rampasan daun tembakau bernilai RM91,755 itu dilakukan selepas sepasukan anggotanya mengekori dua buah lori sejauh 25 kilometer bermula di pengkalan haram, Pasir Mas sehingga ke Kampung Limbat.

Jelas beliau, kedua-dua lori yang digunakan turut dirampas, bagaimanapun kesemua suspek berjaya melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan, lori tersebut didapati penuh dengan muatan daun tembakau diawet melibatkan 103 bandela berjumlah 6,117 kilogram dipercayai dari Thailand.

"Kejayaan ini berdasarkan intipan Unit Penguatkuasa LKTN selama sebulan di pengkalan haram itu dan ia merupakan rampasan terbesar dalam tempoh tiga tahun," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Jelas beliau, rampasan berkenaan merupakan yang kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas anggotanya turut merampas 900 kilogram tembakau diawet bernilai RM13,500 di Pasir Mas pada 21 Mei lalu.

Menurut beliau, kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 51, 52 dan 63 Akta LKTN 2009 (692) iaitu kawalan penyimpanan dan pemilikan tembakau diawet, kawalan pergerakan tembakau diawet dan kuasa memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut.

"Jika disabitkan kesalahan, mana-mana pesalah yang didapati melanggar Seksyen 51 dan 52 akta itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

"Sementara itu, menurut Seksyen 63 akta sama, sabit kesalahan membawa peruntukan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," jelas beliau.

Sementara itu menurut beliau, sepanjang 2010 LKTN berjaya merampas 149 bandela tembakau diawet di negeri ini seberat 9,588.5 kilogram dengan nilai pasaran RM124,504.

"Tembakau ini dibawa masuk ke negara ini melalui jalan darat dan akan dicampur dengan tembakau keluaran tempatan untuk dijual memandangkan harga tembakau di Malaysia RM15 sekilogram berbanding RM10 sekilogram di Thailand," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6 OKU terima bantuan ADUN Chukai

Posted:

6 OKU terima bantuan ADUN Chukai

6 OKU terima bantuan ADUN Chukai


Mohamed Awang Tera (kanan) bertanya khabar kepada Engku Muda Chik semasa menyampaikan bantuan kepada OKU di Chukai, Kemaman, baru-baru ini.


KEMAMAN 6 Jun – Seramai enam orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera dalam rutin turun padangnya baru-baru ini.

Semasa mengadakan kunjungan di Kampung Gong Limau dan Kampung Jabor Kubur, Mohamed menjengah kehidupan keluarga OKU itu yang ternyata menggembirakan mereka dan keluarga.

Sambil bertanya khabar, beliau menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan dapur kepada mereka.

Sidek Salleh, 80, yang lumpuh sejak 20 tahun lalu berkata, dia terharu menerima sumbangan berkenaan dan mengucapkan rasa syukur kerana wakil rakyat memberi perhatian kepada nasib mereka.

"Alhamdulillah, saya berterima kasih kerana turut mendapat bantuan bulanan yang mengurangkan beban keluarga," katanya.

Ismail Long, 83, yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu turut gembira kerana nasibnya turut mendapat perhatian.

"Saya sedih dan gembira kerana tidak dilupakan dalam keadaan uzur dan terlantar di rumah," katanya.

Sementara itu, Mohamed yang juga Exco kerajaan negeri berkata, program turun padang itu merupakan program yang dilaksanakan secara berterusan.

"Kita akan terus membantu golongan miskin dan kurang upaya dalam DUN ini yang benar-benar memerlukan pembelaan serta perhatian daripada kerajaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved