Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


RM318j biayai kewangan kerajaan

Posted:

RM318j biayai kewangan kerajaan

RM318j biayai kewangan kerajaan

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada OKU Saaerah Abdul Wahab pada Majlis Berbuka Puasa 1 Malaysia di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, semalam. – bernama


PUTRAJAYA 18 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM318 juta bagi membiayai perbelanjaan kewangan kerajaan-kerajaan negeri untuk 2013.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2011 yang berlangsung di Kementerian Kewangan hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak RM30 juta adalah caruman kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.

"Sebanyak RM288 juta caruman untuk pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.

Mesyuarat dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan serta menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

Najib turut mengumumkan caruman tambahan sebanyak RM10 juta bagi pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup untuk 2012.

Beliau berkata, Majlis Kewangan Negara juga mengambil maklum dan berpuas hati dengan pelaksanaan penyelenggaraan cerun-cerun jalan di negeri-negeri dengan peruntukan sebanyak RM60 juta yang disediakan mulai tahun lepas.

"Perkara ini dapat membantu negeri-negeri untuk menyelenggara cerun-cerun jalan dengan lebih baik demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya," katanya.

Najib menambah, Majlis Kewangan Negara turut mengambil maklum mengenai pelaksanaan peruntukan pendahuluan dari kerajaan Persekutuan berjumlah RM165 juta untuk membiayai kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan sistem pengairan pertanian.

Ia membabitkan kawasan pengairan jelapang padi dan luar jelapang padi termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) selain kawasan bekas Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) meliputi Sabah dan Sarawak yang disediakan mulai tahun ini.

"Pendahuluan ini membantu negeri-negeri untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pengairan pertanian dengan lebih baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerajaan kekal sasaran KDNK 5 hingga 6 peratus

Posted:

Kerajaan kekal sasaran KDNK 5 hingga 6 peratus

Kerajaan kekal sasaran KDNK 5 hingga 6 peratus

PUTRAJAYA 18 Ogos - Kerajaan masih mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima hingga enam peratus tahun ini walaupun dunia berdepan keadaan ekonomi tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mengikut keadaan semasa KDNK negara mungkin lebih menghampiri kadar lima peratus berbanding enam peratus.

"Disebabkan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu maka amat sukar untuk membuat andaian mengikut sesuatu angka, jadi kita buat keputusan menetapkan sasaran mengikut julat.

"Kita masih mengekalkan sasaran julat antara lima hingga enam peratus," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2011 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan KDNK bagi separuh pertama tahun ini berkembang pada kadar sederhana sebanyak 4.4 peratus.

Bagi suku kedua pula, ia mencatat pertumbuhan sebanyak empat peratus berbanding 4.9 peratus bagi suku pertama 2011.

Mengulas mengenai kadar inflasi, Najib berkata, langkah-langkah tertentu seperti penurunan harga ayam telah diambil untuk mengurangkan kadar tersebut di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang baik.

"Data terkini menunjukkan berlaku sedikit penurunan pada kadar inflasi, kita mahu capai kadar inflasi yang rendah bersama pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan," katanya.

Mengenai defisit pula, Perdana Menteri berkata, usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus berada dalam landasan yang betul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PDRM perbaiki persepsi masyarakat

Posted:

PDRM perbaiki persepsi masyarakat

PDRM perbaiki persepsi masyarakat

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin diiringi Hishammuddin Tun Hussein (kiri) dan Khalid Abu Bakar (kanan) ketika menghadiri Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra bersama Timbalan Perdana Menteri di Maktab PDRM Kuala Lumpur di Cheras, semalam. Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Datuk Lee Chee Leong. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 18 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu terus meningkatkan pencapaian pasukan itu walaupun kadar indeks jenayah dan jenayah jalanan di dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencatatkan penurunan pada tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap pasukan PDRM sebagai faktor utama yang perlu ditangani dengan efektif bagi mengelakkan kesan negatif.

Katanya, ini berikutan pasukan PDRM seperti pasukan keselamatan di negara lain turut terdedah dengan risiko persepsi sama ada ia memberi kesan positif mahupun sebaliknya.

"Tidak dinafikan antara cabaran utama PDRM masa kini adalah mengenai persepsi ramai berhubung rasuah dan kekerasan ke atas orang kena tahan.

"Justeru, PDRM perlu perbaiki persepsi masyarakat terhadap pasukan itu walaupun penurunan berlaku di dalam pencapaian NKRA mengurangkan jenayah," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama warga PDRM di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Salleh Mat Rasid .

Tambahnya, kerajaan yakin PDRM mampu menangani isu-isu persepsi yang dibangkitkan melalui usaha pasukan itu mengukuhkan budaya integriti dan urus tadbir yang lebih tinggi di samping aktif berkomunikasi secara kreatif dengan rakyat mengenai pencapaian PDRM secara berterusan dan konsisten.

"Ini berdasarkan penilaian secara berkala yang dilakukan melalui soal selidik iaitu 'Meningkatkan Kepuasan Rakyat Terhadap Prestasi PDRM' pada Mei 2011 menunjukkan sebanyak 55 peratus rakyat berpuas hati terhadap prestasi PDRM.

"Persepsi pencapaian PDRM itu mengalami peningkatan berbanding pada 2009 yang mencatatkan hanya 35 peratus," ujarnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved