Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Perbanyak Kelab Warga Emas

Posted:

Perbanyak Kelab Warga Emas

Perbanyak Kelab Warga Emas

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIBkota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena Hari Raya Aidilfitri di Institut Latihan Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Bandar Tun Razak, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kelab Warga Emas terutama di perumahan awam dan flat-flat di ibu negara wajar dipertingkatkan kerana ia ternyata memberikan manfaat besar kepada ahli-ahlinya.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, pada masa ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan sembilan kelab warga emas di beberapa kawasan perumahan.

Sehubungan itu, beliau berharap akan ada lagi kelab seperti itu diwujudkan di kawasan-kawasan perumahan yang lain terutama yang mempunyai ramai golongan warga emas.

Namun, katanya, kelab-kelab seperti itu pasti akan bertambah pada masa depan berikutan peningkatan warga emas di Kuala Lumpur menjelang tahun 2020 dan 2030.

"Melalui kelab ini, ia akan mengukuhkan lagi hubungan di antara warga emas dan DBKL yang telah mengaturkan setiap program untuk mereka di kelab tersebut.

"Selain itu, kelab warga emas ini juga mampu memupuk semangat kejiranan dan masyarakat setempat," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan khas kepada warga emas di Institut Latihan DBKL di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusuf.

Seramai 1,000 warga emas yang terdiri daripada ahli Kelab Warga Emas DBKL dan Pusat RAHMAT menerima sumbangan bernilai RM350 setiap seorang.

Majlis sumbangan menerusi peruntukan DBKL itu merupakan julung kali diadakan bagi menghargai jasa warga emas terhadap pembangunan Kuala Lumpur.

Raja Nong Chik menambah, warga emas tidak seharusnya diabaikan, sebaliknya mereka perlu diberikan perhatian yang berterusan dan kewujudan kelab itu yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, mampu menghilangkan rasa sunyi mereka, selain mampu menambah rakan-rakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kotor: 3 lagi peniaga dikompaun

Posted:

Kotor: 3 lagi peniaga dikompaun

Kotor: 3 lagi peniaga dikompaun


Salehuddin Abu Bakar memeriksa salah sebuah gerai semasa Ops Bersih Ramadan di Taman Tasik Permaisuri, kelmarin.


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tiga pengendali makanan dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur pengendalian makanan yang betul dalam Operasi Kebersihan Bazar Ramadan (Ops Bersih Ramadan) oleh Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini semalam.

Pengarah Kesihatan DBKL, Dr. Salehuddin Abu Bakar berkata, tiga orang itu menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dikenakan tindakan sebanyak 20 orang melibatkan pemeriksaan ke atas 2,229 gerai sejak operasi itu bermula awal Ramadan lalu.

Menurutnya, pada operasi yang sama, sebanyak 60 sampel makanan telah diambil dan akan dihantar ke makmal untuk tujuan pemeriksaan lanjut dalam tempoh tiga hari.

"Sejak operasi dijalankan pada 1 hingga 12 Ogos lalu, 53 daripada 278 sampel yang diambil iaitu kira-kira 19 peratus didapati tercemar.

"Ini termasuk bakteria e-coli yang boleh membawa kepada keracunan makanan," katanya kepada media selepas mengetuai Ops Bersih Ramadan di Bazar Ramadan Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak di sini.

Ops bersepadu yang disertai 30 pegawai dan kakitangan jabatan itu mendapat kerjasama daripada jawatankuasa penganjur bazar itu iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Bandar Tun Razak.

Salehuddin berkata, sejak awal Ramadan, operasi itu telah dijalankan di 47 daripada 80 lokasi bazar di seluruh kawasan pentadbirannya dan beliau yakin ia dapat diselesaikan menjelang 25 Ogos ini.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli makanan di bazar Ramadan kerana ia mudah dicemari terutama makanan yang melibatkan penggunaan santan seperti kuih muih, lauk pauk dan minuman," ujarnya.

Pada masa sama, pengendali makanan dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan termasuk menggunakan peralatan dan pakaian yang bersih.

"Kegagalan pengendali mematuhi syarat ini, boleh membawa kepada dikenakan kompaun sebanyak RM150 di bawah Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan Wilayah Persekutuan 1974, manakala RM500 bagi mereka yang didapati menjual makanan tercemar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PPP edar 1,000 Jalur Gemilang di Sri Sabah

Posted:

PPP edar 1,000 Jalur Gemilang di Sri Sabah

PPP edar 1,000 Jalur Gemilang di Sri Sabah


A. Chandrakumanan (tengah) bersama ahli PPP dan sebahagian penduduk pada majlis pengedaran Jalur Gemilang di Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Dalam kehangatan hari raya yang semakin hampir, Parti Progresif Penduduk (PPP) Bandar Tun Razak mengajak rakyat agar turut mengingati sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini dengan menyerahkan lebih 1,000 Jalur Gemilang di sekitar kawasan Sri Sabah di sini dalam majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Program yang dirasmikan oleh Ketua MCA Bahagian Bandar Tun Razak Chew Lian Keng turut dihadiri oleh Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan yang juga Ketua PPP Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk A. Chandrakumanan dan ahli-ahli jawatankuasanya yang bersama-sama mengagih-agihkan bendera kepada pengguna kenderaan di kawasan itu.

"Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang kita telah capai selama ini, di mana pelbagai kaum hidup dalam suasana yang aman dan damai di bawah kerajaan Barisan Nasional," kata Lian Kweng.

Chandrakumanan pula berkata, setiap rakyat hendaklah menunjukkan rasa bangga kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, manakala golongan muda juga sepatutnya menghargai perjuangan pemimpin terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan yang kini mereka sama-sama nikmati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved