Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Amal 3 prinsip capai kejayaan

Posted:

Amal 3 prinsip capai kejayaan

Amal 3 prinsip capai kejayaan

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN anggota Pertubuhan Peladang Daerah (PPD) Wilayah Johor Timur yang hadir pada Majlis Perhimpunan dan Berbuka Puasa Sempena Ulang Tahun Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat PPD Wilayah Johor Timur di Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 18 Ogos - Golongan petani, penternak dan nelayan disaran mengamalkan tiga prinsip utama untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing iaitu untung, maju dan menyokong dasar kerajaan.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Mohd. Naser Yusof berkata, prinsip pertama adalah paling penting iaitu golongan berkenaan perlu berusaha lebih gigih dan bekerja lebih kuat bagi memastikan usaha yang dilaksanakan memberi pulangan yang menguntungkan.

Beliau berkata, keuntungan berganda tidak akan mampu dicapai jika penglibatan mereka secara sambil lewa dan tidak sanggup berusaha gigih.

"Amalan yang terbaik dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan atau dalam erti kata lain bersedia melakukan perubahan untuk lebih maju dapat meningkatkan hasil pengeluaran masing-masing.

"Selain itu, golongan berkenaan juga perlu menyokong dasar kerajaan dan berganding bahu dengan agensi yang berkaitan dalam menjayakan dasar transformasi pertanian supaya setiap hasrat dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perhimpunan dan Berbuka Puasa sempena Ulang Tahun Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Pertubuhan Peladang Daerah (PPD) Wilayah Johor Timur 2011 di Dewanraya Perumahan Tersusun Kampung Mawai, dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata, bidang pertanian merupakan industri yang berpotensi untuk diceburi oleh semua pihak dan peluang yang ada harus direbut.

Mohd. Naser turut menyarankan golongan berkenaan supaya menggunakan kaedah terkini untuk meningkatkan pengeluaran produk masing-masing.

"Pada zaman ini, petani, penternak dan nelayan tidak boleh lagi terlalu bergantung semata-mata kepada sistem yang ada, sebaliknya perlu menambah baik sistem itu dengan kaedah terkini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

100 penuntut PJB sertai pertandingan reka bentuk kasut

Posted:

100 penuntut PJB sertai pertandingan reka bentuk kasut

100 penuntut PJB sertai pertandingan reka bentuk kasut

JOHOR BAHRU 18 Ogos - Lebih 100 penuntut Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual Politeknik Johor Bahru (PJB), Pasir Gudang, dekat sini akan menyertai Pertandingan Rekabentuk Kasut Malaysia di Kuala Lumpur pada April tahun depan.

Ketua Jabatannya, Rosli Zainuddin berkata, penyertaan kali ini lebih ramai berbanding 20 orang tahun lalu bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada mereka.

"Kita beri pendedahan dan pengalaman kepada penuntut dan pensyarah PJB dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Selain itu, ia juga untuk memenuhi keperluan dalam menjadikan PJB ke arah politeknik premier.

"Diharap juga penuntut memahami bidang itu dan mengetahui tentang peluang kerjaya mereka pada masa depan," katanya pada Pameran dan Seminar Kerjaya Rekabentuk Kreatif 2011 di PJB di sini semalam.

Menurutnya, penyertaan itu diharap menjadikan mereka berusaha lebih kreatif selain memberi pengalaman berbeza kerana dapat melihat hasil kreativiti penuntut universiti lain.

Beliau memberitahu, pada tahun lalu, PJB berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir, manakala tahun sebelumnya muncul johan pertandingan itu.

Sementara itu, Penasihat Pertandingan Rekabentuk Kasut Malaysia 2012, Bill Keith berkata, pertandingan tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu kasut lelaki, wanita dan kasut kecil untuk perhiasan.

Menurutnya, hadiah bagi kategori kasut lelaki adalah RM5,000, kasut wanita (RM2,500), manakala kasut kecil untuk perhiasan masih belum ditentukan.

Bill berkata, pertandingan itu diharap dapat mengubah persepsi umum bahawa mengikuti jurusan reka bentuk dan komunikasi tidak mempunyai masa depan sedangkan hakikatnya mempunyai pasaran kerja yang luas, antaranya menjadi pereka fesyen, tukang jahit, penyelaras fesyen dan menubuhkan syarikat produksi sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved