Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bekalan kelapa dijamin mencukupi

Posted:

Bekalan kelapa dijamin mencukupi

Bekalan kelapa dijamin mencukupi

KUANTAN 19 Ogos - Bekalan kelapa di Pahang dijamin mencukupi semasa musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, kerajaan negeri turut mengimport kelapa dari Indonesia untuk menampung keperluan yang meningkat di musim perayaan itu nanti.

"Bekalan kelapa tempatan ketika ini dilihat tidak mencukupi lebih-lebih lagi untuk menampung permintaan yang tinggi di musim perayaan.

"Oleh itu, kita memutuskan untuk mengimport bekalan kelapa dari luar yang jauh lebih murah serta dapat memenuhi permintaan orang ramai ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang juga telah diminta memantau keperluan bekalan dan harga barang di pasar tani.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan bekalan kelapa pada harga RM1.30 sebiji di 31 buah pasar tani anjuran Fama di seluruh negeri.

Mengulas mengenai bekalan ikan yang kurang, beliau berkata, Jabatan Perikanan Pahang telah diminta membawa masuk bekalan ikan dari luar untuk menampung keperluan semasa.

"Berdasarkan makluman jabatan berkenaan, kekurangan bekalan tersebut bermula sejak April lalu dan dijangka berakhir pada hujung bulan Ogos ini.

"Ia disebabkan perairan laut di negeri ini mengalami kekurangan ikan disebabkan musim bertelur dan tempoh membesar antara April hingga akhir Ogos," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemuda UMNO sasar derma 10,000 al-Quran ke Kemboja

Posted:

Pemuda UMNO sasar derma 10,000 al-Quran ke Kemboja

Pemuda UMNO sasar derma 10,000 al-Quran ke Kemboja


Sohaimi Shahadan (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada wakil rumah anak yatim pada Majlis Iftar Jama'i Bersama Anak Yatim Rumah Kanak-Kanak Sultanah Kalsom dan pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Turut hadir, Yusoff Harun (kiri) dan Nurul Khamar Shariff (dua kanan).


KUANTAN 19 Ogos - Usaha menyebarkan syiar Islam bukan sahaja dilakukan di negara ini, malah, turut diperluaskan ke luar negara terutama kepada masyarakat minoriti Islam yang miskin.

Atas keprihatinan tersebut, Pemuda UMNO dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Yayasan Restu mensasarkan sebanyak 10,000 naskhah al-Quran untuk dibekalkan kepada masyarakat Islam di Kemboja.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program wakaf al-Quran yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan membantu masyarakat negara itu memperoleh al-Quran yang dikatakan sukar didapati di negara berkenaan.

Beliau menyeru orang ramai untuk membantu menjayakan usaha tersebut sama ada berbentuk naskhah al-Quran atau wang tunai.

''Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada setiap masjid, madrasah, pusat tahfiz dan sebahagian penduduk di Kemboja selain beberapa aktiviti kemasyarakatan turut dijalankan.

''Kami berharap dapat mencapai sasaran tersebut dan setiap masyarakat Malaysia boleh menyumbang sekurang-kurangnya senaskhah al-Quran bagi membantu sekali gus membuat amal kebajikan sesama saudara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Jama'i Bersama Anak Yatim Rumah Kanak-Kanak Sultanah Kalsom dan pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden KPTM, Datuk Yusoff Harun dan Pengarah KPTM Kuantan, Nurul Khamar Shariff.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut, pelajar serta anak-anak yatim kakitangan KPTM Kuantan.

Sohaimi yang juga Pengerusi KPTM berkata, sumbangan itu boleh disalurkan ke pejabat Perdasama, Lot 1717, Jalan Ledang Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur atau disalurkan terus ke akaun Dana Waqaf Al-Quran MayBank bermula 8 Ogos lalu hingga 8 Oktober ini.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan, Nor Hanani Amiara Shafawi, 14, berkata, sumbangan tersebut akan dikongsi bersama lima adik-beradiknya yang lain bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

''Saya bersyukur menerima sumbangan ini dan akan digunakan untuk membantu nenek membeli barangan keperluan lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hentian teksi dinaik taraf

Posted:

Hentian teksi dinaik taraf

Hentian teksi dinaik taraf


Chang Hong Seong (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian ahli persatuan teksi bekas anggota keselamatan selepas menyampaikan sumbangan sempena Adilfitri di Jalan Pasar, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 19 Ogos - Kerajaan Pahang akan menaik taraf hentian teksi di Jalan Pasar di sini yang uzur tidak lama lagi bagi kemudahan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, pihaknya menerima rungutan daripada ahli persatuan teksi yang beroperasi di hentian itu berhubung keadaan tapak teksi sedia ada yang kurang memuaskan dan tidak selesa.

"Saya cuba mendapatkan peruntukan menaik taraf hentian teksi di sini termasuk menggantikan kerusi-kerusi menunggu yang rosak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis sumbangan hamper dan wang tunai kepada 53 ahli Persatuan Teksi Bekas Anggota Keselamatan (PTBAK) Kuantan di pekarangan tempat letak teksi di Jalan Pasar di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, setiap ahli menerima wang tunai sebanyak RM80 dan hamper berupa makanan.

Hadir sama, Pengerusi PTBAK, Hassan Assaari Muda.

Hong Seong memberitahu, sebelum ini, pihaknya berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk membantu Persatuan Teksi Terminal Makmur di sini membeli peralatan pejabat.

"Saya akan cuba usahakan untuk membantu PTBAK pula untuk menaik taraf tapak teksi supaya lebih selesa," ujarnya.

Tegas beliau, kerajaan negeri amat prihatin dengan apa sahaja masalah yang dihadapi pemandu teksi di daerah ini.

Sementara itu, Hassan Assaari berkata, pihak berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Hong Seong di atas keprihatinan terhadap kebajikan pemandu teksi.

Menurut beliau, program sumbangan itu diadakan sejak lima tahun lalu setiap kali tiba bulan Ramadan.

"Ia bertujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli persatuan di samping menceriakan mereka sempena hari lebaran ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved