Isnin, 1 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM ucap takziah kepada keluarga Awang Had

Posted: 01 Jul 2013 02:22 AM PDT

BALU Allahyarham Tan Sri Awang Had Salleh, Puan Seri Salmah Abu Bakar menyiram air mawar di pusara tokoh akademik dan Sasterawan Negara itu sambil dibantu anaknya, Norazlina (kanan) dan menantu, Abdul Rahman Dahlan di tanah perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 1 Julai - Berita pemergian tokoh pendidikan tersohor Tan Sri Dr Awang Had Salleh turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di luar negara.

Dalam mesej tweet beliau hari ini, Najib mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, termasuk Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Negara telah kehilangan tokoh akademik dan sasterawan terbilang, Tan Sri Awang Had Salleh. Takziah kepada @mpkotabelud dan seisi keluarga," katanya.

Abdul Rahman merupakan suami kepada anak Allahyarham yang juga bekas penyampai berita NTV7, Datin Norazlina.

Awang Had, 79, meninggal dunia pada kira-kira 3 pagi ini di Hospital Putrajaya akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Salmah Abu Bakar,69, dan tujuh orang anak, lima lelaki dan dua perempuan.

Najib kini berada di London untuk lawatan kerja empat hari ke United Kingdom. - BERNAMA

Pekerja wanita bergama Islam berhak pakai tudung

Posted: 01 Jul 2013 02:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Julai - Semua majikan di negara ini mesti memahami bahawa wanita Islam berhak memakai tudung bagi melaksanakan kewajipan mematuhi perintah agama menutup aurat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, segelintir majikan meletakkan syarat pekerja wanita yang beragama Islam dikehendaki membuka tudung kerana kurang faham tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Menurut beliau, tindakan majikan meletakkan syarat tersebut perlu diperbetulkan walaupun insiden sedemikian disifatkan sebagai kes terpencil.

Bila kita faham kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh hak dan agama masing-masing.

Saya minta pihak berkuasa agama Islam memperjelaskan kepada pihak majikan berhubung kewajipan wanita Islam memakai tudung," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembentangan Dapatan Kajian Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pemandu perlu jelaskan kompaun saman AES

Posted: 01 Jul 2013 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Julai - Pemandu yang mendapat saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu menjelaskan kompaun itu walaupun pendakwaan kes berkenaan ditangguhkan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kompaun itu perlu dijelaskan kerana notis yang dikeluarkan kepada orang yang melakukan kesalahan trafik tersebut dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, pelaksanaan AES masih diteruskan di 14 lokasi sedia ada di negara ini.

"Antaranya, KM375.9, Lebuh Raya PLUS - Slim River (Arah ke Utara), KM7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), KM26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (persimpangan Kampung Kerdah) dan KM204.6 Lebuh Raya PLUS - Taiping (arah ke Utara), " katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang meminta penjelasan mengenai status pemantauan kesalahan trafik AES serta sama ada pemandu yang mendapat saman AES perlu menjelaskan kompaun mereka.

Pada 18 Disember lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan mengarahkan semua prosiding berkaitan saman AES ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved