Ahad, 4 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


SWM beli 40 lori

Posted:

SWM beli 40 lori

SWM beli 40 lori

SEREMBAN 3 Sept. - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) memperuntukkan hampir RM22 juta bagi membeli 40 lori mengutip sampah berteknologi tinggi demi mempertingkatkan tahap kecekapan operasi kutipan sisa pepejal di negeri ini, Melaka dan Johor.

Pengarah Eksekutifnya, Dr. Uzir Abdul Malik berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan SWM dalam menguruskan sisa ke tahap yang lebih efisien kepada orang ramai.

"Kenderaan berat buatan Belanda itu yang akan dibeli tahun ini, mampu mengangkut sisa pepejal secara efektif selain berupaya mengatasi masalah lelehan air sampah daripada melimpah ke atas jalan raya.

"Kami sering menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah lelehan air sampah yang mendatangkan bau busuk, sebab itu kita sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik dan diharapkan inisiatif itu dapat mengatasinya," katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, kesemua lori baharu itu dilengkapi dengan bahagian khas yang mampu menakung lelehan air sampah serta berupaya meresapnya daripada melimpah ke permukaan jalan.

"Selain itu, lori ini juga didatangkan dengan sistem khas hidraulik yang mampu mengangkat tong sampah secara bersih dan cekap," ujarnya.

Tambah Uzir, setiap lori itu turut dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) yang akan memudahkan pihaknya mengesan pergerakan kenderaan itu sekali gus membolehkan SWM memantau operasi kutipan di seluruh kawasan pengawasan.

"Sebanyak lima lori bernilai RM2.75 juta telah beroperasi di negeri ini sejak Januari hingga Ogos lalu dan kita akan menggantikan sebahagian lori yang sama secara berperingkat," jelasnya.

Dalam pada itu, Uzir menambah, SWM akan mengedarkan tong sampah komunal mesra alam secara percuma untuk kegunaan premis kediaman serta perniagaan di tiga negeri terbabit.

"Kita akan agihkan 200,000 tong sampah bersaiz 120 liter dan 20,000 tong bersaiz 240 liter dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya.

Pengusaha tanaman diminta berdaftar

Posted:

Pengusaha tanaman diminta berdaftar

Pengusaha tanaman diminta berdaftar

SEREMBAN 3 Sept. - Pengusaha tanaman di seluruh negeri ini digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Jabatan Pertanian negeri bagi memudahkan sebarang peruntukan bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, terdapat pelbagai peruntukan bantuan, termasuk insentif yang ditawarkan oleh kerajaan terhadap kumpulan berkenaan.

"Mereka sewajarnya memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dalam usaha mempertingkatkan perusahaan, sekali gus menjana pendapatan yang lebih lumayan.

"Jika mereka tidak berdaftar, maka ia akan menyukarkan pengagihan bantuan dilakukan dan ini amat merugikan," katanya di sini, baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved