Ahad, 4 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Rakyat sambut baik

Posted:

Rakyat sambut baik

Rakyat sambut baik

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


LOJI Air Gunung Pulai antara yang diserah kembali oleh Singapura kepada Malaysia pada majlis penyerahan dan penerimaan sempena tamatnya perjanjian air Johor-Singapura 1961 di Loji Air Gunung Pulai pada 31 Ogos lalu. - BERNAMA


JOHOR BAHRU 3 Sept. - Penyerahan kemudahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri pada 31 Ogos lalu disambut baik oleh rakyat negeri ini.

Seorang eksekutif kanan swasta, Tajudin Sahanan berkata, ia merupakan acara bersejarah yang simbolik kerana berlaku pada hari negara menyambut kemerdekaan kali ke-54 dan perayaan Aidilfitri.

"Ia juga hadiah hari raya yang bernilai kerana kemudahan air ini menyumbang kepada tambahan bekalan untuk negeri ini, sekali gus memberi jaminan dalam hal membabitkan kemudahan air bersih kepada pengguna," katanya di sini, hari ini.

Mohd. Zahir Jalal, 25, turut merasa bangga kerana penyerahan itu antara perkara yang ditunggu-tunggu dan berharap keindahan kawasan persekitaran seperti Loji Air Gunung Pulai dapat dikekalkan.

Dia yang bekerja sebagai juruteknik dalam bidang berkaitan juga berpendapat, kemudahan sedia ada perlu perlu dinaik taraf kerana paip-paip yang digunakan sudah berusia.

"Kalau boleh bangunan-bangunan yang ada dikekalkan kerana ia mempunyai keunikan tersendiri daripada sudut seni bina," katanya.

Shahrul Tumin, 22, turut meluahkan perasaan serupa tatkala ditunjukkan gambar yang disertakan dalam laporan penyerahan yang disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di sini.

Katanya, bekalan air merupakan aset penting dalam pembangunan dan sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi hubungan Malaysia dan Singapura.

"Terima kasih juga kepada PUB kerana menjaga semua kemudahan ini dengan baik sebelum menyerahkannya kembali kepada kerajaan negeri," katanya.

Harap khabar Pak Tam dibebaskan benar

Posted:

Harap khabar Pak Tam dibebaskan benar

Harap khabar Pak Tam dibebaskan benar

PONTIAN 3 Sept. - Hati ibu mana yang tidak gembira apabila mendengar khabar anaknya yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Taiwan mungkin akan dibebaskan tidak lama lagi.

Hadiah Gondit, 52, ibu kepada Sheikh Faeizan Omar, 22, atau dikenali sebagai Pak Tam, berharap maklumat yang diperoleh menerusi perbualan telefon dengan anak lelakinya itu menjadi kenyataan.

"Walaupun Pak Tam kini jauh keseorangan, ingatan kami sekeluarga tetap kepadanya," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pada 24 Mac 2007, Sheikh Faeizan yang ketika itu berusia 19 tahun, ditahan di Taipei kerana disyaki membawa heroin 2.141 gram dalam sebuah beg ketika hendak berlepas pulang ke Malaysia.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tiga bulan kemudian.

Hadiah berharap, Pak Tam dibebaskan segera kerana anaknya itu tidak bersalah dan telah diperdaya oleh majikan yang menyuruhnya ke Thailand dan Vietnam sebelum ke Taiwan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kerana ada golongan ulama yang melawat dan membantu anaknya yang merupakan satu-satunya banduan beragama Islam di penjara tersebut.

"Selain bahasa Melayu, surat yang dihantar oleh Pak Tam kadangkala menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Arab berdasarkan pergaulan di sana," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved