Ahad, 4 September 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Solekan mata kreatif

Posted:

Solekan mata kreatif

Solekan mata kreatif

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto MOHD FARIZWAN HASBULLAH


Gaya solekan mata anggun dipadankan dengan rekaan Gilbert.


SYAWAL hampir seminggu berlalu namun kehangatannya masih terasa terutama di kalangan penghuni kota yang baru pulang beraya bersama keluarga di kampung, kini giliran bersama teman-teman pula.

Tahun ini jenama solekan artistik terkemuka Jepun, Shu Uemura berkongsi idea dengan pembaca Mingguan Malaysia beberapa tip kelihatan anggun dan menyerlah ke majlis sempena Aidilfitri ini.

Sementara model sambilan, Diana diberi gaya elegan dengan solekan mata lebih glamor - pembayang mata violet gelap dan kehijauan untuk menyerlahkan garisan dan bentuk mata.

Jurusolek, Lisa Yap turut menggunakan koleksi bulu mata baru untuk menghasilkan pandangan mata yang menawan.

Sekilas pandang , pasti kita takut untuk mencuba transformasi solekan ini.

Gaya semula jadi dan mistik ini menampilkan inspirasi fesyen moden.

Bulu mata bukan sekadar ukiran, bahkan solekan pada wajah menggambarkan transformasi fesyen yang sebenar.

Misalnya, bulu mata menjadi medan menyerlahkan inspirasi fesyen yang kreatif. Tanpa membelakang elemen semula jadi, idea ini mencetuskan elemen yang indah.

Bagi anda yang menggemari seni kecantikan, serlahkan ciri feminin anda melalui ukiran yang indah ini di hari raya.

Solekan yang sempurna perlu dipadankan konsep fesyen yang tepat.

Pemilihan serta gabungan warna yang bijak menghasilkan sesuatu yang tampak sempurna.

Kriteria

Selesai disolek, Nadia diberi peluang menggayakan koleksi pereka muda tempatan, Gilbert dan Julia Leong. Walaupun kriteria moden seperti ini kurang sesuai di hari raya, anda boleh memadankan solekan ini dengan baju kurung atau kebaya.

Dua pereka Persatuan Pereka-pereka Rasmi Malaysia atau Moda ini mempamerkan trend semasa dan sebagai satu langkah kerjasama antara pereka fesyen dan solekan seperti yang ditampilkan ketika pelancaran koleksi Tokyo Lash Bar 2011 yang mendapat sentuhan busana pereka Moda.

Ia pastinya memberi kesan dramatik dan menggoda pada penampilan. Untuk tahun ini antara himpunan terbaru bulu mata palsu yang ditampilkan ialah mini fancy bonbon, mini voilet, vibrant partial, mimi fringe, green folklore, ethnic charm dan tribal patch.

Fathiyah sambut raya sederhana

Posted:

Fathiyah sambut raya sederhana

Fathiyah sambut raya sederhana

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Fathiyah


TIDAK seperti tahun-tahun sebelum ini, Aidilfitri tahun ini bagi Siti Fathiyah A. Ibrahim, 26 cukup sederhana.

"Kami sekeluarga tidak membuat persiapan hari raya tahun ini. Tidak bermakna kami tidak menyambutnya, tetapi kami ingin memberi tumpuan terhadap majlis perkahwinan adik saya pada 17 September ini," ujarnya sambil tersenyum.

Mesra dengan panggilan Tia Ibrahim, wanita muda ini bersyukur kerana mereka sekeluarga dapat berkumpul sama pada hari raya tahun ini.

Walaupun tanpa majlis rumah terbuka secara besar-besaran, Fathiyah menjadikan pertemuan kali ini sebagai peluang untuk mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga.

"Saya mengambil cuti supaya dapat berkumpul dengan mereka. Pertemuan ini dilanjutkan sehingga majlis perkahwinan nanti," ujarnya yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon, model dan pengacara.

Bercerita tentang latar kerjayanya, Fathiyah pernah bekerja pereka perabot selama dua tahun dan kemudian terlibat dengan peragaan.

Dalam kesibukan kerja ketika itu, Fathiyah mula melukis potret. Sekadar suka-suka, dia merasakan jiwa melukis dan rekaan ada dalam dirinya.

Justeru itu, dia mahu mencipta koleksi rekaan pakaian dengan labelnya sendiri.

Mengakui jatuh bangun sesuatu perniagaan, Fathiyah bercadang memulakan perniagaan fesyen ini menerusi internet.

"Saya mahu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Mungkin lima tahun akan datang, saya akan membuka sebuah butik," ujarnya yang banyak berkongsi pengalaman di blog sendiri, fath_thiyah@yahoo.com.

Menerusi blog tersebut, Fathiyah juga berkongsi petua dan aktiviti terkini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved