Ahad, 4 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


'Pengalaman sukar dilupakan'

Posted:

'Pengalaman sukar dilupakan'

'Pengalaman sukar dilupakan'

MOGADISHU 3 Sept. — "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," menurut wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air, esok.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

''Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

''Kejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.

''Saya mendengar dua das tembakan diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.

''Keadaan menjadi begitu kelam-kabut dan saya melihat Noramfaizul yang rebah telah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu,'' katanya.

Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

''Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu,'' katanya. — BERNAMA

Noramfaizul tidak dilindungi insurans khas

Posted:

Noramfaizul tidak dilindungi insurans khas

Noramfaizul tidak dilindungi insurans khas

SEPANG 3 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia tidak dilindungi oleh insurans khas kerana Allahyarham bertugas atas dasar urusan kerja biasa dan kesukarelaan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Rais, beliau berharap insiden yang menimpa jurukamera itu akan dijadikan iktibar oleh semua pihak termasuk kedutaan dan penganjur misi agar melakukan kajian yang teliti bagi mengetahui kedudukan terkini keadaan di sesuatu lokasi sebelum menghantar sukarelawan.

"Kita juga mahu mengkaji prosedur pada masa depan di mana kita perlu menyoal (pihak penganjur) sama ada seseorang petugas yang menyertai misi amal mendapat perlindungan undang-undang dan insurans.

"Petugas media tersebut juga perlu menandatangani dokumen tertentu supaya penglibatan mereka dalam misi kesukarelaan diketahui ahli keluarga," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata, kepentingan peserta sesuatu misi kesukarelaan perlu dilihat dengan lebih teliti supaya mereka tidak terperangkap dalam keadaan yang tidak bersedia.

"Saya pernah menyuarakan bahawa misi ke Somalia bukan misi biasa seperti ke Australia dan Jepun sebelum ini. Somalia berada dalam kancah pergolakan dan penuh dengan peristiwa tidak menentu," katanya.

Tambah Rais, kementeriannya akan meneliti bantuan sesuai yang boleh diberikan kepada ahli keluarga Noramfaizul.

MRA tetap teruskan misi kemanusiaan di Somalia

Posted:

MRA tetap teruskan misi kemanusiaan di Somalia

MRA tetap teruskan misi kemanusiaan di Somalia

KUALA LUMPUR 3 Sept - Misi bantuan kemanusiaan 1MRA anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) yang kini berada di Galkaiyo, sebuah bandar di utara Mogadishu, Somalia akan tetap diteruskan walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman keselamatan.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, tragedi malang yang menimpa jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, 40, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat tidak mematahkan semangat para sukarelawan yang terlibat dalam misi berkenaan.

"Kami melahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga wartawan media yang terkorban dan tercedera akibat tembakan curi semasa dalam konvoi misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, misi 1MRA yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif MRA, Sahrulazilan Mohd. Said akan tetap diteruskan untuk mengagihkan bantuan air bersih ke kem-kem pelarian di Bosaso, Garowe dan Galkaiyo.

"Kem-kem pelarian terbabit dalam keadaan terkawal dan tiada persengketaan ketenteraan berlaku.

"Bagaimanapun, mereka telah diminta supaya lebih berhati-hati dan mengikut nasihat anggota keselamatan kerajaan tempatan untuk mengelakkan tragedi yang tidak diingini berulang," katanya.

Sungguh pun demikian, Mohd. Daud menjelaskan, MRA bersedia untuk memanggil pulang pasukan bantuan tersebut ke tanah air jika keadaan keselamatan di kawasan mereka beroperasi menjadi tidak menentu dan mengancam keselamatan dan nyawa mereka.

"Bagaimanapun, marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sukarelawan dan pekerja bantuan Malaysia yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan ini bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan misi bantuan 1MRA di Somalia, Mohd. Daud berkata, sebuah pusat operasi bantuan telah diwujudkan di Galkaiyo bagi menyelaraskan segala bantuan yang akan disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui jalan darat dari Bosaso, sebuah bandar pelabuhan di utara Somalia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved