Ahad, 5 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


SPRM bidas Guan Eng

Posted: 05 Jan 2014 02:08 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa suruhanjaya itu tidak mengambil tindakan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali, SPRM dalam kenyataannya meminta Guan Eng meneliti laporan-laporan tahunan suruhanjaya itu serta Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang dikeluarkan sebelum ini.

Kedua-dua dokumen itu turut memperincikan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan Laporan Audit Negara. Kenyataan-kenyataan SPRM, laporan tahunan SPRM serta JKMR yang dianggotai ahli-ahli Parlimen sendiri menunjukkan SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional terhadap laporan audit berkenaan." katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu menegaskan, JKMR, satu badan bebas yang memantau SPRM sejak 2009 turut dianggotai wakil DAP iaitu Dr. Tan Seng Giaw dan Guan Eng boleh merujuk kepadanya jika memerlukan maklumat lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil suruhanjaya itu terhadap laporan audit berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Kementerian cari jalan bantu guru gagal berpindah

Posted: 05 Jan 2014 12:28 AM PST

BESUT 5 Jan. - Kementerian Pendidikan akan berusaha mencari jalan terbaik bagi meringankan beban para guru yang tidak berjaya mendapat kelulusan pertukaran balik ke negeri masing-masing sebagaimana keputusan dikeluarkan oleh kementerian baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihak kementerian tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tiada kekosongan dengan memberikan contoh di Kelantan yang mempunyai kelebihan 30,000 guru manakala di Terengganu dan Kedah pula masing-masing mempunyai kelebihan 10,000 orang.

``Antara masalah lain ialah mereka yang memohon balik ke negeri-negeri berkenaan tidak memenuhi kekosongan opsyen yang diperlukan di negeri berkenaan,'' katanya.

Idris berkata, satu mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pada pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah yang sakit, hendak bersama isteri atau suami yang telah lama tinggal berasingan dan berjauhan dan juga kerana masalah keselamatan atau sakit. - Bernama

Lagi laporan polis berhubung isu Kalimah Allah

Posted: 05 Jan 2014 12:16 AM PST

PETALING JAYA 5 Jan. - Tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi menyatakan bantahan terhadap pendirian pengarang majalah mingguan Katolik The Herald" Paderi Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili dua NGO lain iaitu Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung perkara itu.

Kami menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas di atas isu tersebut serta menahan dan menyoal siasat paderi itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Pada 27 Disember lalu, Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia meskipun JAIS akan menghantar notis peringatan mengenai larangan pengunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shad November lalu telah menitahkan semua rakyat di negeri itu perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988. - Bernama

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved