Ahad, 5 Januari 2014

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Cabaran Dashing 2 terus 'menggganas'

Posted: 04 Jan 2014 04:33 AM PST

CABARAN Dashing 2 dalam misinya mencari skuad futsal terbaik sudah mencapai matlamatnya selepas selesai pertembungan dua skuad futsal terbaik dalam perlawanan akhir yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kedua-dua skuad itu telah mempamerkan skil pertahanan dan menjaringkan gol di bawah cahaya lampu neon pada perlawanan akhir Cabaran Dashing 2.

Cabaran berkenaan menyaksikan pasukan BBFC berjaya menumpaskan Bertam Ulu FC dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000, produk Dashing bernilai RM2,000, piala glow in the dark serta lawatan eksklusif ke studio produksi Astro Supersports HD.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Unity Ampang, manakala tempat keempat diraih oleh pasukan Real Mesra.

Kejohanan yang dilancarkan pada September lalu itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000.

Cabaran Dashing 2 dibawakan oleh Dashing For Men, jenama penjagaan diri lelaki dan cabaran menjadi lebih hebat apabila pihak penganjur memperkenalkan Dashing All Stars iaitu satu liga penyerang futsal neon yang melambangkan karakter lelaki moden Dashing.

Skuad berkenaan diketuai oleh duta Dashing For Men, Remy Ishak dan personaliti hiburan, Henry Golding serta pemain bola sepak Selangor, Afiq Azmi dan Bunyamin Umar.

Kemuncak Cabaran Dashing 2 dimulakan dengan perlawanan persahabatan futsal neon antara Dashing All Stars bersama skuad media sebagai pembuka pertandingan akhir Cabaran Dashing 2.

Sebanyak 110 skuad futsal menyertai pertandingan musim kedua ini. Sambutan diraih menerusi program jelajah di zon terpilih dan melalui aplikasi permainan Dashing Kick-Of-Confidence Facebook Game yang mana pemenang akan bermain bersama Skuad Dashing All Star.

Sebagai jenama yang menjadi inspirasi lelaki, Dashing For Men berhasrat agar acara ini tercatat dalam kalendar sukan tahunan tanah air. Dalam pada itu, penganjuran musim kedua ini membuktikan Dashing sangat komited untuk menjadikan ia sebagai acara yang unik sekali gus menjadi fenomena di seluruh negara.

KeReX rintis trek ke puncak Gunung Shoid

Posted: 04 Jan 2014 04:33 AM PST

GUNUNG Shoid yang terletak di Banjaran Titiwangsa berdekatan daerah Gua Musang, Kelantan dengan ketinggian 1,959 meter dari paras laut (dpl) merupakan gunung yang belum pernah diterokai oleh mana-mana kumpulan pendaki tempatan mahupun Orang Asli di kawasan tersebut.

Namun, impian sekumpulan pelajar dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di bawah bimbingan Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrem UTeM (KeReX) untuk menawan puncak gunung ini sudah tercapai setelah beberapa persediaan rapi dijalankan, sekali gus menjadi kumpulan pendaki yang pertama menawan puncak gunung ini dalam satu ekspedisi pada 3 hingga 8 November lalu.

Ini merupakan satu pencapaian yang ditunggu-tunggu oleh kesemua 11 pendaki mahupun pihak universiti kerana membawa nama baik universiti. Gunung ini menjadi pilihan utama kami kerana ia merupakan puncak yang boleh dilihat dengan jelas dari puncak Gunung Chamah. Keadaan itulah yang menyebabkan perasaan ingin pergi menerokai Gunung Shiod semakin kuat.

Pendakian merintis laluan ke puncak Gunung Shoid bermula dari puncak Gunung Chamah di ketinggian 2,171 dpl.

Gunung Chamah di sempadan negeri Kelantan dan Perak merupakan salah satu puncak gunung yang berketinggian melebihi 7,000 kaki (2,134 meter) dan berada dalam kelompok gunung-gunung G7.

Sepanjang merintis laluan ke puncak Gunung Shoid, kami terpaksa mencari kawasan perkhemahan yang sesuai kerana kawasan tersebut belum pernah diterokai oleh mana-mana kumpulan atau orang perseorangan.

Keadaan itu menyukarkan lagi ekspedisi kerana para pendaki perlu berdisiplin dalam mengatur masa agar segala perancangan berjalan lancar dan sempurna.

Sebelum pendakian bermula dari perkampungan Orang Asli Sungai Rekom, kami perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda (4x4) selama hampir empat jam bermula dari Kampung Betis.

Namun, disebabkan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, jentera 4x4 tidak dapat menurunkan para pendaki di perkampungan Orang Asli Sungai Rekom. Oleh itu, kami terpaksa berjalan hampir lima kilometer dengan mendaki dan menuruni bukit ketika hujan lebat.

Curahan hujan tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan ekspedisi, sebaliknya ia membakar semangat kami untuk meneruskan ekspedisi.

Dalam pada itu, sepanjang pendakian ke puncak, kami juga terpaksa meredah hujan selama hampir tiga hari akibat cuaca yang tidak menentu. Secara keseluruhan pendakian ini, masa yang diambil untuk menamatkan ekspedisi adalah enam hari disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan.

Selain itu, para pendaki juga terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang perjalanan ke puncak Gunung Shoid. Antara cabaran yang tidak dapat dilupakan adalah para pendaki hampir terserempak dengan gajah liar yang memberi amaran dengan menumbangkan pokok.

Ia merupakan salah satu detik yang paling mencemaskan sepanjang merintis laluan ke puncak Gunung Shoid.

Ini merupakan pengalaman yang paling menarik yang pernah saya lalui selama saya berkecimpung dalam aktiviti mendaki gunung," kata Aireen Ahmad, salah seorang peserta yang mengikuti ekspedisi ini.

Berjalan sehingga larut malam dalam keadaan hujan dan ditambah dengan kesejukan angin gunung memberikan pengalaman yang bermakna kepada para pendaki kerana ia memerlukan mental dan fizikal yang kuat bagi menempuh segala halangan semasa menuruni puncak gunung.

Aktiviti merintis Gunung Shoid bukan perkara yang mudah kerana memerlukan kepakaran yang tinggi untuk membaca topografi dan Global Positioning System (GPS) bagi menentukan pemilihan permatang gunung yang terbaik untuk ke puncak.

Ekspedisi kami ini diketuai oleh juru pandu berpengalaman, M. Zulkifli Sanudin atau lebih dikenali sebagai Poncho yang berasal dari Tampoi, Negeri Sembilan.

Beliau merupakan antara perintis laluan pendakian gunung-gunung di Malaysia dan dalam ekspedisi ini, beliau berjaya memilih laluan permatang yang terbaik untuk dilalui.

Dalam ekspedisi ini juga, kami dapat menikmati kejernihan air sungai di lembah Gunung Shoid yang tidak dapat digambarkan keindahannya oleh para peserta.

Ini kerana keadaannya yang tidak pernah diusik oleh mana-mana pihak kecuali hidupan liar, sekali gus menjadi satu memori yang mungkin tidak akan dilupakan oleh para pendaki.

Penulis selaku pendaki sokongan KE7B Everest Felda 2013 yang lalu menyifatkan pengalaman sepanjang latihan merintis gunung bersama KE7B Everest Felda 2013 dan KE7B Greenland 2014 memberikan satu kelebihan untuk menjayakan misi ini bersama para pendaki lain

Seperti yang kita sedia maklum, ketinggian Gunung Shoid yang tercatat di dalam peta topografi sebelum ini adalah 1,947 meter dpl.

Namun, menerusi ekspedisi yang disertai ini, kami dapati bacaan GPS menunjukkan ketinggian sebenar Gunung Shoid adalah 1,959 meter dpl. Fakta itu diperkukuhkan lagi oleh dua bacaan GPS lain yang dibawa dalam ekspedisi ini.

Kesimpulannya, kesemua pendaki berpuas hati terhadap kejayaan mereka membuka trek laluan ke puncak Gunung Shoid dan bersyukur kerana ekspedisi kali ini mengajar seribu erti kesabaran, semangat berkumpulan, kebesaran ciptaan Ilahi dan menghargai alam semula jadi yang masih dara ini.

Yang cantik jangan diburukkan, yang bersih jangan dikotorkan". We can make a change! merupakan kata-kata yang dipegang oleh kesemua pendaki. - MOHD SHARUL SHAZWAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved