Isnin, 21 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Mohon bantu rawatan anak

Posted:

Mohon bantu rawatan anak

Mohon bantu rawatan anak

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Noor Hasimah Mahmud menyapu ubat pada lengan Mohd. Alif Haikal Juhari yang menghidap penyakit ekzema psoriasis di Kampung Gajah Putih, Padang Sera, Jitra, Kedah, baru-baru ini.


KUBANG PASU 20 Nov. - "Saya tak sanggup tengok anak menderita, jadi saya harap sesiapa yang tahu penawar penyakit ini bantulah kami."

Itu luahan hati seorang ibu, Noor Hasimah Mahmud, 39, yang ingin melihat anak lelakinya, Mohd. Alif Haikal Juhari, 5, sembuh daripada penyakit kulit iaitu ekzema psoriasis yang dihidapinya.

Noor Hasimah berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu sejak berusia enam bulan dan pelbagai ubat telah dicuba, namun penyakit anak keempat daripada lima beradik itu tetap tidak pulih.

"Doktor ada cakap buat masa ini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini, namun kami percaya setiap penyakit ada penawarnya.

"Sebab itu kami mohon kepada sesiapa yang tahu mengenai penawar penyakit ini datang berkongsi maklumat itu dengan kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gajah Putih, Padang Sera di sini baru-baru ini.

Wanita itu risau kerana anaknya akan mula memasuki sekolah rendah tidak lama lagi dan penyakit itu membuatkan anaknya berasa rendah diri kerana sering diejek oleh kanak-kanak lain.

"Sekarang saya hantar dia ke sekolah tadika untuk membiasakannya dengan suasana persekolahan, namun kadang-kadang dia balik mengadu rakan-rakan lain ejek dia hantu.

"Saya risau bagaimana keadaan dia apabila mula memasuki darjah satu nanti," jelasnya.

Tambahnya, penyakit ekzema psoriasis itu membuatkan kulit anaknya mengelupas sehingga sampai ke satu tahap kulit tapak kaki anaknya akan tertanggal.

"Waktu itu memang Alif tidak mampu berjalan, semuanya terpaksa saya buat seperti memandikan dan menyuap makan. Kulit di badannya mengelupas dan pada waktu itu dia hanya boleh menangis kesakitan," katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu Noor Hasimah boleh menghubunginya 012-4656240.

Full content generated by Get Full RSS.

Keenakan nira Langkawi

Posted:

Keenakan nira Langkawi

Keenakan nira Langkawi

Oleh ZARINA MD. HASHIM
utusankedah@utusan.com.my


Seorang pekerja ladang memotong sudip kelapa untuk mengeluarkana nira di ladang kelapa pandan milik Ruslina Abd. Hamid itu.


LANGKAWI 20 Nov. - Pulau legenda sumpahan Mahsuri, Langkawi sememangnya termasyhur dengan pelbagai destinasi serta produk pelancongan dengan nira kelapa pandan pula kini menjadi produk terbaharunya.

Di samping memberi sumber pendapatan kepada seorang usahawan tempatan, Ruslina Abd. Hamid, 42, para pelancong kini boleh menikmati keenakan minuman itu selain melihat sendiri nira tersebut dihasilkan serta meninjau ladang kelapa itu di Kampung Bukit Hantu, Ulu Melaka di sini.

Ibu kepada empat anak itu kini boleh berbangga dengan pencapaiannya dalam memajukan produk tersebut yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan dan para pelancong.

Justeru, para pelancong yang datang ke Pulau Langkawi untuk membawa keluarga mandi-manda di pantai atau menaiki kereta kabel di Gunung Machinchang tidak seharusnya melepaskan peluang untuk berkunjung ke ladang tersebut.

Ruslina berkata, usaha yang dimulakan secara kecil-kecilan tiga tahun lalu kini membuahkan hasil apabila mempunyai kira-kira 350 pokok kelapa pandan di ladang miliknya.

Katanya, pada mulanya dia hanya menanam pokok kelapa pandan untuk memperoleh buah kelapa bagi menjalankan perniagaan air kelapa.

Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat seorang rakan dibantu sokongan dan pertolongan suami, Din Hashim, 44, akhirnya dia mula menanam lebih banyak pokok kelapa pandan untuk menghasilkan nira.

"Pada mulanya saya bimbang air nira ini kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat, malah tempoh untuk sepohon pokok kelapa menghasilkan nira juga agak panjang.

"Bagaimanapun, selepas diberi galakan oleh suami dan mendapat tunjuk ajar dari rakan-rakan, saya akhirnya berjaya menjalankan perniagaan air nira kelapa pandan ini.

"Alhamdulillah, sambutan terhadap air minuman yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan ini mendapat tempat di hati pelanggan termasuk pelancong ke pulau ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ruslina memberitahu, selain menikmati kesegaran nira kelapa, pelanggan atau pelancong juga tertarik untuk melihat dengan lebih dekat cara nira tersebut dihasilkan.

Menurutnya, daripada 100 pokok kelapa, dia berjaya menghasilkan antara 200 hingga 250 bungkus nira sehari untuk dijual dengan harga ladang RM2.50 sebungkus.

Beliau berkata, proses untuk menghasilkan nira perlu dilakukan dengan teliti dan sebab itu tidak ramai yang boleh melakukannya.

"Jika proses memotong sudip setiap hari itu dilakukan pekerja mahir, setiap sudip boleh mengeluarkan nira sehingga tempoh 30 hari atau lebih.

"Jika tidak, sebatang sudip hanya mengeluarkan nira dalam tempoh singkat iaitu kurang dari 30 hari," katanya yang turut membekalkan air nira dari ladangnya ke Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ruslina berkata, dia merancang menanam lebih banyak pokok kelapa pandan di ladangnya pada masa depan bagi menampung permintaan tinggi terhadap nira kelapa pandan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan lengah tanam getah

Posted:

Jangan lengah tanam getah

Jangan lengah tanam getah

ALOR SETAR 20 Nov. - Pekebun kecil diminta tidak melewatkan penyertaan ke dalam projek tanaman semula getah menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang bertujuan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, masih terdapat pekebun kecil keberatan menyertai projek itu kerana mahu menoreh pokok getah sudah tua dengan alasan tidak sanggup menanggung kerugian sementara menunggu pokok baharu menjadi matang.

Kata beliau, antara matlamat utama program tanam semula adalah bagi membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan lumayan dalam jangka panjang.

"Dalam tempoh sebelum pokok boleh ditoreh, pekebun kecil dibantu seperti menternak kambing dan menanam sayur-sayuran bagi menampung keperluan harian sehingga memperoleh hasil getah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kelulusan Sementara Tanaman Semula, Penyampaian Sumbangan Kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penyampaian Dividen Projek Ternakan Lembu Fidlot Kampung Bikan, Kulim di pejabat RISDA negeri di sini semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved