Isnin, 21 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Saya jadi mangsa media sosial - PM

Posted:

Saya jadi mangsa media sosial - PM

Saya jadi mangsa media sosial - PM

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini.

Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.

Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.

''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.

''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut.

''Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,'' katanya lagi.

Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini.

''Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,'' katanya.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

''Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,'' katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini.

''Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.

''Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,'' jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Seri Paduka tiba untuk lawatan ke benua Antartika

Posted:

Seri Paduka tiba untuk lawatan ke benua Antartika

Seri Paduka tiba untuk lawatan ke benua Antartika


TUANKU Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan beramah mesra dengan veteran perang dunia kedua di Malaya (Malaysia) ketika diberikan sambutan selamat datang di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch, New Zealand, semalam. - bernama


CHRISTCHURCH 20 Nov. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tiba di sini sempena lawatan khas ke benua Antartika.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch kira-kira pukul 9.25 pagi waktu tempatan (4.45 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan baginda disambut Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker dan isterinya, Joanna Nicholls-Parker, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Datuk Mazlan Muhammad dan pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi.

Seri Paduka diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM) Tan Sri Salleh Mohd. Nor dan Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah sempena lawatan khas sehingga Rabu ini.

Tuanku Mizan kemudiannya dibawa ke Te Whatumanawa Maotitangao Rehua, sebuah rumah adat Maori untuk diberikan sambutan selamat datang oleh kaum Maori, selain mengadakan pertemuan singkat dengan beberapa veteran perang dunia kedua yang pernah berkhidmat di Malaysia (ketika itu Malaya) sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Peranginan Peppers Clearwater.

Baginda akan diraikan oleh Menteri Innovasi dan Sains New Zealand, Wayne Mapp pada jamuan makan malam rasmi pada sebelah malamnya.

Tuanku Mizan dijadualkan berlepas ke Pangkalan Scott pada Isnin dan melawat Kem Induk Amerika Syarikat McMurdo.

Pangkalan Scott adalah sebuah fasiliti penyelidikan kendalian New Zealand di Antartika manakala McMurdo, jiran terdekat pangkalan itu yang menjadi pusat bagi semua program dan uji kaji saintifik.

Penglibatan Malaysia berhubung benua Antartika bermula apabila Malaysia dan Antigua dan Barbuda mengutarakan isu Antartika pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1983.

Saintis dan penyelidik Malaysia mula aktif dengan misi penyelidikan apabila Jemaah Menteri meluluskan penyelidikan saintifik ke benua tersebut pada tahun 1997.

Sejumlah 62 ekspedisi dilaporkan telah dijalankan sehingga tahun lepas melibatkan 60 penyelidik dan saintis dari tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Sejuta kunjungi Karnival Kerjaya

Posted:

Sejuta kunjungi Karnival Kerjaya

Sejuta kunjungi Karnival Kerjaya

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 telah berjaya menarik kira-kira sejuta pengunjung sejak edisi pertama diperkenalkan Mac lalu sehinggalah edisi terakhir hari ini.

Pengerusi program itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sambutan yang diterima daripada orang ramai sejak edisi pertama begitu menggalakkan dan untuk edisi terakhir sahaja kira-kira 400,000 pengunjung telah menyertai karnival tersebut.

"Sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan kami. Sebanyak 80 peratus pengunjung pula terdiri daripada mereka yang sudah bekerja dan ingin mencari kerja baru.

"Insya-Allah, kita akan terus menganjurkan program ini pada tahun depan dengan lebih besar dan menambah baik beberapa program yang dirasakan sesuai bagi memberi manfaat kepada golongan sasar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyempurnakan penutupan rasmi karnival tersebut yang diiringi Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Menurut Nazir Hussin lagi, karnival itu merupakan salah satu daripada usaha Pemuda BN untuk membantu rakyat terutama golongan muda dalam mencari peluang pekerjaan termasuk perniagaan.

"Majikan yang menyertai karnival ini juga hanya dikenakan bayaran yang cukup minimum dan ada yang menyertai secara percuma," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved