Isnin, 21 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


1,200 ejen pengundian dilantik

Posted:

1,200 ejen pengundian dilantik

1,200 ejen pengundian dilantik

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Nov. – Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu telah melantik seramai 1,200 ejen pengundian dan pengiraan bagi memantap dan mengukuhkan gerak kerja jentera parti dalam usaha mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Surat pelantikan sebagai ejen telah diserahkan kepada individu terbabit oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di bangunan UMNO negeri di sini semalami.

Mohd. Fatmi berkata, peranan ejen terbabit sangat penting kerana mereka merupakan barisan terakhir yang berhadapan dengan pengundi pada hari pengundian kelak.

"Lantaran itu, setiap ejen mesti berani memainkan peranan mereka dan bertanggungjawab bagi memastikan kemenangan parti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan kursus kepada jentera pilihan raya parti itu di sini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata, sebagai ejen BN, mereka membawa imej parti dan perlu menunjukkan komitmen dan sikap positif sepanjang menjalankan tugas.

Beliau berkata, ia penting untuk memberi imej yang baik kepada parti di kalangan pengundi dalam usaha meraih sokongan mereka.

Mengulas peranan ejen pengiraan, Mohd. Fatmi berkata, mereka perlu berani membuat protes sekiranya terdapat sebarang keraguan pada kertas-kertas undi, begitu juga apabila berdepan dengan protes daripada ejen parti lawan.

"Pelantikan begitu ramai ejen di kalangan anak tempatan menunjukkan bibit-bibit cahaya dan warna kemenangan sudah nampak, tinggal lagi keikhlasan dan kejujuran kita dalam melaksanakan tanggungjawab. Tanpa komitmen dan perbuatan, tetapi hanya mengeluarkan kata-kata, kemenangan tidak akan menjadi realiti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Lepasan Instep bangunkan industri gas, petroleum

Posted:

Lepasan Instep bangunkan industri gas, petroleum

Lepasan Instep bangunkan industri gas, petroleum

KUALA TERENGGANU 20 Nov.- Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) di Batu Rakit dekat sini berjaya melahirkan ramai tenaga pakar sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri gas dan petroleum negara dan global.

Sejak diwujudkan pada 1981, institusi itu menghasilkan mahasiswa cemerlang sehingga mencuri perhatian pelbagai syarikat gergasi asing petroleum termasuk Shell, ExxonMobil, Schlumberger dan Yokogawa.

Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Juniwati Rahmat Hussin mengakui lepasan Instep laris di pasaran dan mendapat tawaran banyak syarikat petroleum selain Petronas.

Beliau memberitahu, perkembangan itu bersesuaian dengan peranan Petronas menerusi Instep yang diwujudkan bagi melahirkan tenaga pakar dalam bidang tersebut untuk membangunkan industri gas dan petroleum.

"Kita bukan sahaja melatih mereka untuk bekerja dengan Petronas, sebaliknya membantu membangunkan industri gas dan petroleum negara dengan menyertai syarikat gergasi lain.

"Kita juga melatih ramai juruteknik asing seperti dari Sudan, Iraq, Turkmenistan, Myanmar dan Vietnam. Ini membuktikan kita mendapat pengiktirafan dunia," katanya selepas majlis konvokesyen Instep di Batu Rakit dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pendidikan dan Pembelajaran, Bahagian Sumber Manusia Petronas, Khairul Azman Yasin; Pengurus Besar Unit Perbendaharaan Petronas, Liza Mustapha dan Ketua Eksekutif Instep, Wan Azhar Lotfi Wan Yusof.

Pada konvokesyen itu, seramai 230 graduan menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Juniwati.

Beliau tidak menolak kemungkinan ramai graduan cemerlang kelahiran Instep telah berkhidmat dengan syarikat petroleum lain setelah mendapat tawaran gaji lebih lumayan.

Menurutnya, Petronas buat masa ini belum bercadang membuat tawaran gaji yang sama dengan syarikat lain dalam usaha menyekat penularan ramai lepasan Instep ke syarikat gergasi lain.

Pada masa sama, kata Juniwati, pihaknya mempelawa syarikat petroleum asing untuk menghantar kakitangan mereka mendapat latihan kepakaran di Insptep pada masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Penilaian ketat jangan sampai susahkan peminjam

Posted:

Penilaian ketat jangan sampai susahkan peminjam

Penilaian ketat jangan sampai susahkan peminjam

BACHOK 20 Nov. – Institusi kewangan tempatan berhak membuat penilaian lebih ketat terhadap keupayaan dan kemampuan seseorang pemohon pinjaman, namun ia tidak sepatutnya mendatangkan kesulitan kepada mereka yang benar-benar layak mendapatkannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kementerian mengalu-alukan langkah diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) itu yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan untuk kebaikan kedua-dua pelah pihak.

Bagaimanapun katanya, penilaian dan sekatan tidak harus dikenakan terhadap peminjam yang benar-benar layak mendapat pembiayaan bagi tujuan menjalankan perniagaan.

"Ia mesti diseimbangkan supaya tidak memberi kesulitan kepada mereka yang benar-benar layak mendapatkan pinjaman termasuk untuk mengusahakan perniagaan berdaya maju," katanya selepas melancarkan 1Akaun Tabung Haji 1Bachok di Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Bachok di sini semalam.

Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas langkah institusi kewangan tempatan yang akan melaksanakan penilaian lebih ketat dan penapisan terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Di bawah garis panduan baru BNM itu, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman yang dipohon.

Awang Adek berkata, Kementerian Kewangan tetap berpegang kepada prinsip siapa yang meminjam wajib melunaskan bayaran balik mengikut jadual dan perjanjian yang telah dipersetujui.

"Kita akui dan tidak menafikan ramai peminjam yang gagal melunaskan hutang, tetapi kadarnya masih rendah pada tahap kurang dua peratus. Namun, langkah berwaspada untuk mengelak kerugian adalah perlu dan penilaian yang tepat dan perincian kemampuan peminjam mampu mengatasi masalah ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved