Isnin, 21 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Lambang kegigihan wanita

Posted:

Lambang kegigihan wanita

Lambang kegigihan wanita

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Nov. - Menyedari perniagaan memberi pulangan lumayan, Zainab Mawan, 48, mula berjinak-jinak dalam aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual ais krim Malaysia dan memperoleh pendapatan pertama RM1.20 sehari pada 1987.

Pada sebelah pagi, wanita berjiwa waja ini menjual sayur-sayuran dari rumah ke rumah di sekitar Kem Pasukan Gerak Am Simpang Renggam di Kluang dan setiap tiga hari seminggu, dia membuat kuih untuk dijual.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pada petangnya dia menjual baju kanak-kanak dari rumah ke rumah dan kerap menjaja kain ela di pasar malam sekitar daerah Kluang.

"Apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan saya lakukan termasuk mengedar telur ayam ke kedai-kedai runcit dan kedai makan. Saya dan suami, Shahak Mohd. Hussin, 49, turut mengambil upah menyabit padi di Ulu Benut terutama pada Sabtu dan Ahad bagi menambah pendapatan keluarga.

"Pada 1993, saya membuka Kedai Kain Zainab di Simpang Renggam berbekalkan modal simpanan sendiri untuk mengambil tempahan menjahit uniform bagi agensi kerajaan dan pasukan kadet sekolah serta peralatan haji dan umrah," katanya.

Menyedari perniagaan itu terus berkembang, maka pada 2003 dia memperluaskan perniagaannya dengan membuka Zainab Frozen Food di rumah kedai Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) untuk membekalkan makanan sejuk beku ke kantin sekolah dan kedai berdekatan.

Produk terawal sejuk beku yang dihasilkan adalah karipap, pau, piza, cucur badak dan kuih keria.

"Kejayaan yang peroleh hari ini sebenarnya mendapat sokongan daripada semua agensi dan jabatan kerajaan berkaitan termasuk bantuan modal, bimbingan serta khidmat nasihat. Berkat kegigihan dan kesungguhan, akhirnya menjelang 2004 saya berjaya menubuhkan Perusahaan Zainab Jaya iaitu industri kecil dan sederhana (IKS) dan diberi kelulusan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Zainab berkata, perusahaan tersebut bertindak sebagai pusat pengumpulan produk makanan daripada pengedar untuk dipasarkan terus kepada pengguna serta menjadi tumpuan bas-bas persiaran yang kebanyakannya membawa pelancong dari Singapura.

Lebih membanggakan, institusi pengajian tinggi (IPT) juga menaruh kepercayaan kepada Perusahaan Zainab Jaya untuk memberi latihan praktikal kepada penuntut mereka.

Kini perusahaannya menjadi teraju utama memasarkan lebih 400 produk usahawan kampung melibatkan lebih 200 pengusaha.

Full content generated by Get Full RSS.

Sudut Iqra' F&N di PKAYIM

Posted:

Sudut Iqra' F&N di PKAYIM

Sudut Iqra' F&N di PKAYIM

MUAR 20 Nov. - Prihatin dengan kebajikan golongan anak yatim yang memerlukan bahan bacaan bermutu, mendorong F&N Holdings Bhd. mewujudkan Sudut Iqra' bernilai RM90,000 di bangunan asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar (PKAYIM) di sini.

Seramai 46 penghuni rumah itu bakal mendapat manfaat daripada perpustakaan tersebut yang dilengkapi meja, kerusi, rak serta pelbagai jenis buku termasuk buku ulang kaji, rujukan serta novel kanak-kanak.

Majlis perasmian Sudut Iqra' F&N itu disempurnakan oleh Pengerusi F&N Holdings, Tengku Syed Badarudin Jamalullail di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PKAYIM, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah serta Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Cariessa Goh.

Menurut Cariessa, pihaknya amat prihatin untuk membudayakan amalan membaca dan menyediakan kemudahan perpustakaan selengkapnya kepada semua anak Malaysia terutama golongan kurang bernasib baik.

"Kami berharap anak-anak di PKAYIM sentiasa memanfaatkan Sudut Iqra' sebaik mungkin. Kami juga akan mengadakan program susulan seperti seminar motivasi atau bina semangat supaya anak-anak dapat meningkatkan keyakinan, berfikiran kreatif dan menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik," katanya.

Beliau memberitahu, sejak 2007 pihaknya telah menubuhkan Sudut Iqra' di empat rumah kebajikan iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selain turut menubuhkan 10 lagi perpustakaan di Sarawak.

"Setakat ini F&N sudah melaburkan lebih RM620,000 bagi melaksanakan Sudut Iqra' dan ia menunjukkan dedikasi F&N dalam usaha memupuk semangat suka membaca dalam kalangan golongan muda," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved