Selasa, 5 November 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Johor tutup reban ayam terbuka menjelang 2015

Posted: 05 Nov 2013 02:10 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

PAGOH 5 Nov. - Johor selaku pengeluar ayam daging terbesar negara akan menutup kesemua 1,147 kawasan penternakan ayam daging yang menggunakan kaedah reban terbuka secara berperingkat-peringkat sehingga 2015 bagi membolehkan kaedah reban ayam tertutup diamalkan sepenuhnya selepas itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, langkah itu bertujuan supaya pengusaha mengamalkan sistem pertanian yang baik, berteknologi tinggi dan moden selain meningkat produktiviti dan menjaga alam sekitar.

"Ini bagi menjaga kualiti mengikut standard daripada segi keselamatan dan kebersihan. Kita mengeksport hasil ayam ke Singapura, China, Asia Barat dan juga negara lain. Produk ayam kita memang terkenal dengan status halalnya.

"Jadi, kita tidak mahu lagi ladang ayam daging terbuka kerana bawa banyak masalah seperti pembiakan lalat dan mencemar alam sekitar. Kita bagi tempoh kepada penternak untuk menukar kepada kaedah reban ayam tertutup," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Ujung Tambak di Gersik, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Mohd. Ali Hassan Tokoh Maal Hijrah Johor

Posted: 05 Nov 2013 12:53 AM PST

Oleh IFQDAR RAHMAN

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H Negeri Johor pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Pemilihan Mohd. Ali, 75, berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang politik termasuk pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari 1989 hingga 1990 selain Speaker DUN Johor dari 2004 hingga 2013.

Sementara itu, Allahyarham Mohammad@Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob juga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor atas pelbagai sumbangan arwah termasuk dalam bidang politik dan penulisan Jawi. - UTUSAN ONLINE

Sungai Limau: Sokongan pengundi Cina kepada BN meningkat - PM

Posted: 05 Nov 2013 12:15 AM PST

PUTRAJAYA 5 Nov. - Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (SUN) Sungai Limau, Kedah semalam secara sepintas lalu menunjukkan terdapat peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, keputusan dua peti undi yang bilangan pengundi dari kaum Cina didapati lebih ramai menunjukkan bahawa sokongan mereka kini memihak kepada calon BN.

"Kalau kita lihat sepintas lalu, memang ada peningkatan, tapi kita perlu membuat kajian lebih mendalam mengenainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di PICC di sini hari ini.

Keputusan PRK semalam menyaksikan Pas mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya, Mohd. Azam Abd. Samat, memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, yang mendapat 10,985 undi.

Najib berkata, walaupun tewas, prestasi BN boleh dikatakan menggalakkan kerana ia berjaya mengurangkan majoriti Pas, dan kawasan itu pula merupakan kubu kuat parti itu.

"Kalau dahulu majoriti kita kalah di tempat ini ialah 2,774 dan kini berkurangan kepada 1,084 undi, ini menunjukkan ada trend sokongan ke arah BN," kata Najib.

"Kita tahu ini kubu kuat Pas sebab kawasan ini sudah lima kali Pilihan Raya Umum kita tidak menang, namun PRK kali ini kita berjaya menembusi 10 pusat daerah mengundi berbanding Pas sembilan," katanya.

Najib berkata, beliau percaya dengan kemenangan Pas, parti pembangkang pasti tidak akan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti lazimnya yang sering dilakukan mereka apabila tewas pilihan raya.

"Ini menunjukkan demokarasi di Malaysia segar dan telus dan perjalanan serta keputusan PRK ini tidak boleh dipertikaikan," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan peringkat nasional yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; peringkat negeri yang diterajui Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir serta peringkat bahagian diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Terima kasih juga kepada wakil BN negeri, sayap wanita, pemuda dan puteri. Ini adalah kerjasama berpasukan yang baik antara peringkat negeri dan bahagian, mereka bekerja keras dan menunjukkan prestasi yang baik di dalam BN," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved