Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pesakit saraf terima anugerah

Posted:

Pesakit saraf terima anugerah

Pesakit saraf terima anugerah

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my


Tuanku Zara Salim bertanya khabar selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan istimewa kepada Chong Wen Rui sambil diperhatikan Saripah Zulkifli (kiri) pada majlis penyampaian sijil latihan kemahiran asas PDK di Ipoh, Perak, semalam.


IPOH 9 Dis.- Biarpun menghidap sejenis penyakit saraf sejak kecil, namun ia tidak pernah melunturkan semangat Chong Wen Rui untuk berjaya dalam hidup.

Wen Rui, 12, yang menjalani rawatan di Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah di sini sejak berusia setahun setengah, membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa, Chemor dekat sini memperoleh 6A 2B dalam peperiksaan tersebut.

Pencapaian cemerlangnya itu mendapat pengiktirafan apabila Wen Rui menerima Anugerah Kecemerlangan Istimewa yang disampaikan oleh Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim hari ini.

"Saya masih tidak berpuas hati kerana tidak memperoleh semua A dalam UPSR kerana mendapat B dalam subjek Bahasa Cina (Penulisan) dan Sains.

"Saya akan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang suatu hari nanti," katanya selepas majlis penyampaian sijil latihan kemahiran asas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) yang juga isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli dan Pengerusi Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah, Tan Sri V. Jeyaratnam.

Pada majlis tersebut, Tuanku Zara Salim turut berkenan menyampaikan sijil latihan kemahiran asas PDK kepada 118 peserta kursus tersebut.

Raja Puan Besar Perak turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada penjaga golongan OKU, Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah yang dinaungi oleh Yayasan Sultan Idris Shah.

Full content generated by Get Full RSS.

Tanah jerlus ancam 1,000 penduduk Taman Sentosa

Posted:

Tanah jerlus ancam 1,000 penduduk Taman Sentosa

Tanah jerlus ancam 1,000 penduduk Taman Sentosa


PENYELARAS Persatuan NGO-NGO Daerah Kulim/Bandar Baharu, M. Thuraisingham (kiri) bersama penduduk melihat lubang akibat kejadian tanah jerlus di Taman Sentosa, Kulim, Kedah, kelmarin.


KULIM 9 Dis. - Lebih 1,000 penduduk di Taman Sentosa, di sini bimbang selepas berlaku tanah jerlus yang membentuk lubang sedalam dua meter dan hampir tiga meter lebar di Jalan Setosa 3/6, baru-baru ini.

Seorang penduduk, Chong Lan Chai, 51, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu apabila melihat orang ramai mengelilingi kawasan runtuhan tersebut yang terletak berdekatan rumahnya.

"Lubang ini mungkin terbentuk selepas berlakunya runtuhan tebing parit di kawasan berdekatan. Ia berlaku sejak tiga bulan lalu," katanya kepada pemberita di sini.

Lan Chai berkata, ekoran kejadian tersebut, pihaknya telah memaklumkan kejadian kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) untuk tindakan lanjut.

"Selepas itu, beberapa kakitangan Bahagian Teknikal MPKK datang melihat dan menyiasat masalah itu. Namun, penduduk hampa kerana diberitahu masalah lubang ini di bawah bidang kuasa syarikat pembentungan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Sentosa, Yeoh Hung Khoo, 43, berkata, penduduk juga kini buntu kerana masalah tersebut dibiarkan berlarutan malah keadaan lubang makin hari makin membesar.

"Beberapa hari lalu, seorang warga emas cedera ringan selepas terjatuh basikal akibat cuba mengelak lubang tersebut," katanya.

Beliau berkata, ada dalam kalangan penduduk bercadang untuk menutup sendiri lubang berkenaan tetapi tidak dapat dilakukan kerana mungkin dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Gembleng tenaga transfomasikan masyarakat - Raja Muda Perlis

Posted:

Gembleng tenaga transfomasikan masyarakat - Raja Muda Perlis

Gembleng tenaga transfomasikan masyarakat - Raja Muda Perlis

ARAU 9 Dis. - Badan-badan kerajaan disaran menggembleng tenaga untuk membantu mentransfomasikan masyarakat supaya lebih ramai menceburi bidang keusahawanan bagi mengubah status ekonomi masing-masing.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, matlamat tersebut boleh dicapai menerusi cetusan idea dan pemikiran yang dapat menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam bidang berkenaan.

"Usaha perlu dilakukan bagi memacu penduduk kampung keluar daripada kepompong kemiskinan," titah baginda ketika merasmikan Program Inovasi Sosial dan Sanggar Budaya di Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hadhari dan Pembangunan Al-Sunnah, Jepferi Othman dan Naib Canselort UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Baginda bertitah, sasaran penduduk miskin tegar sifar di Perlis boleh dicapai sekiranya perhatian khusus diberikan kepada setiap penduduk di negeri tersebut.

"Ini kerana, sebagai negeri kecil, pasti perhatian khusus dapat diberikan kepada setiap penduduk menerusi usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, program anjuran UniMAP itu merupakan medan yang baik untuk merealisasikan matlamat tersebut.

"Menerusi program itu, ia mencetuskan lonjakan paradigma pemikiran masyarakat kampung untuk mengubah struktur ekonomi dan sosial mereka," titah baginda.

Seramai 82 pelajar antarabangsa dari 11 buah institusi pengajian tinggi (IPT) bergabung dengan 120 pelajar antarabangsa UniMAP diserahkan kepada 100 keluarga di empat buah kampung bagi menjalankan pelbagai aktiviti dalam program tersebut.

Kesemuanya didedahkan dengan budaya orang Melayu dalam program tersebut termasuk makanan, pakaian, kesenian, cara hidup dan adat resam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved