Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Perhilitan Pahang juara berakit

Posted:

Perhilitan Pahang juara berakit

Perhilitan Pahang juara berakit

rohana.man@utusan.com.my
Gambar NOR AZWAN AZAHARI


PASUKAN Utusan Malaysia berjaya meraih tempat ketiga dalam perlumbaan ini.


Tempat kedua jatuh kepada pasukan dari Universiti Selangor (Unisel) yang mengutip 93.49 markah dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, diikuti pasukan Utusan Malaysia di tempat ketiga yang mengumpul 93.43 markah sekali gus meraih wang tunai RM2,000.

Bagi kategori rakit tercantik pula, ia menjadi milik pasukan dari LKPP Negeri Pahang sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Perlumbaan julung kali dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran (MPDL), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak itu berlangsung dari 25 hingga 29 November lalu. Menariknya, perlumbaan ini turut memasukkan elemen budaya dan sejarah apabila setiap pasukan dikehendaki menyelesaikan tugasan membuat layu sayung di Kampung Kepala Bendang, Sayong pada 27 November; menyumpit dan anyaman bersama penduduk Kampung Orang Asli di Bota pada 28 November dan menyelusuri sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak pada 29 November.

Selain itu, aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat turut diadakan iaitu mengacau dodol durian, memasak gulai tempoyak ikan patin dan rendang pedas udang galah yang diadakan di halaman Pasir Salak Resort serta persembahan rebana oleh penduduk dari Seberang Perak dan Kampung Jawa pada malam majlis penutup program.

Majlis penyampaian hadiah walaupun berlangsung dalam keadaan hujan renyai di pentas terbuka di Pasir Salak Resort, namun kehadiran tetamu kehormat serta penduduk sekitar yang memenuhi tempat duduk menjadi saksi kepada kejayaan penganjuran program berakit ini.

Pegawai Daerah Perak Tengah, Mohd. Roslan Mat Lodin ketika ditemui S3 pada majlis penutup program itu berkata, program berakit tersebut akan diadakan setiap tahun dengan kerjasama Pelancongan Perak dan kemungkinan penyertaan turut dibuka kepada peserta antarabangsa.

Malah katanya, Exco Pelancongan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman juga mencadangkan perkara yang sama, selain mahu pakej sukan air di Sungai Perak diwujudkan sebagaimana yang berjaya dilakukan di tempat lain seperti pakej berakit arus deras di Sungai Sedim, Kedah.

Memandangkan aliran Sungai Perak dari Kuala Kangsar sehingga Beting Beras Basah merupakan laluan pemasyhuran Sultan Perak, maka Mohd Roslan berkata, selain program berakit berbentuk perlumbaan seperti ini, Pelancongan Perak juga akan menawarkan kepada orang ramai program berakit bagi menghayati kehidupan kampung di tebing sungai, selain peluang menyusuri laluan pemasyhuran Sultan Perak.

Untuk pengetahuan umum, setiap kali majlis pertabalan Sultan Perak diadakan, salah satu adat istiadat diraja yang mesti dijalankan adalah berakit dengan menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar sehingga ke Beting Beras Basah.

Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadangkala timbul dan kadangkala tenggelam apabila air pasang berlaku. Ia dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama menjejakkan kaki di situ.

Justeru, sukan air bagi menghayati sejarah Kesultanan Perak wajar diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai menghayati detik-detik bersejarah seseorang pengganti dinobatkan sebagai Sultan Perak.

Mengulas lanjut, Mohd. Roslan berkata, sepanjang menyusuri laluan pemasyhuran itu, orang ramai boleh singgah melawat makam diraja yang terdapat di sepanjang tebing Sungai Perak bermula dari Mukim Lambor di bahagian utara sehingga ke Mukim Kampung Bandar di bahagian selatan.

Terdapat 18 makam diraja yang terletak di 13 lokasi di Perak Tengah yang boleh dilawati antaranya, makam Sultan Mudzafar Shah III (Sultan Perak ke-13) di Kampung Selat, Bota Kanan; makam Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak kelima) di Kampung Bota Kanan; makam Sultan Ahmaddin Shah (Sultan Perak ke-18) di Kampung Air Mati, Padang Changkat, Lambor Kanan; makam Sultan Mudzafar Shah II (Sultan Perak ke-10) di Kampung Telok Bakong, Lambor Kanan; makam Sultan Mudzafar Shah (Sultan Perak pertama) di Kampung Melayu, Pulau Tiga; makam Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak kelapan) dan makam Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak ke-14) di Kampung Jawa, Kampung Gajah.

Dalam satu perkembangan lain, Mohd. Roslan ketika membacakan ucapan mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada majlis penutup itu berkata, beliau berharap jumlah penyertaan iaitu sebanyak 29 pasukan pada perlumbaan kali ini dapat ditingkatkan pada perlumbaan tahun hadapan.

Menurutnya, memandangkan tahun hadapan adalah Tahun Melawat Perak maka EBSP 2011 ini akan dimasukkan ke dalam salah program Tahun Melawat Perak 2012.

"Pihak kami sudah membincangkan perkara ini dan antara topik yang dibangkitkan adalah memanjangkan laluan perlumbaan berakit sehingga ke Teluk Intan," katanya.

Menurutnya, laluan yang lebih panjang akan memberi peluang lebih luas kepada peserta untuk menghayati suasana tenang kehidupan kampung di tebing kiri dan kanan Sungai Perak.

"Malah peserta juga boleh singgah di tempat-tempat bersejarah termasuk melawat 18 makam diraja yang terdapat di tebing Sungai Perak," katanya sambil mengucapkan syabas kepada pihak penganjur.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved