Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


200 nelayan terima bantuan

Posted:

200 nelayan terima bantuan

200 nelayan terima bantuan

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam (dua dari kanan) menyampaikan bantuan enjin bot serta sijil penghargaan kepada salah seorang nelayan sambil diperhatikan Ahmad Sabki Mahmood (kanan) di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin. - UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 9 Dis. - Seramai 200 golongan nelayan di negeri ini mendapat bantuan di bawah program Azam Tani bagi tujuan membantu keluarga miskin keluar daripada garis kemiskinan.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahmad Sabki Mahmood berkata, mereka adalah antara 655 peserta dari seluruh negara yang mendapat bantuan melalui peruntukan sebanyak RM8 juta menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurutnya, pihaknya telah melaksanakan program peningkatan pendapatan golongan sasar itu bermula sejak 2009 membabitkan seramai 239 peserta.

''Melalui peruntukan ini golongan nelayan yang kurang berpendapatan akan kembali merasai kehidupan yang lebih bermakna berbanding sebelum ini.

''Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat semua kaum melalui projek pertanian," katanya berucap pada perasmian program Azam Tani peringkat negeri, di sini semalam.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut hadir Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali.

Mengulas lanjut Ahmad Sabki berkata, antara projek yang dilaksanakan ialah penternakan ayam kampung, kiosk jualan, pemberian motosikal roda tiga, peralatan membuat kuih, penternakan kambing, itik dan peralatan menangkap ikan.

Menurutnya, selain itu para peserta juga turut mendapat bantuan meliputi peralatan untuk melaksana projek, latihan motivasi, latihan teknikal, bimbingan pemasaran dan khidmat nasihat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tahap kebersihan pantai Port Dickson dipertingkatkan

Posted:

Tahap kebersihan pantai Port Dickson dipertingkatkan

Tahap kebersihan pantai Port Dickson dipertingkatkan


MOHAMMAD Razi Kail (dua dari kanan) bersama Abdul Wahab Shamsuddin (kanan) serta orang ramai melontar bebola lumpur ke dalam laut di Pantai Teluk Kemang, semalam.


TELOK KEMANG 9 Dis. - Usaha meningkatkan tahap kebersihan pantai peranginan Port Dickson terus diperhebatkan menerusi pembuangan bebola lumpur ke dalam perairan pantai berkenaan yang dilaksanakan di bawah projek Revive Green Festival Port Dickson 2011, di sini hari ini.

Inisiatif tersebut merupakan program anjuran Revival Productions dengan kerjasama Lembaga Pelancongan negeri dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, program tersebut sudah masuk kali kedua di jalankan di sini sepanjang tahun ini.

''Kita akan membuang 'Mud Balls' atau bebola lumpur ini ke dalam laut, di mana bebola lumpur yang diperbuat daripada bahan semula jadi ini berupaya membersihkan air melalui mikroorganisma yang terkandung di dalamnya.

''Melalui inisiatif ini, ia secara tidak langsung akan dapat membantu kita membersihkan perairan pantai ini sekali gus memberi impak positif kepada orang ramai khususnya para pengunjung," katanya pada majlis perasmian projek berkenaan di Dataran Pantai Telok Kemang, di sini hari ini.

Jelas Mohammad Razi, diharapkan pelaksanaan program tersebut dapat menarik serta mendidik masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan mencintai alam sekitar khususnya dalam kehidupan harian mereka.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin berkata, program tersebut akan dijadikan acara tahunan di pantai tersebut.

''Kebersihan merupakan keutamaan. Semua individu seharusnya menjadi masyrakat yang bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan.

''Jika terjumpa sampah, mereka seharusnya ambil dan buang di dalam tong sampah, dengan sikap sebegini mereka bukan sahaja mendidik hati supaya bersikap prihatin sekali gus menjadi rakyat yang berdisiplin," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penempatan baru nelayan di Kuala Sungai Baru

Posted:

Penempatan baru nelayan di Kuala Sungai Baru

Penempatan baru nelayan di Kuala Sungai Baru

MELAKA 9 Dis. - Kerajaan negeri akan membina penempatan baru kampung tersusun bagi nelayan sekitar Kuala Sungai Baru menerusi peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, menerusi peruntukan itu sebanyak 40 buah rumah yang mempunyai tiga buah bilik akan dibina di tanah seluas empat hektar di Kuala Sungai Baru.

Menurutnya, selain pembinaan rumah, penempatan itu juga akan dibangunkan beberapa infrastruktur lain seperti jalan raya, surau, balai raya, lampu jalan dan sebagainya.

Beliau berkata, pada dasarnya Menterinya, Datuk Seri Noh Omar bersetuju meluluskan peruntukan tersebut bagi membina penempatan baru kampung tersusun buat nelayan di Kuala Sungai Baru.

''Pembinaan kampung tersusun khususnya untuk nelayan adalah yang pertama dibina di negeri ini dengan tujuan meningkatkan taraf golongan ini yang berpendapatan rendah.

''Golongan ini akan memiliki rumah lebih sempurna berbanding rumah yang mereka diami sebelum ini," ujarnya selepas merasmikan program Azam Tani peringkat negeri di sini, semalam.

Menurut Mohd. Ali, pembinaan penempatan baru kampung tersusun itu adalah daripada peruntukan RM300 juta untuk perumahan nelayan dalam Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Sementara itu, beliau akan membuat lawatan ke beberapa kawasan nelayan di Tanjung Bidara, Kuala Linggi dan Kuala Sungai Baru bagi meninjau pelbagai masalah yang dihadapi golongan tersebut.

Beliau telah dimaklumkan oleh nelayan di kawasan tersebut menghadapi masalah untuk mendaratkan hasil tangkapan kerana muara dasar sungai yang cetek.

''Ini masalah yang mereka hadapi sejak beberapa tahun lalu dan masih gagal diselesaikan. Saya akan membuat lawatan ke tempat tersebut untuk keadaan di situ'' ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved