Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Insentif emas pertama Sukan SEA dinaikkan kepada RM20,000

Posted:

Insentif emas pertama Sukan SEA dinaikkan kepada RM20,000

Insentif emas pertama Sukan SEA dinaikkan kepada RM20,000


NAJIB Tun Razak menyampaikan replika cek RM10,000 kepada pemenang pingat emas acara ski air, Aaliah Yoong, atlet berusia 8 tahun pada Majlis Penghargaan Wira-Wira Malaysia yang memenangi emas, perak dan gangsa pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia dalam satu majlis di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. Turut sama, Ahmad Shabery Cheek.
- DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 9 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif untuk pingat emas pertama setiap atlet pada Sukan SEA akan datang di bawah Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan ditingkatkan sekali ganda menjadi RM20,000.

Perdana Menteri berkata, atlet juga akan menerima RM10,000 bagi setiap pingat emas kedua dan seterusnya sebagai dorongan serta penghargaan atas segala jerih-perih mereka mengharumkan nama negara.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan insentif bagi acara berpasukan (melebihi lima orang) yang memenangi emas pada kejohanan Sukan SEA Indonesia dinaikkan kepada RM5,000 seorang berbanding RM2,000 ketika ini.

"Saya melihat sumbangan RM2,000 bagi acara berpasukan ini terlalu kecil dan sewajarnya ia dinaikkan kepada RM5,000 seorang. Ini kerana setiap mereka terpaksa melalui jerih-perih yang bukan sedikit semasa berjuang untuk negara di Indonesia.

"Kenaikan insentif ini (khususnya pada temasya akan datang) akan memberi suntikan semangat kepada para atlet untuk memburu lebih banyak emas selepas ini," katanya semasa berucap pada majlis meraikan pemenang pingat emas Sukan SEA Indonesia di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengalungkan pingat emas kepada kuartet 4x400 meter lelaki yang tidak menerima pingat mereka di Indonesia berikutan terpaksa pulang awal.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalannya, Senator Gan Ping Siew; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong serta semua 91 atlet individu dan berpasukan yang menyumbang emas kepada negara.

Menyentuh mengenai kejayaan Malaysia meraih 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa termasuk mengekalkan 'ibu segala emas' dalam acara bola sepak pada temasya itu, Perdana Menteri berkata, ia satu kejayaan yang sangat membanggakan.

Namun, Najib tidak mahu para atlet serta persatuan sukan mudah berpuas hati dengan kejayaan di Sukan SEA yang hanya bertaraf Asia Tenggara, sebaliknya beliau mencabar mereka supaya membuktikan kebolehan di kejohanan lebih besar selepas ini.

Ini kerana jelas beliau, sukan bukan sahaja wadah perpaduan bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini, tetapi ia juga satu industri yang menguntungkan selain dapat mengangkat martabat Malaysia di mata dunia jika para atlet berjaya meraih emas.

"Jadikan kejayaan di Indonesia sebagai landasan untuk menempa kejayaan lebih besar di peringkat Asia, Komanwel dan seterusnya Sukan Olimpik. Saya tidak mahu kita hanya gah di Asia Tenggara, kita perlu buktikan kejayaan Malaysia di peringkat lebih tinggi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Isteri dimadu layak mohon bantuan RM500

Posted:

Isteri dimadu layak mohon bantuan RM500

Isteri dimadu layak mohon bantuan RM500

BACHOK 9 Dis. - Semua isteri yang dimadukan dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,000 berhak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 bagi meringankan beban keluarga.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bantuan tersebut akan disalurkan kepada isteri-isteri terbabit kerana mereka yang menguruskan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, lelaki atau wanita bujang yang menanggung keluarga kerana ibu dan ayah sudah meninggal dunia juga layak memohon bantuan tersebut.

"Isteri pertama, kedua hingga keempat juga berhak mendapatkan bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan di negeri Kelantan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.

"Bagi golongan bujang yang tidak berkahwin tetapi mempunyai tanggungan adik-beradik terutama keluarga yatim piatu, juga berhak mengemukakan permohonan untuk menerima agihan wang yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, mereka yang keseorangan tanpa isteri (bujang) dan lain-lain tanggungan tidak berhak menerimanya. Namun, ibu tunggal dan bapa tunggal termasuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas berhak menikmati manfaat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus TEKUN Parlimen Bachok, Zailani Ya.

Awang Adek berkata, semua JKKKP sudah diberi taklimat khusus untuk melicinkan pengurusan agihan borang dan diminta mempermudahkan pengesahan kepada semua pemohon tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, pemberian bantuan itu tidak boleh dijadikan isu politik kerana pelaksanaannya akan dibuat secara telus dan adil tetapi ia dibuat menerusi JPP dan JKKKP bagi melicinkan pengurusan di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

"Ini adalah usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

"Kerajaan juga sudah melunaskan tanggungjawab menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100 kepada setiap pelajar baru-baru ini," katanya.

Katanya, sudah banyak usaha membela kebajikan rakyat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan yang seharusnya disedari oleh rakyat terutama di negeri itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelantan tidak layak digelar Serambi Mekah

Posted:

Kelantan tidak layak digelar Serambi Mekah

Kelantan tidak layak digelar Serambi Mekah

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Kelantan tidak layak digelar negeri 'Serambi Mekah' jika aspek pembangunan masjid sebagai pusat penyebaran Islam terpenting tidak dititikberatkan.

Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak), Mohd. Faizal Daud berkata, kegagalan itu bukan sahaja dilihat dari segi pembinaan masjid, malah, pemeliharaan dan pemuliharaan tempat ibadat itu turut diabaikan.

Katanya, hampir keseluruhan masjid termasuk surau di negeri itu tidak mempunyai kemudahan mencukupi dan apa yang lebih mendukacitakan adalah soal kebersihan langsung tidak diutamakan.

''Masjid sebagai tempat beribadat sepatutnya sentiasa dijaga daripada semua aspek termasuk kebersihan kerana Islam sendiri mementingkan kebersihan.

''Tetapi perkara itu tidak diutamakan oleh kerajaan Pas Kelantan kerana hampir setiap masjid di negeri itu boleh dikategorikan kotor apabila tandasnya kotor, kawasan sekelilingnya tidak dijaga, malah, tidak ada kemudahan lengkap untuk beribadat dengan selesa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas.

Mohd. Faizal berkata, rakyat Kelantan perlu sedar bahawa Pas hanya beretorik dengan membawa imej Islam dalam pemerintahan dan pentadbiran mereka bagi mengaburi mata rakyat negeri itu.

''Ini menunjukkan mereka bukan sahaja gagal membawa pembangunan di Kelantan tetapi soal penyebaran agama juga mereka gagal. Justeru, adakah layak digelar Serambi Mekah?,'' katanya.

Dalam pada itu, bekas aktivis Pas, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, Masjid Jubli Emas atau dikenali Masjid China yang menjadi satu-satunya kebanggaan Pas itu sebenarnya tidak dibina bagi kepentingan rakyat semata-mata.

Katanya, pembinaannya adalah demi kepentingan politik iaitu bagi membina hubungan ekonomi dengan China pada ketika itu.

''Majoriti rakyat Kelantan adalah Melayu Islam. Sepatutnya mereka membina sekurang-kurangnya sebuah masjid setiap penggal pemerintahan. Masjid di Kelantan sememangnya tidak cukup, jemaah melimpah ruah setiap kali solat Jumaat.

''Bagaimanapun, Kerajaan Pas Kelantan tidak melihat keperluan ini. Mereka hanya tahu bercakap tetapi tidak buat,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved