Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Warga emas dapat diploma

Posted:

Warga emas dapat diploma

Warga emas dapat diploma

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


Zainal Ahmad (tiga kanan) bersama isterinya Hamidah Mohd. Salleh meraikan kejayaan mereka sambil diperhatikan rakan-rakan lain selepas menerima sijil masing-masing di Palm Garden Hotel, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 10 Dis. - Biarpun bergerak dengan menggunakan bantuan kerusi roda ketika usia sudah pun menjangkau 70 tahun, semangat menuntut ilmu tidak pernah luntur dalam jiwa seorang warga emas, Hamidah Mohd. Salleh.

Hamidah merupakan salah seorang peserta program Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk Warga Emas (U3A) Kuala Lumpur dan Selangor, mengikuti kursus bahasa dan muzik dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, program yang diikuti bersama-sama suaminya, Zainal Ahmad, 75, itu memberinya peluang mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.

"Saya gemar belajar dan tidak boleh duduk diam sahaja di rumah biarpun lumpuh separuh badan sejak 1993. Setiap ilmu yang diperoleh tidak boleh dilepaskan kerana ia memberi banyak faedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hari Terbuka Program U3A di Palm Garden Hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Sigh dan Pengarah Institut Gerontologi UPM, Profesor Dr. Tengku Aizan Hamid.

Seramai 196 peserta menerima sijil masing-masing pada majlis dianjurkan oleh Institut Gerontologi, UPM itu.

Sementara itu, Zainal berkata, penyertaan dalam program tersebut memberinya peluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang agama Islam, bahasa Arab dan seni muzik.

"Berkongsi minat yang sama dengan isteri, menyebabkan kami tidak jemu untuk datang mempelajari kursus yang ditawarkan U3A.

"Masa yang ada tidak boleh dibiarkan begitu sahaja di rumah," kata bekas kakitangan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) itu yang sering menemani isterinya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Institut Gerontologi UPM, Profesor Dr. Tengku Aizan Hamid berkata, pihak pengurusan tertinggi universiti akan sentiasa memberi sokongan kepada program tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

1,000 graduan Cybernatics terima diploma

Posted:

1,000 graduan Cybernatics terima diploma

1,000 graduan Cybernatics terima diploma

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Gelaran Datuk serta perniagaan yang dimiliki tidak membataskan usaha seorang usahawan untuk mendapatkan segulung diploma dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics.

Datuk Said Nazar Abu Bakar (gambar), 40-an, yang hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak malu menyertai anaknya belajar di kolej itu sehingga berjaya memperoleh Diploma Eksekutif Pengajian Perniagaan pada majlis konvokesyen kolej itu di sini hari ini.

Kata usahawan itu, sedari dahulu beliau memang berhasrat menyambung pelajaran, namun kemiskinan keluarga menghalang cita-cita itu.

"Saya berasal dari kampung, keluarga tidak mempunyai wang untuk menghantar saya ke universiti. Namun, berkat usaha gigih saya akhirnya berjaya meneruskan hasrat itu," katanya yang menerima Anugerah Graduan Cemerlang.

Beliau merupakan antara 1,000 graduan kolej itu yang menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen berkenaan.

Menurut Said Nazar, beliau tidak pernah berasa malu untuk bergaul dengan penuntut yang jauh lebih muda, malah banyak berkongsi ilmu serta pengalaman mengenai selok-belok perniagaan bersama rakan-rakan sekuliah.

Beliau merancang meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan bagi meluaskan lagi ilmunya dalam bidang itu.

Full content generated by Get Full RSS.

4 lelaki larikan barang kemas

Posted:

4 lelaki larikan barang kemas

4 lelaki larikan barang kemas

KLANG 10 Dis. - Empat lelaki bersenjatakan kapak dan parang melarikan sejumlah barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam rompakan nekad di sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, kejadian berlaku pukul 8.15 malam semasa pemilik kedai itu berada di dalam premisnya bersama tiga pekerja lain.

Menurutnya, empat lelaki dengan dua daripadanya dipercayai warga Indonesia secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam premis.

"Seorang suspek bersenjatakan kapak memecahkan cermin pameran dan mengambil dua utas rantai emas, dua bentuk cincin dan dua pasang anting-anting emas. Suspek turut mengarahkan pemilik kedai dan pekerjanya meniarap.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta Proton Saga berwarna hitam yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, sekumpulan perompak menebuk dinding dua buah kedai emas di Jalan Pos Baru, Klang Utara, sebelum melarikan sejumlah barangan kemas bernilai RM300,000.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved