Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tahun penuh cabaran

Posted:

Tahun penuh cabaran

Tahun penuh cabaran


Sultan Sharafuddin Idris Shah



SULTAN Sharafuddin Idris Shah genap berusia 66 tahun hari ini. Dalam usianya itu, Sultan Selangor tetap sibuk seperti dulu - bertemu rakyat, melayani aduan serta membaca satu persatu dokumen yang dikemukakan kepada istana.

Dalam suasana sekarang yang disifatkan baginda bagai 'menghadapi ombak yang kuat', Sultan Selangor mengakui sangat letih dan berharap dapat 'melabuhkan sauh' tahun depan.

Tahun ini memang tahun penuh cabaran buat Sultan Selangor. Satu demi satu isu timbul. Tetapi menggunakan analogi seorang pelayar, baginda berjaya mengharunginya dengan amat baik sekali.

Saban waktu tanpa jemu, baginda terus menyeru rakyat terutama orang Melayu supaya bersatu.

Baginda tidak mahu orang Melayu terus bertikai. Baginda sedih sesama umat Islam berbalah. Apa yang diharapkan oleh baginda ialah rakyat pelbagai bangsa dan agama di negeri ini hidup dengan aman dan makmur.

Kepada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Zulkefli Hamzah dan Helmi Mohd. Foad, Sultan Selangor meluahkan isi hati dan pemikiran baginda itu dalam wawancara eksklusif di Istana Mestika, Shah Alam, Selasa lalu.

"Kerana politik kita bergaduh tidak berguna," titah baginda yang dalam wawancara kali ini berpenampilan berbeza dengan pakaian seragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Baginda yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semasa wawancara itu sedang bersiap-siap untuk ke Langkawi bagi menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

MINGGUAN: Sempena keputeraan Tuanku ke-66 dan juga 10 tahun sebagai Sultan Selangor ini, apakah yang ingin Tuanku nyatakan?

Sultan Sharafuddin: Apa yang mustahak sekali saya mahu negeri Selangor ini aman. Kalau rakyat dapat berikan itu, saya anggap ia sebagai satu hadiah kepada saya. Aman makmur, tidak ada pergolakan, tenteram dan rakyat boleh bergerak dengan selesa, itu yang paling mustahak.

Apa guna menjadi Sultan Selangor sedangkan negeri Selangor tidak aman, asyik bergaduh dan rakyat ketakutan. Bukan orang Melayu sahaja tetapi berbilang kaum dalam erti kata rakyat berbilang kaum saling hormat menghormati. Ada hak masing-masing, macam hak agama, jangan disentuh. Kalau bergaduh isu sensitif berkenaan agama dan bangsa, sangat susah untuk henti dan pulihkan. Jangan benarkan ia berlaku.

Saya tidak mahu itu berlaku. Kerana politik kita bergaduh, tidak berguna. Selangor sangat bertuah, kemajuannya pesat. Kek Selangor yang besar masing-masing boleh merasa.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Bisik-Bisik Mingguan

Posted:

Bisik-Bisik Mingguan

Bisik-Bisik Mingguan

Bernafsu lagi

NAFSU tidak mengenal usia termasuk nafsu untuk bergayut kepada jawatan. Orang yang menampilkan imej ulama dan tok guru juga tidak terkecuali.

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sudah uzur, mahu bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Macam tak percaya tetapi itulah realitinya.

Keputusan mengenai perkara itu telah pun dibuat. Sudah 40 tahun jadi wakil rakyat, apa nak lagi. Suatu ketika dulu, Nik Aziz perlekeh beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai gila kedudukan.

Rupa-rupanya beliau lebih teruk daripada itu. Awang tidak kisah kalau tok guru masih sihat dan cergas. Teruskan. Tetapi akuilah bahawa fizikalnya kian lemah, pemikiran tidak secerdas dulu, pendengaran dan pertuturannya juga semakin tidak jelas. Khabarnya, untuk menyampaikan taklimat kepada beliau, juga agak payah kerana keuzurannya itu.

Itu belum bercakap tentang prestasi kepimpinan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, tidak banyak pencapaian dan kemajuan. Kehebatan Nik Aziz hanyalah berceramah sambil menutup kelemahannya dengan asyik menyerang pihak lain.

Semua orang tahu bagaimana keadaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas yang diterajui oleh Nik Aziz. Tiada yang boleh dibanggakan. Malah perihal keperluan asas untuk rakyat - air bersih - masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah berlarutan 20 tahun.

Baru-baru ini Utusan Malaysia mendedahkan mengenai isu tersebut yang mencetuskan keresahan dan kemarahan ramai penduduk Kelantan. Seperti biasa, ia dijawab dengan seribu satu alasan oleh kerajaan negeri.

Walaupun lebih dua dekad memerintah, kerajaan Pas mengakui hanya membina sebuah masjid di negeri itu, yang lainnya dibina oleh kerajaan UMNO. Lagi tamparan buat kepimpinan Nik Aziz. Itupun beliau masih riak dan tanpa rasa malu mendakwa Pas lebih Islam daripada UMNO.

Awang tertanya-tanya apakah motif Nik Aziz mahu bertanding lagi? Apakah beliau fikir Pas Kelantan akan terus bergantung kepada auranya bagi mempertahankan pemerintahan di negeri itu?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau dilihat banyak merapu dan membuat silap dalam kenyataannya, yang menjatuhkan imej Pas dan mencemarkan Islam.

Soalnya, apakah ada lagi aura Nik Aziz atau aura itu yang akan bertukar membawa musibah kepada Pas?

Pas sayap DAP

Apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa parti itu tidak akan memasukkan hukum hudud dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU13 maka pekong terdedah lagi.

Ia jelas membuktikan bahawa Pas terus tunduk dengan desakan sekutunya iaitu PKR dan DAP.

Sebelum ini kerana tekanan kedua-dua parti itu juga, Pas menggugurkan perjuangan negara Islam dan menggantikan negara berkebajikan.

Awang hairan dengan kenyataan beberapa pemimpin Pas yang berdegar-degar mahu melaksanakan hukum hudud beberapa minggu lalu. Apa sekalipun yang akan terjadi, kononnya mereka tidak akan sedikitpun berganjak laksana jihad di medan perang.

Kalau sudah tidak berani untuk menyatakan perkara itu dalam manifesto, elok tutup muka dengan sarung bantal sajalah. Buat malu kepada ahli dan para penyokong.

Awang sedih kerana belum pernah dalam sejarah, Pas sedayus ini. Prinsip dan maruah Islam dilacurkan. Parti itu tidak ubah seperti organisasi sayap dalam DAP. Masyarakat Islam sudah lama kecewa dan memberikan mesej jelas kepada Pas tetapi tidak dipedulikan.

Di sebalik akur kepada percaturan DAP, Pas sendiri menjadi mangsa. DAP telah merancang untuk meletakkan calon Melayunya sendiri di sebahagian kawasan majoriti Melayu.

Dengan kata lain, DAP tidak hormat kepada Pas dan lebih daripada itu, tidak yakin kemampuan Pas untuk mendapatkan majoriti undi Melayu. Strategi Pas bagai senjata makan tuan.

Maka terjadilah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tahniah. Akhirnya terperangkap dengan kebodohan sendiri.

Bangkitlah!

Jika sebelum ini, ADUN DAP Nga Khor Ming menghina Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai hitam metalik, baru-baru ini beliau labelkan pula Perak sebagai Darul Kartun.

Mengapa nama negeri juga menjadi sasaran? Nama Darul Ridzwan berunsur keislaman, telah diperkenankan oleh Sultan Perak yang mencerminkan kedaulatan negeri. Ia bukan seperti nama rumah urut, disko atau tempat perjudian, yang boleh diperkotak- katik sesuka hati.

Sememangnya Kor Ming biadap dan melampau. Beliau bagaikan orang gila talak selepas DAP tidak lagi menjadi kerajaan negeri. Sanggup menghina dan mencerca apa sahaja bagi melepaskan geram.

Mungkin selepas ini, apabila kenyataannya menjadi kontroversi dan menerima banyak bantahan, Khor Ming akan meminta maaf tetapi seperti biasa nada dan lenggoknya tidak ikhlas.

Semua ini sepatutnya memberi pengajaran kepada rakyat terutamanya orang Melayu. Begitulah sikap DAP, apabila memperolehi sedikit kuasa, sudah besar kepala.

Awang juga ingin menegur para pemimpin BN negeri terutama UMNO agar tampil dengan lebih berani dan agresif melawan serangan Kor Ming.

Dalam berdepan dengan parti paling rasis dan mempunyai agenda untuk menulis semula Perlembagaan, janganlah bersikap terlalu budiman dan mengambil strategi bertahan.

Begitu juga kepada pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri yang pro BN, usahlah lesu. Sampai bila mahu agama, bangsa, institusi raja dan pemimpin kita dihina? Bangkitlah... melainkan memang kita merelakan itu semua.

Fenomena

Sama ada disedari atau tidak, ada sesuatu yang kini menjadi fenomena di tanah air kita. Di merata-rata tempat, boleh dilihat orang ramai daripada semua kaum - dewasa, remaja, kanak-kanak mahupun wanita - memakai jersi pasukan bola sepak Malaysia.

Kerap kelihatan seisi keluarga bersiar-siar dengan seragam menyarungkan jersi jalur hitam -kuning dan biru-merah-putih yang menjadi warna rasmi Harimau Malaya dan Harimau Muda.

Malah makin banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak meliputi universiti, majikan, NGO dan sekolah seperti pertandingan debat, hari keluarga, gotong royong dan banyak lagi, dengan memakai jersi yang sama.

Awang tersentuh. Fenomena penyatuan hati dan rasa bangga rakyat terhadap negara ini sudah lama tidak tercetus. Semuanya bermula dengan bibit-bibit kejayaan skuad negara. Mendapat pingat emas Sukan SEA Laos pada 2009 dan lebih manis menjuarai Piala AFF di Jakarta tahun lalu.

Lebih gemilang ialah kejayaan kali kedua menewaskan Indonesia di gelanggang tuan rumah dan dapat mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA, bulan lalu.

Keyakinan dan kekuatan mental para pemain membangkitkan semangat rakyat Malaysia. Penghinaan dan cercaan terhadap negara, rupa-rupanya menjadi azimat buat para pemain yang akhirnya pulang dengan kejayaan.

Biarpun skuad Harimau Muda kemudian tewas bagi kelayakan Olimpik, rakyat Malaysia masih meletakkan penghargaan yang tinggi atas pencapaian di Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Sekali lagi terbukti betapa kecemerlangan dalam sukan boleh menyemarakkan nasionalisme, yang tidak semestinya melalui peperangan atau ucapan berapi-api pemimpin.

Dalam pada itu, Awang lega kerana orang muda kita tidak lagi 'dikuasai' dengan jersi lambang pasukan luar seperti England, Brazil, Sepanyol, Jerman dan Itali.

Begitu juga keghairahan terhadap jersi kelab ternama antaranya Manchester United, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Arsenal, yang kini sedikit reda.

Semuanya kerana kita sudah punya pilihan lain, yang lebih istimewa iaitu jersi sendiri. Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved