Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemuda libas bapa dengan pisau

Posted:

Pemuda libas bapa dengan pisau

Pemuda libas bapa dengan pisau

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my

PENAMPANG 10 Dis. - Seorang pemuda tergamak mengamuk dan melibas bapanya yang berusia 69 tahun dengan pisau sehingga cedera hanya kerana marahkan isterinya yang tiada di rumah mereka di Kampung Meruntum, di sini kelmarin.

Difahamkan, berikutan bimbang keselamatannya, mangsa, Kamlen Jamil yang cedera di dagu terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri setelah dikejar anaknya itu yang berusia 31 tahun.

Kejadian berlaku pukul 4 petang semasa suspek pulang ke rumahnya dan mencari isterinya lalu bertanyakan kepada bapanya yang kemudian menjawab tidak tahu.

Berang dengan jawapan bapanya, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap rumahnya selain menyerang warga emas itu dengan pisau.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh berkata, suspek ditahan polis pukul 10 malam hari yang sama di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan menemui pisau sepanjang 28 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini pernah dipenjarakan selama dua bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki nyaris maut kereta rempuh lembu

Posted:

Lelaki nyaris maut kereta rempuh lembu

Lelaki nyaris maut kereta rempuh lembu


Azral Mazlan (kanan) melihat keretanya yang remuk selepas merempuh dua ekor lembu yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Felda Sendayan, Seremban, semalam.


SEREMBAN 10 Dis. - Seorang pemuda nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh dua ekor lembu di Jalan Felda Sendayan-Seremban, dekat sini semalam.

Mangsa, Azral Mazlan, 31, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Felda Sendayan ke Seremban atas urusan kerja.

Katanya, sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba dua ekor lembu melintas jalan.

"Saya tidak sempat brek dan mengelak menyebabkan saya merempuh dua ekor lembu terbabit.

"Kenderaan saya hilang kawalan tetapi bernasib baik kerana tidak terbabas ke dalam longkang di tepi jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan salah seekor daripada lembu berkenaan mati.

Menurutnya, akibat rempuhan itu keretanya tidak dapat bergerak kerana mengalami kerosakan serius di bahagian enjin.

"Saya kesal kerana pemilik haiwan itu membiarkan ternakan mereka berkeliaran," katanya.

Dalam kejadian itu juga, seorang penunggang motosikal, Nor Azmi Mohd. Ali, 37, terjatuh selepas tidak dapat mengelak dua ekor lembu yang dilanggar kereta Azral.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved