Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


FashionValet.net berwajah baru

Posted:

FashionValet.net berwajah baru

FashionValet.net berwajah baru

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


KIMBERLY Legget memperagakan salah satu pakaian yang terdapat dalam FashionValet.net


BUTIK dalam talian Fashionvalet.net baru-baru ini menyambut ulang tahunnya yang pertama. Majlis sambutan berlangsung di The Stage @ Publika, Solaris Dutamas dan diraikan oleh pereka fesyen serta pelanggan tetap butik tersebut.

Menurut pemiliknya Vivy Yusof, sambutan tersebut bukan sekadar yang biasa kerana mereka sebenarnya ingin meraikan kejayaan FashionValet.net yang kini semakin dikenali oleh para pencinta fesyen tanah air.

"Inilah satu-satunya laman web membeli-belah yang menghimpunkan pereka fesyen tanah air berbakat. Hasil rekaan mereka itu bukan sahaja diiktiraf oleh penggemar fesyen tempatan, malah penggemar fesyen dari luar negara turut mengiktirafnya menerusi promosi internet," jelas Vivy.

Dalam tempoh setahun, daripada hanya 10 jenama yang dihasilkan oleh 10 pereka berbeza, FashionValet.net kini menawarkan lebih 60 jenama hasil kreativiti pereka fesyen tanah air, selain dari Indonesia dan juga Thailand.

"Matlamat kami adalah untuk menjadi portal butik dalam talian terkemuka di rantau Asia ini," ujar Vivy dengan nada teruja.

Bersempena dengan majlis istimewa itu juga, FashionValet.net dengan bangganya melancarkan laman web terbarunya yang lebih 'segar' dan lebih mesra pelanggan. Dengan pengubahsuaian ini, dijangka ia memberi lebih kemudahan dan keseronokan untuk pelanggan membeli-belah menerusi dalam talian.

Majlis sambutan itu dikendalikan oleh pasangan deejay terkenal dari stesen radio Fly FM iaitu Phat Fabes dan Ben. Majlis bertambah meriah apabila ia diselang seli dengan pertunjukan fesyen serta aktiviti yang menghiburkan.

Antara yang diperagakan oleh peragawati pada malam itu ialah pakaian wanita, lelaki dan aksesori. Penampilan istimewa Miss Malaysia Universe 2011 Kimberly Leggett dan beberapa lagi peserta Ratu Cantik Malaysia turut memeriahkan pentas peragaan pada malam itu.

Dandanan rambut dan solekan ditaja oleh Michael & Guys dan FCC Colour Cosmetics (yang dahulunya dikenali sebagai jenama Farmasi). Bukan itu sahaja, pentas peragaan yang indah pada malam itu direka oleh Mimpi Murni Events, Tie the Knot manakala susunan bunga pula oleh Vanilla Floral.

Sementara itu, kek lima tingkat yang tersergam cantik pada majlis tersebut dihasilkan oleh Gateuxlicious. Para penaja lain pada malam tersebut adalah GPLF, Proven Group of Companies, Netbuilder, Churp Churp, Printlah! dan Tutti Frutti Solaris Dutamas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved