Sabtu, 11 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga penjenayah ditembak mati

Posted: 11 Jan 2014 12:05 AM PST

JOHOR BAHARU 11 Jan. - Tiga penjenayah dipercayai warga asing ditembak mati oleh sepasukan polis selepas mereka cuba menyerang pasukan keselamatan itu dalam kejadian di Ulu Tiram, awal hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam kejadian 4.45 pagi itu, seorang daripada penjenayah melepaskan dua das tembakan ke arah pasukan polis manakala dua lagi melibas parang.

"Mereka bertindak demikian apabila pasukan polis yang sedang melakukan rondaan Ops Cantas Khas cuba menghampiri mereka. Akibat itu, anggota kami terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Menurutnya, ketiga-tiga penjenayah terbabit mati di tempat kejadian.

Mohd. Mokhtar berkata, siasatan awal juga mendapati sejam sebelum kejadian, tiga lelaki berkenaan menyamun tiga pekerja tapak semaian di rumah kongsi mereka. - BERNAMA

33 direman kerana main judi

Posted: 10 Jan 2014 10:42 PM PST

GEORGE TOWN 11 Jan. - Sebanyak 33 orang terdiri daripada 25 lelaki dan lapan wanita termasuk seorang wanita Vietnam direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes judi.

Majistret B. Sri Pracha Nanthini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap mereka bermula hari ini.

Mereka yang berusia antara 22 dan 75 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Kesemua mereka ditahan dalam Ops Dadu yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sebuah bengkel kereta, Air Itam di sini, pada 12.45 tengah malam tadi.

Polis turut merampas cip pelbagai warna, dadu dan alat-alat perjudian termasuk wang tunai RM30,000. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved