Jumaat, 10 Januari 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kim Swee tidak terkilan

Posted: 10 Jan 2014 12:09 PM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Ong Kim Swee tidak terkilan biarpun namanya bukan pilihan untuk menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR - Tiada rasa terkilan atau kecewa di hati jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee apabila mengetahui namanya bukan pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, malah beliau menerima keputusan itu dengan terbuka.

Menganggap perjalanan kariernya sebagai seorang jurulatih masih panjang, Kim Swee tetap memberikan penghargaan kepada FAM yang terus memberi kepercayaan kepadanya untuk membimbing Harimau Muda A sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun lagi, selain pelantikan sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya.

Dalam masa sama, beliau tetap bersedia memikul tanggungjawab tambahan diberikan oleh FAM iaitu membantu individu yang bakal membimbing Harimau Malaysia apabila mengharungi sebarang kejohanan.

Saya tidak ada sebarang masalah menerimanya jika itu keputusan yang telah ditetapkan oleh FAM dan keutamaan saya kini adalah untuk mengendalikan Harimau Muda A.

Bersama Harimau Muda A, saya lihat tetap satu perancangan penting kerana di situlah terbinanya pembentukan skuad kebangsaan selain tanggungjawab saya pada 2014 juga turut bertambah.

Segala program yang melibatkan Harimau Muda B atau C kini akan dipantau oleh saya supaya ada kesinambungan apabila seseorang pemain itu bergerak daripada satu pasukan ke pasukan lain," katanya ketika dihubungi semalam.

Hamidin yang ditemui di Wisma FAM pada Khamis lalu mengesahkan, ketua jurulatih Harimau Malaya akan diketahui selewat-lewatnya pada Februari depan sambil memberi bayangan kerusi panas yang ditinggalkan oleh Datuk K. Rajagobal itu bakal diisi jurulatih luar negara.

Difahamkan, lima nama besar telah disenarai pendek untuk jawatan itu dengan bekas jurulatih Jepun untuk Piala Dunia 2002, Philippe Troussier menjadi nama paling hangat dikaitkan selepas FAM mengadakan pertemuan dengannya di London pada bulan lalu.

Calon lain ialah bekas pengurus AS Roma, Zdenak Zeman dan bekas pemain antarabangsa Perancis dan Chelsea, Marcel Desailly andai impian FAM mendapatkan Troussier tidak kesampaian.

Kim Swee menegaskan fokus utamanya tahun ini adalah Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, selain penyertaan dalam National Premier League (NPL) di Queensland, Australia yang berlangsung dari Mac hingga Ogos.

Namun, sebelum memikirkan cabaran pasukannya di Australia, beliau perlu mendapatkan pengganti Hassan Sazali Waras, penolongnya yang telah dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih Harimau Muda C.

Pengganti kepada Hassan saya akan namakan apabila pulang dari Australia dengan Hamidin selepas minggu hadapan, saya tidak mahu namakan sesiapa tetapi calon itu sudah ada," katanya.

Chong Wei wakil tunggal ke separuh akhir

Posted: 10 Jan 2014 12:09 PM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Skrip lama berulang pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Korea apabila jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul wakil tunggal Malaysia yang mara ke separuh akhir di Seoul semalam.

Hasrat pasangan muda negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah untuk meneruskan kejutan bukan saja tidak kesampaian, malah tunduk mudah kepada gandingan berpengalaman Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen yang merupakan pilihan utama dan beregu No. 3 dunia.

Beregu No. 16 dunia itu nyata bukan tandingan Boe-Mogensen apabila kalah mudah 10-21, 9-21 hanya dalam masa 31 minit. Kelmarin, V Shem-Khim Wah mencipta kejutan apabila menundukkan pilihan kelapan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin dari Taiwan untuk mara ke suku akhir.

Sementara itu, Chong Wei memastikan Jalur Gemilang terus berkibar di Seoul apabila mempamer aksi cemerlang ketika mengetepikan bintang muda China, Du Pengyu 21-9, 21-12 hanya dalam masa 35 minit.

Chong Wei, 31, yang memburu kejuaraan keempat selepas muncul juara 2010, 2012 dan 2013 kini akan berdepan dengan perseorangan utama Jepun yang juga pilihan kelima, Kenichi Tago pada separuh akhir hari ini. Tago mara selepas membenam jaguh Denmark, Jan O Jorgensen 21-11, 21-14.

"Saya sudah biasa menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang melangkah ke separuh akhir atau akhir dalam mana-mana kejohanan, jadi tiada sebarang perbezaan apabila saya sekali lagi muncul wakil tunggal negara pada separuh akhir kali ini.

"Saya hanya mahu fokus kepada perlawanan dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara lain. Macam hari ini (semalam), saya hanya mempamerkan aksi biasa dengan memberi permainan terbaik. Saya cuma mahu menikmatinya dengan tenang.

"Esok (hari ini) saya akan cuba meneruskan rentak permainan terbaik dan berusaha memastikan Jalur Gemilang berkibar di Korea," kata Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kemenangan ke atas Pengyu membolehkan Chong Wei melebarkan rekod pertemuan ke atas pemain No. 7 dunia itu kepada 10-1. Dia turut menjadi pilihan untuk menumpaskan Tago kerana memegang rekod pertemuan 14-1 ke atas pemain No. 5 dunia itu.

Sementara itu pemain No. 2 dunia, Chen Long terus menjadi calon utama untuk mencabar Chong Wei dalam perlawanan akhir selepas turut melangkah ke separuh akhir dengan menundukkan Nguyen Tien Minh dari Vietnam 21-17, 22-20.

Chen Long akan berdepan jaguh Thailand yang juga pilihan keenam, Boonsak Ponsana pada separuh akhir. Boonsak mara selepas dipaksa berhempas pulas mengetepikan pemain China, Gao Huan 21-19, 19-21, 21-11.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved