Jumaat, 10 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Empat bot di jeti Kampung Sungai Buaya terbakar

Posted: 09 Jan 2014 11:00 PM PST

DUNGUN 10 Jan. - Lebih 12 nelayan hilang punca pendapatan apabila bot mereka yang diletakkan di Jeti Kampung Sungai Buaya, di sini hangus dijilat api, awal hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu melibatkan empat bot nelayan Kelas

A serta peralatan menangkap ikan.

Seorang pemilik bot Azman Mohd Nor, 45, berkata, beliau dimaklumkan oleh

rakannya mengenai kejadian itu sebelum segera bergegas ke jeti dan melihat api

marak membakar badan bot miliknya serta telah merebak ke bot lain.

"Ketika itu saya lihat sebuah bot lagi milik kawan telah musnah sepenuhnya

sebab angin kuat menyebabkan api merebak begitu cepat ke bot-bot yang terletak

bersebelahan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.- BERNAMA

Polis nafi berjaya patahkan kes penculikan kanak-kanak

Posted: 09 Jan 2014 10:56 PM PST

PULAU PINANG 10 Jan. - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial berhubung kejayaan polis negeri ini mematahkan sindiket penculikan kanak-kanak di Butterworth, dekat sini.

Sebaliknya, menurut beliau, operasi yang dimaksudkan itu adalah kejayaan polis negeri ini menyelamatkan sebanyak 35 lelaki warga Bangladesh yang diseludup dari negara jiran untuk diperdagangkan sebagai tenaga buruh oleh satu sindiket. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved