Jumaat, 10 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pekan Sungai Lembing mula dilanda banjir

Posted: 10 Jan 2014 02:11 AM PST

KUANTAN 10 Jan. - Pekan Sungai Lembing dekat sini mula dinaiki air sedalam kira-kira satu meter ekoran keadaan hujan tanpa henti sejak petang semalam.

Air yang mula naik sejak pagi ini memaksa penduduk beberapa kampung sekitar Sungai Lembing dipindahkan ke pusat pemindahan. - UTUSAN ONLINE

Perhimpunan aman sokong Mufti Perak

Posted: 10 Jan 2014 12:58 AM PST

SEBAHAGIAN daripada ahli-ahli NGO yang menyertai perhimpunan secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Mufti Perak di Dataran KTMB, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

IPOH 10 Jan. - Lebih 100 orang dari 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di Dataran KTM di sini hari ini bagi menyokong Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berikutan kenyataan beliau melabel pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan yang sah dianggap penderhaka atau bughah kepada negara dan boleh diperangi.

Perhimpunan itu diadakan selepas solat Jumaat turut mengecam Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah Allah.

Mereka turut menyatakan sokongan terhadap cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula. - UTUSAN ONLINE

Ketua Polis Negara sokong ISA dikembalikan

Posted: 10 Jan 2014 12:38 AM PST

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 10 Jan - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyokong dan mengalu-alukan kehadiran Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika undang-undang itu dikuatkuasakan semula.

Khalid dalam sidang akhbar hari ini memberitahu, jika ISA dikembalikan, undang-undang itu pasti membantu meningkatkan penguatkuasaan polis dalam menjaga keselamatan awam.

"Tidak salah jika ISA dikembalikan dan saya menyokong jika usaha itu ada," katanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, disini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved