Jumaat, 2 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Ringankan beban sambut Syawal

Posted:

Ringankan beban sambut Syawal

Ringankan beban sambut Syawal

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


YUNUS Rahmat (berdiri, kiri) bersama Wan Salawati Abdullah (kanan) menyampaikan barangan keperluan harian serta duit raya kepada Mohd. Nasir Husin di Kampung Kemin Tanjung, Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - UTUSAN/ Abd. Razak Aid


JELEBU 1 Sept. - "Bantuan seperti ini ibarat hadiah buat kami apatah lagi untuk meringankan beban untuk menyambut ketibaan Aidilfitri."

Itulah luahan beberapa orang penerima bantuan Kembara Indahnya Ramadan di Kampung Kemin Tanjung daripada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Gerakan Belia 4B Malaysia, yang diadakan di sini baru-baru ini.

Walaupun sumbangan yang diterima tidak seberapa, ia sudah cukup untuk menceriakan penerimanya apatah lagi untuk melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dan menyambut Syawal.

Bagi seorang penerima, Mahani Jaaram, 88, pemberian tersebut mampu meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.

"Lebih bermakna lagi sumbangan ini diberikan oleh golongan belia. Bagi saya ini adalah penghargaan orang muda kepada kami dan secara peribadi saya terharu dengan bantuan seperti ini.

"Sumbangan ini akan digunakan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri," katanya.

Pada program itu, seramai 200 peserta yang terdiri daripada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Gerakan Belia 4B Malaysia dari seluruh negara menyertai aktiviti itu di kawasan berkenaan.

Program amal yang bermula 3 Ogos lalu itu antara lain memberi kesempatan kepada belia untuk mendekati masyarakat setempat selain bersahur bersama penduduk kampung sambil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Seorang lagi penerima, Mohd. Nasir Husin, 70, berkata, pengalaman seperti ini adalah sesuatu yang amat menggembirakannya apatah lagi dia sendiri berpeluang bersama golongan belia untuk bersahur bersama-sama.

"Ini pertama kali saya bersama golongan senasib diraikan seperti ini.

"Untuk persiapan Aidilfitri kali ini, ia akan dibuat secara sederhana. Saya akan berjimat dan membelanjakan sedikit untuk keperluan anak-anak," katanya.

Ramlah Adam, 76, pula memberitahu, bantuan tersebut amat diperlukan dalam menyambut Syawal.

"Ini kali pertama saya menerima sumbangan ini dan saya berharap agar lebih ramai pihak yang sedia membantu golongan yang senasib dengan saya.

"Orang seperti saya sememangnya memerlukan sokongan dari semua pihak, apatah lagi dalam menghadapi suasana yang penuh cabaran," katanya.

Galak aktiviti kebajikan belia

Posted:

Galak aktiviti kebajikan belia

Galak aktiviti kebajikan belia

JELEBU 1 Sept. - Program Kembara Indahnya Ramadan di Kampung Kemin Tanjung yang diadakan baru-baru ini merupakan salah satu platform terbaik bukan sekadar untuk berseronok menjelajahi pelosok kawasan malah, menggalakkan aktiviti kebajikan di kalangan belia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, program itu juga antara lain memberi kesempatan kepada belia untuk mendekati masyarakat setempat selain bersahur bersama penduduk kampung sambil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, program ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam membasmi kemiskinan melalui Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

"Ini merupakan salah satu usaha kami dalam melihat generasi muda bukan sekadar pemerhati sahaja tetapi turut dilibatkan dengan aktiviti kemasyarakatan.

"Sepanjang kembara ini, sudah pastinya di kalangan belia yang ada ini turut melihat kesusahan beberapa penduduk sehingga menyebabkan kita sedar banyak yang perlu dilakukan untuk membantu mereka," katanya di sini baru-baru ini.

Hadir sama, pada program itu Naib Presiden Wanita 4B, Haslinda Ahmad dan Exco Puteri UMNO, Wan Salawati Abdullah.

Dalam pada itu, Haslinda memberitahu program tersebut sebagai salah satu arus perubahan oleh generasi muda yang kini tidak lagi dipimpin tetapi memimpin dalam semua aktiviti dilakukan.

Jelas beliau, program seperti itu tidak akan terhenti setakat itu sahaja tetapi ia akan dilakukan secara berterusan pada masa akan datang.

Dalam program tersebut, lebih 20 orang penerima yang terdiri daripada golongan yang memerlukan menerima bantuan makanan keperluan harian oleh Gerakan Belia 4B dan Puteri UMNO selain sumbangan peribadi Yunus.

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

Posted:

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

JASIN 1 Sept. - Dalam memberi kemudahan kepada penduduk di tujuh kawasan di daerah ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebuah bas Panorama berhawa dingin dan cukup selesa.

Bas yang disumbangkan oleh Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka berharga RM260,000 itu akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, penduduk di tujuh kawasan terbabit boleh menggunakan perkhidmatan bas khususnya sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, dengan adanya perkhidmatan bas itu yang pertama kali diperluaskan di luar bandar raya Melaka, ia akan memberi kemudahan khusus buat penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke pekan Jasin.

''Ini pasti khabar gembira buat penduduk yang sebelum ini merungut kerana tidak ada perkhidmatan bas awam yang beroperasi di tujuh kawasan tersebut.

''Laluan itu sebenarnya tidak memberi keuntungan tetapi demi untuk memberi keselesaan kepada penduduk, MPJ sanggup membiayai operasi perkhidmatan bas ini," katanya selepas merasmikan perkhidmatan bas itu di Terminal Bas dan Teksi Jasin di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka, Hashim Isa dan Pengarah Syarikat PMCT Sdn. Bhd., Wahid Abdul Majid.

Perkhidmatan bas tersebut akan melalui Kesang Tua, Kesang Pajak, Selandar, Kampung Bukit Senggeh, Kampung Ju dan Kolej Komuniti.

Menurut Ghazale, sebagai permulaan hanya sebuah bas akan digunakan dan jika ia mendapat sambutan baik, MPJ dijangka menambah beberapa buah bas untuk menampung keperluan penduduk di situ.

Beliau berkata, bas itu akan mula beroperasi kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang dengan perjalanan sejam sekali.

Ujarnya, bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah beruniform dan warga emas dikenakan tiket RM1 manakala dewasa dikenakan bayaran RM2.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved