Jumaat, 2 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Nelayan dakwa hasil kian terjejas

Posted:

Nelayan dakwa hasil kian terjejas

Nelayan dakwa hasil kian terjejas

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Projek perindustrian didakwa menjejaskan hasil tangkapan nelayan dekat Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 1 Sept. - Kehidupan nelayan di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang dekat sini semakin terhimpit akibat kehilangan mata pencarian ekoran projek perindustrian di perairan berkenaan.

Jika dahulu mereka mampu meraih pendapatan antara RM100 dan RM300 sehari hasil tangkapan, kini, jumlah tangkapan yang diperoleh cukup untuk dijadikan sajian sekeluarga sahaja.

Masalah yang berlarutan sejak dua tahun lalu itu hingga kini masih belum mendapat perhatian mana-mana pihak meskipun pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa.

Ketua Komuniti Nelayan Kampung Tanjung Langsat, Yusof Ahmad, 46, mendakwa, kehidupan nelayan di situ semakin terhimpit kerana tempat mencari rezeki mereka 'hilang' sejak pembangunan industri dilaksanakan di situ.

Selain itu, pengusaha ikan sangkar juga mengalami kerugian akibat hasil ternakan mereka mati kesan daripada bahan kimia yang digunakan di kawasan industri berkenaan.

"Kadang-kadang kami terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh sehingga ke Teluk Sengat dan Johor Lama di Kota Tinggi untuk mencari rezeki. Kadangkala kami dihalau oleh nelayan di sana kerana memasuki kawasan mereka.

"Kami juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk bahan api bagi perjalanan ke Kota Tinggi dan ada hari kami pulang dengan hasil yang tidak seberapa, malah, mengalami kerugian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Yusof berkata, pihaknya pernah mengemukakan tuntutan saguhati sebanyak RM80,000 untuk menampung kerugian 53 nelayan di situ daripada pihak pengurusan Pelabuhan Tanjung Langsat, namun hingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

Pihaknya berharap agar perkara berkenaan dapat diselesaikan segera kerana nelayan di situ hanya bergantung hidup dengan aktiviti menangkap hasil laut.

Seorang nelayan, Rahim Omar, 50, pula berkata, kehidupan nelayan di kampung berkenaan kini amat susah kerana hasil tangkapan semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

"Dahulu kawasan ini sememangnya terkenal dengan udang kaki merah dan ketam bangkang, tetapi sekarang ini semuanya sudah pupus kesan daripada pencemaran yang dibawa oleh kawasan industri," katanya.

Ngadiam Madimin, 55, pula memberitahu, beberapa tahun dahulu dia mampu mendapatkan hasil tangkapan antara dua hingga tiga kilogram udang kaki merah setiap hari, tetapi sekarang mustahil.

Dia berharap agar pihak berkuasa dapat membantu menyelesaikan perkara itu segera bagi membolehkan nelayan di kawasan itu meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Belanja RM6,000 hias dua kereta

Posted:

Belanja RM6,000 hias dua kereta

Belanja RM6,000 hias dua kereta

JOHOR BAHRU 1 Sept. - Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-54 dan kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelang mendorong M. Kandapan, 51, membelanjakan RM6,000 untuk menghias dua buah keretanya dengan Jalur Gemilang, gambar Perdana Menteri dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya yang menetap di Bandar Seri Alam, Masai dekat sini, semua itu dilakukan kerana minat dan semangat selain mencari kepuasan dengan cara itu, sebagai rakyat Malaysia.

"Ini semua adalah kerana semangat patriotisme dan kecintaan mendalam terhadap negara dan pada masa sama untuk memeriahkan Hari Raya Aidilfitri.

"Minat menghias kereta dengan Jalur Gemilang telah dilakukan sejak lapan tahun lalu dan akan meneruskannya setiap tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Kandapan berkata, kereta Kenari dan Nissan Sentra miliknya itu bukan dicat tetapi dihiasi dengan pelekat di seluruh bahagian kenderaan tersebut.

Bapa kepada lima anak itu berharap dapat menzahirkan rasa cintanya kepada negara selain meningkatkan kreativiti.

Dia yang berniaga sendiri berhasrat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September ini untuk menayangkan dua kereta tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved