Jumaat, 2 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tarik balik kenyataan – Karpal

Posted:

Tarik balik kenyataan – Karpal

Tarik balik kenyataan – Karpal


Karpal Singh, Mohamad Sabu


GEORGETOWN 1 Sept. — Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan, Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.

Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden Pas, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Karpal berkata, Mohamad Sabu atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

"Saya bukannya anti-Pas dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.

"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.

Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata, mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu. — BERNAMA

Jumpa saya dapatkan bahan sejarah – Kay Kim

Posted:

Jumpa saya dapatkan bahan sejarah – Kay Kim

Jumpa saya dapatkan bahan sejarah – Kay Kim


Khoo Kay Kim


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mempelawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumpa dengannya untuk mendapatkan bahan sejarah berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Kay Kim berkata, ia bagi mengelakkan pemimpin Pas itu daripada terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan terpesong daripada fakta sebenar.

Beliau juga meminta Mohamad atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memperkatakan perkara berkaitan sejarah.

"Mat Sabu boleh tanya saya di mana boleh dapat bahan sejarah. Saya tahu mana tempatnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.

Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah 'order' baru komunis di negara ini.

"PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara," tegasnya.

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

"Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

"Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian.

"Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga," katanya.

Nasib mangsa kebuluran masih kabur

Posted:

Nasib mangsa kebuluran masih kabur

Nasib mangsa kebuluran masih kabur

Oleh Metra Syahril Mohamed


MALEKHA Mahdi bersama anaknya kini tinggal di kem perlindungan sementara Darul Shifa, Mogadishu.


MOGADISHU 1 Sept. – ''Kami terpaksa berjalan kaki ratusan kilometer dari kampung halaman ke Mogadishu untuk hidup. Ada yang meninggal dunia di pertengahan jalan. Namun nasib kami masih kabur."

Demikian keluhan Malekha Mahdi, 51, yang kini berada di kem perlindungan sementara Darul Shifa di Mogadishu sejak dua bulan lalu selepas meninggalkan rumahnya di Bulaabdala yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sini.

Menempuh segala cabaran sepanjang berjalan kaki bersama enam anak, baginya, ia dilakukan demi kelangsungan hidup bersama anak- -anak selepas kampung halamannya 'kering' lantaran kemarau panjang.

''Di tempat tinggal saya, bagaikan tiada kehidupan. Kering kontang. Tidak ada air dan makanan. Kehidupan kami anak-beranak amat susah. Suami saya juga berada di kem perlindungan di tempat lain.

''Kami terpaksa berjalan kaki untuk terus hidup dengan mengharapkan bantuan sesiapa sahaja di Mogadishu," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan berupa wang, tudung, kain sarung, biskut dan kurma daripada Kelab Putera 1Malaysia di sini hari ini.

Ujar Malekha, selepas ancaman kumpulan bersenjata Al-Shabab, kebuluran kini menjadi ancaman utama di Somalia ekoran kemarau berpanjangan.

Sementara itu, bagi seorang kanak-kanak, Fatma Maday, 4, dia dan adiknya, Ishia Maday, 3, turut menempuh saat getir sepanjang berjalan kaki bersama ibu dari Marka, selatan Somalia.

Ayah serta adik lelakinya, Salad Maday yang baru berusia 10 bulan sudah meninggal dunia dalam satu serangan sementara ibunya pula berada di kem lain.

Sementara itu, Ibrahim Maadey Ahmad, 52, yang datang dari Marka berkata, beliau terpaksa merantau sejauh 90 kilometer ke Mogadishu kerana dua batang sungai di kampung halamannya kering kontang.

''Sangat susah. Sungai Jubba dan Sungai Shabella kering. Ramai yang sakit dan kurang zat makanan. Sebab itu saya dan beberapa lagi datang ke sini (Mogadishu). Kami berjalan kaki. Ramai juga yang meninggal ketika berjalan ke sini.

''Saya tak ambil kisah hal politik meskipun kawasan saya dikuasai Al-Shabab. Apa yang kami mahukan adalah makanan, air dan ubat. Kami sedang berperang dengan kebuluran," katanya.

Beliau meminta Malaysia meneruskan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved