Rabu, 9 April 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis rampas dadah bernilai RM5.7j di Rantau Panjang

Posted: 09 Apr 2014 08:50 PM PDT

KOTA BHARU 10 April - Polis Kelantan merampas 199,791 biji pil

kuda dan 350 botol disyaki mengandungi dadah jenis heroin

bernilai 5.7 juta di sebuah rumah di Kampung Lubuk Gong, Rantau Panjang

di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, anggota Jabatan Siasatan

Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pasukan

Gerakan Am (PGA) Tanah merah turut menahan lima sekeluarga termasuk

kanak-kanak berusia 2 tahun yang berada dalam berada rumah tersebut.

Bagaimanapun Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata,

suspek utama yang juga bapa kepada kanak-kanak terbabit berjaya melarikan diri.

Tambahnya, suspek yang berusia 47 tahun dikatakan berada di selatan

Thailand dan operasi memburunya sedang giat dijalankan dengan kerjasama

polis negara jiran itu.

Ini merupakan rampasan dadah terbesar di negeri ini pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Dua lelaki Afrika tembak polis

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 9 April - Jenayah membabitkan pendatang warga Afrika dilihat semakin ganas apabila mereka turut menggunakan senjata api termasuk melepaskan tembakan ke arah anggota polis bagi meloloskan diri daripada ditahan.

Dalam kejadian pada pukul 2.28 pagi tadi, dua anggota polis nyaris maut apabila dua warga Afrika yang ditahan melepaskan satu das tembakan ke arah mereka dalam satu insiden di sebuah kawasan apartmen di Taman Putra Perdana, Puchong di sini.

Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, sebelum itu anggota polis peronda terlibat telah mengejar kedua-dua lelaki terbabit sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari sebuah pusat beli-belah di Puchong sehingga ke apartmen berkenaan selepas mereka tidak mengendahkan arahan supaya berhenti untuk diperiksa.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi itu dikatakan telah melepaskan tembakan tersebut ketika cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas melanggar kereta Perodua Kancil di apartmen berkenaan.

Bagaimanapun tembakan itu tidak mengenai sasaran.

Mohd. Yusoff berkata, kedua-dua mereka hampir ditangkap oleh anggota polis berkenaan tetapi dapat meloloskan diri selepas melepaskan tembakan.

Keterangan daripada anggota terlibat mengatakan mereka tidak nampak suspek memegang senjata api semasa melarikan diri tetapi terdengar bunyi seperti tembakan dilepaskan dan mereka juga tidak nampak percikan api," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan sedang menjalankan gerakan memburu suspek.

Pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dipanggil ke tempat kejadian untuk membuat pengesanan," katanya.

Tambahnya, kereta Myvi yang digunakan oleh kedua-dua suspek tersebut didaftarkan di atas nama seorang wanita dari Segamat, Johor dan siasatan lanjur sedang dijalankan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved