Rabu, 9 April 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


K1M digesa kuasai media sosial

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

SEBAHAGIAN Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung tekun mendengar ucapan penutup Program Pemantapan Pengurusan Komuniti 1Malaysia 2014 di Bukit Gambang Resort, Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 9 April - Komuniti 1Malaysia (K1M) di negeri ini diminta menguasai media sosial bagi membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang bukan sahaja tepat malah sahih kepada rakyat di kawasan didiami mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, penguasaan media sosial itu juga penting demi memastikan K1M dapat menyalurkan masalah rakyat dengan segera kepada kepemimpinan di sesuatu kawasan.

"Jadi, saya sendiri telah meminta pihak Jabatan Penerangan negeri melatih ahli jawatankuasa K1M dengan memberikan pengetahuan kepada mereka bagaimana cara yang betul bagi menggunakan media sosial.

"Memang terdapat K1M yang telah mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan laman sosial tetapi belum ada penyelarasan, jadi mungkin selepas ini setiap K1M akan memiliki laman sosial sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup program Pemantapan Pengurusan K1M Peringkat Negeri anjuran Jabatan Penerangan negeri di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Mohd. Sabri Abdullah dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan K1M negeri, Mohd. Razaki Abdul Razak.

Program yang bertujuan menambah pengetahuan dalam mengendalikan organisasi komuniti disertai kira-kira 400 ahli jawatankuasa K1M negeri ini.

Shahaniza berkata, kehidupan masyarakat kini semakin berubah dan banyak bergantung kepada media sosial.

"Sebagai contoh, jika mengalami masalah bekalan air, saluran pertama yang akan mereka luahkan adalah menerusi laman media sosial, jadi menjadi tanggungjawab K1M memantau dan memaklumkan kepada pihak berwajib," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, sehingga kini, terdapat kira-kira 101 K1M di negeri ini dengan setiap komuniti mempunyai 40 ahli jawatankuasa.

"Kesemua mereka ini akan membantu menjelaskan dasar kerajaan ke akar umbi dan penting mereka menguasai media sosial," katanya.

Tengku Muda Pahang rasmi Arena Maran

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

MARAN 9 April - Premis Dewan Terbuka Arena Maran bernilai RM1.3 juta di sini perlu dimanfaatkan bagi membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan bersyukur.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kemudahan seumpama itu dibina bagi penganjuran majlis yang terbuka, santai serta lebih menceriakan pengunjung.

Katanya, dengan adanya Arena Maran bermakna daerah ini bertambah makmur dan maju kerana penduduk mempunyai banyak pilihan lokasi untuk bertemu dan menganjurkan program berskala besar.

"Dewan Arena Maran yang berkapasiti lebih 1,000 orang sangat sesuai untuk program seminar, mesyuarat agung, program penutup sukan, majlis perkahwinan dan lain-lain kerana reka bentuknya yang unik.

"Dengan beroperasinya Arena Maran, diharap lokasi Maran Golf Resort dan Taman Tasik di sini akan lebih menarik pengunjung dan bersantai ke destinasi yang menjadi kebanggaan penduduk daerah Maran,'' katanya,

Tengku Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Arena Maran dan menyampaikan hadiah pertandingan golf Piala Tengku Muda 2014 di sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Nor Hidayah Mohd. Shahaimi; ADUN Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzila Saleh.

Dalam pada itu, Tengku Abdul Rahman optimis Maran Golf Resort dan Taman Tasik Maran di sini akan terus menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik dan luar.

Menurut Tengku Muda Pahang itu, ini berikutan keindahan tasik di situ yang menarik untuk seisi keluarga bersantai di samping lapangan golf di kelab berkenaan dianggap terbaik di negeri ini.

Sokong pelaksanaan POCA

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

KUANTAN 9 April - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri menyokong penuh pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 khusus untuk membanteras jenayah terancang dan berat.

Setiausahanya, Rafai Abd. Kadir berkata, pelaksanaan itu akan memudahkan pihak polis menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan khususnya dalam menangani jenayah terancang yang boleh menggugat keamanan negara.

Pelaksanaan undang-undang ini tepat kerana pada hari ini terutamanya selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), banyak pihak yang berani mencabar undang-undang dengan sengaja bagi menimbulkan huru-hara.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved