Rabu, 9 April 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


hayati konsep wassatiyyah

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
utusanperak@utusan.com.my

Zambry

TELUK INTAN 8 April - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengajak umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan atau wassatiyyah dengan menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.

Menurutnya, wasatiyyah merupakan asas dan mekanisme bagi memelihara kesatuan ummah di samping mewujudkan persefahaman antara agama dan budaya yang berlainan selain untuk transformasi serta perpaduan nasional.

Katanya, hanya dengan bersatu padu, umat Islam akan menjadi lebih kuat dan berupaya menangani segala cabaran.

"Jika umat Islam terus berbalah dan bersengketa, mereka akan lemah dan porak-peranda," kata-

nya sewaktu merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Ne-

geri Perak 1435H/2014M di Arena Square, di sini semalam.

Ucapan beliau dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Nizar Zakaria.

Yang turut hadir Mufti Pe-

rak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Seramai empat qari dan empat qariah memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis itu.

Zambry seterusnya meminta umat Islam memahami konsep dan pengertian wasatiyyah sebagai jalan pertengahan untuk menjalani hidup secara sederhana.

"Wasatiyyah adalah jalan pertengahan untuk umat Islam bersikap serba sederhana dalam kehidupan," katanya.

Jenayah juvenil meningkat 231%

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

PULAU PINANG 8 April - Kegiatan jenayah juvenil di negeri ini termasuk melibatkan remaja sekolah meningkat 231 peratus bagi tempoh Januari hingga awal April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tahun lalu hanya 29 kes jenayah juvenil direkodkan namun angka berkenaan meningkat kepada 96 kes tahun ini.

Katanya, kes melibatkan jenayah harta benda dalam kalangan pesalah juvenil menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu meningkat sehingga 335 peratus atau 61 kes tahun ini berbanding 14 kes tahun lalu.

"Jenayah kekerasan pula meningkat sebanyak 133 peratus atau 35 kes bagi tempoh hampir empat bulan pertama tahun ini berbanding 15 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

"Kes-kes jenayah ini terutamanya berkaitan kekerasan berlaku di dalam dan di luar sekolah, oleh itu polis memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung penularan kegiatan jenayah juvenil ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Cegah Jenayah bagi sekolah menengah peringkat negeri, di sini hari ini.

Program itu diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamarudin dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Syed Jaafar Syed Ali.

Abdul Rahim dalam pada itu menambah, melalui statistik yang diperoleh, remaja berusia 15 hingga 18 tahun adalah yang paling ramai terlibat dengan aktiviti jenayah ekoran terpengaruh de-

ngan rakan sebaya selain mahu memperoleh kehidupan mewah.

"Kita juga turut mengenal pasti kebanyakan pelajar yang terlibat dalam aktiviti jenayah ini mempunyai sifat meterialistik yang seterusnya memaksa mereka terjerumus ke dalam kancah jenayah terutamanya setelah terbabit dengan kumpulan yang tidak baik," katanya.

Jelas beliau, pe-

ningkatan drastik jenayah juvenil itu amat membimbangkan dan semua pihak terutamanya ibu bapa perlu bersama bagi membendung kegiatan terbabit.

"Tindakan segera mesti diambil dalam membendung penula-

ran peningkatan jenayah juvenil ini terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah yang kebanyakan terlibat dengan aktiviti gangsterisme dan direkrut untuk menyertai kumpulan geng samun, rompak atau kegiatan jenayah lain," jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi menegaskan, Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di peringkat sekolah akan diaktifkan semula dengan mengadakan beberapa aktiviti lebih berkesan bagi me-

ningkatkan kesedaran berkenaan kaedah pencegahan jenayah membabitkan pelajar.

Katanya, usaha itu penting memandangkan terdapat sedikit peningkatan pelbagai bentuk jenayah membabitkan golongan pelajar khususnya melibatkan pelajar sekolah menengah.

"Setakat ini 128 buah sekolah di seluruh negeri telah mempu-

nyai KPJ dan saya percaya dengan tertubuhnya kelab ini di semua sekolah, kita akan lebih mudah membantu dan bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani jenayah melibatkan pelajar sekolah," katanya.

SPAD tidak boleh bertindak cepat

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

IPOH 8 April - Suruhanjaya Pe-

ngangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan serta-merta atas kesalahan di bawah Akta Pe-

ngangkutan Awam Darat (APAD) 2010, sebaliknya perlu membuka kertas siasatan terlebih dahulu bagi mendapat keizinan Timbalan Pendakwa Raya untuk melakukan pendakwaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaannya, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, biarpun siasatan itu mengambil masa sehingga tiga ke enam bulan, namun hukuman yang dikenakan adalah berat sehingga boleh didenda maksimum RM500,000 selain pembatalan serta penggantungan lesen.

Beliau berkata, hukuman-hukuman itu antara lain meliputi kesalahan seperti menurun dan mengambil penumpang bas di tempat yang tidak dibenarkan serta beroperasi tanpa permit, membawa muatan berlebihan dan teksi sapu.

"Kekuatan anggota penguat kuasa kita di Ipoh memang terhad. Mereka adalah pegawai yang menjaga Zon Tengah meliputi kawasan Kuala Lumpur sehingga ke selatan Ipoh, barat Pahang, utara Negeri Sembilan termasuk di Selangor.

"SPAD mempunyai 400 penguat kuasa di seluruh negara yang menjaga empat zon iaitu utara, selatan, tengah dan timur. Sehubungan itu, bagi menguatkuasakan APAD 2010 secara efektif, kerjasama antara agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperlukan supaya lebih mantap," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved