Rabu, 15 Mei 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lapan Exco Kerajaan Negeri Perlis angkat sumpah jawatan

Posted: 15 May 2013 12:13 AM PDT

AZLAN Man (kiri) berkata sesuatu kepada tiga ahli Exco baharu Perlis, Khairi Hassan (dua kiri), Mat Hassan dan Rela Ahmad selepas Istiadat Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis di Istana Arau hari ini. - UTUSAN

KANGAR 15 Mei - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis termasuk tiga muka baharu mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dan turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mereka yang dilantik sebagai anggota Exco itu ialah Adun kawasan Santan, Sabry Ahmad, Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim, (Beseri) dan Jafperi Othman (Guar Sanji).

Tiga muka baharu yang dilantik sebagai anggota Exco ialah Adun Mata Ayer Khairi Hasan, Mat bin Hassan (Kuala Perlis) dan Rela binti Ahmad (Bintong).

Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis, Azlan Man belum mengumumkan portfolio yang bakal diterajui setiap anggota Exco kerajaan negeri.

Pengumuman portfolio itu dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

Polis Singapura beri amaran kepada 21 rakyat Malaysia

Posted: 15 May 2013 12:08 AM PDT

SINGAPURA 15 Mei - Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberi amaran bersyarat kepada kesemua 21 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ini berikutan amaran bersyarat telah diberi kepada sembilan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di lokasi sama pada 8 Mei.

SPF berkata pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada 8 Mei dan 11 Mei.

Selain itu, SPF berkata pihak berkuasa telah membatalkan pas lawatan dua daripada mereka.

Bagi baki 18 individu lagi, SPF berkata pas kerja mereka akan disemak semula sebaik sahaja siasatan lanjut selesai.

Polis menegaskan Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain, dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.

Katanya warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang Singapura dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura.

SPF berkata ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA

Pengumuman Kabinet secara langsung di TV1 5 petang ini

Posted: 14 May 2013 11:31 PM PDT

PUTRAJAYA 15 Mei - Pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM pada pukul 5 petang ini.

Pengumuman tersebut akan dibuat dalam satu sidang akhbar khas di Bangunan Perdana Putra, di sini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved