Ahad, 2 Februari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Info trafik: Machap-Yong Peng, Pedas-Seremban kini sesak

Posted: 02 Feb 2014 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Berikut adalah keadaan trafik semasa (5 hingga 6.15 petang di lebuh-lebuh raya utama seperti disiarkan dalam laman Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di https://twitter.com/LLMinfotrafik:

6.15pm PLUS@Selatan: Trafik masih perlahan dari Machap ke Yong Peng, Pedas Linggi ke Hentian Rehat Seremban.

6.15pm Jambatan PP: Trafik masih perlahan dari sebelum dan selepas Plaza Tol Jambatan menghala ke arah Pulau. Berhati - hati memandu.

6.10pm PLUS@Utara: Status kemalangan di KM111.2 arah selatan (Sg. Petani Selatan - Bertam). Insiden selesai dan trafik kembali lancar.

5.57pm Jambatan PP: Trafik masih perlahan dari Plaza Tol Jambatan ke arah Pulau. https://twitter.com/LLMinfotrafik/status/429916915360751616/photo/1

5.50pm KL-Karak/LPT: Trafik masih perlahan dari Bentong ke Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan sekitar Plaza Tol Gombak.

5.43pm PLUS@Selatan: Status kemalangan di KM116.2 arah utara (Yong Peng - Pagoh). Trafik perlahan 8km.

5.32pm PLUS@Utara: Trafik kini semakin perlahan dari Bukit Beruntung menghala ke Rawang Selatan.

5.15pm PLUS@Selatan: Trafik bergerak perlahan menghala ke selatan bermula dari Ayer Hitam sehingga Kulaijaya. Rancang perjalanan anda.

5.10pm PLUS@Selatan: Makluman kemalangan di KM116.2 arah utara (Yong Peng - Pagoh). Tidak melibatkan penutupan lorong tp trafik perlahan 4km.

- UTUSAN ONLINE

Isu Sweden: UMNO Kelantan bantu 4 beradik bersekolah

Posted: 02 Feb 2014 02:16 AM PST

KOTA BHARU 2 Feb. - UMNO Kelantan akan membantu empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk meneruskan sesi persekolahan mereka di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan bertemu Pengarah Jabatan Pendidikan (JPN) Kelantan, Hussain Awang bagi membincangkan perkara itu.

"Saya yakin JPN akan membantu sebaik mungkin. Mereka (JPN) boleh datang berjumpa anggota keluarga untuk bincang dan pastikan adik-beradik ini ditempatkan di sekolah yang bersesuaian," katanya selepas melawat empat beradik itu di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat di sini Ahad.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, beliau yakin kerajaan Persekutuan akan membantu sebaik mungkin bagi membawa ibu bapa kanak-kanak berkenaan pulang ke tanah air.

"Kita amat gembira dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Kementerian Luar yang begitu prihatin dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini.

"Kita mendoakan segala-galanyanya berjalan lancar di sana (Sweden) dan turut mendoakan ibu bapa kanak-kanak ini dapat kembali untuk bersama dengan anak-anak mereka," katanya.

Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba pukul 7.04 pagi semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung ibunya di Kota Bharu.

Mereka kini dijaga ibu saudara mereka, Shaleena Norshal.

Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Sementara itu, di BESUT, Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Kementerian Pelajaran akan memastikan keempat-empat beradik berkenaan tidak berdepan masalah dalam mendapatkan pendidikan di negara ini.

"Sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memberi peluang belajar kepada semua, saya memberi jaminan yang mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk meneruskan belajar di negara ini sekiranya mereka mahu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Besut di Dataran Kuala Besut hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, keluarga empat beradik itu perlu mengemukakan permohonan serta berbincang dengan kementerian terlebih dahulu bagi mengetahui status pendidikan mereka sebelum kelulusan diberi.

Mengulas kedudukan jawatan ibu kanak-kanak terbabit, yang mengambil cuti tanpa gaji semasa ditahan, Idris berkata, kementerian akan melakukan semakan sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sentiasa memantau situasi pelajar Malaysia yang terbabit dengan pergolakan di luar negara seperti di Mesir dan Syria bagi memastikan mereka selamat serta dapat belajar dengan baik. - BERNAMA

NGO buat laporan polis klip video Teresa Kok

Posted: 02 Feb 2014 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap seorang wakil rakyat kerana menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan.

Laporan dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baharu Cina itu, dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman YouTube sejak lima hari lepas.

NGO terbabit adalah Persatuan Aduan Rakyat, Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) dan Gabungan NGO Daerah Gombak.

Pengerusi Persatuan Aduan Rakyat yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terbabit dalam mengarah dan menerbit klip video yang disifatkan boleh menggugat perpaduan kaum.

"Klip yang tersebar luas ini telah mengutuk Perdana Menteri, isterinya dan mengkritik kerajaan. Malahan klip ini mampu mencetuskan masalah perkauman dengan melaga-lagakan kaum di negara ini. Kami meminta polis menyiasat dengan segera.

"Kami juga berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu," katanya selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Gombak hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Impak, Muhammad Naguib Kaharuddin meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara menyeluruh berhubung klip video terbabit.

Klip video berdurasi 11 minit 39 saat itu memaparkan empat individu termasuk Teresa sedang berbual dan membincangkan pelbagai isu berkaitan kaum dan negara. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved