Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


400 penuntut 'terangi' Johor Bahru

Posted:

400 penuntut 'terangi' Johor Bahru

400 penuntut 'terangi' Johor Bahru

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar IPT awam dan swasta yang menyertai Bengkel Seni Bina Ke-23 anjuran UTM di Johor Bahru, baru-baru ini. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID


JOHOR BAHRU 21 Jun - Lebih 400 penuntut daripada 21 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara menyertai Bengkel Seni Bina Ke-23 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, baru-baru ini.

Bengkel tahunan dikenali sebagai 'Terang' dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) itu diadakan bagi menjayakan projek mahasiswa tahun akhir jurusan seni bina.

Pengarah Projek, Teh Boon Soon berkata, pelbagai aktiviti termasuk mengenali tempat menarik di negeri ini disediakan sekali gus membolehkan peserta terlibat mampu membina kreativiti dalam usaha melahirkan lapisan arkitek berkualiti.

"Antara program ialah pameran lukisan hasil karya pelajar IPT iaitu 20 lukisan menggunakan cat minyak dan air dipamerkan di Laman Tun Sri Lanang dan 20 arca di Plaza Seni Jalan Wong Ah Fook," katanya.

Beliau berkata, peserta turut dibawa mengunjungi Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan di sini bagi menjejaki laluan bersejarah yang menjadi mercu tanda pelbagai pembangunan di negeri ini.

Selain menyelesaikan tugasan berkumpulan dengan menjejaki 11 hentian yang dimulakan di Bukit Timbalan menyusuri Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Persiaran Tun Sri Lanang, Legaran Segget, Balai Polis Lama, Persiaran Meldrum, Stesen Keretapi Lama, City Square dan berakhir di Plaza Seni.

Seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur yang berasal dari Kedah, Tan Jun Hong, 19, mengakui teruja kerana dapat mengenali lebih ramai rakan daripada IPT lain.

"Saya juga kagum dengan pelbagai rekaan seni bina beberapa bangunan lama di negeri ini sekali gus ia memberi pengalaman menarik," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan dua penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Selamah Pazalo Rahman, 19, dan Nurhafizah Mohd., 20, yang gembira kerana berpeluang bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan lain.

Malah, mereka yang merupakan sahabat baik juga teruja menjayakan pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang program tersebut selain berpeluang menimba pengalaman baru.

"Kami sangat gembira kerana berpeluang menyertai program ini. Ini kali pertama kami mengikuti aktiviti yang melibatkan penuntut jurusan sama melibatkan pelbagai IPT dan ia memberi pengalaman menarik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival promosi sains kimia

Posted:

Karnival promosi sains kimia

Karnival promosi sains kimia


PELAJAR sekolah menyaksikan dengan penuh minat seorang peserta Karnival Kimia Malaysia menjalankan eksperimen sempena karnival berkenaan di Johor Bahru, baru-baru ini. - GAMBAR/IHSAN UTM


JOHOR BAHRU 21 Jun - Bagi mempromosikan sains kimia kepada masyarakat umum, Jabatan Kimia Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Karnival Kimia Malaysia di sini, baru-baru ini.

Pengarah karnival, Dr. Che Rozid Mamat berkata, karnival dua hari itu merupakan kesinambungan daripada program yang dianjurkan di Kuala Lumpur, Ipoh, Perak dan Kota Merudu, Sabah.

Menurutnya, karnival tersebut turut mendapat kerjasama Institusi Kimia Malaysia (IKM) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) sempena Tahun Kimia Antarabangsa 2011.

"Bertemakan 'Kimia-Kehidupan dan Masa Depan Kita', ia mempromosikan sains kimia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan seharian melalui lapan sub tema iaitu kehidupan, makanan dan nutrisi, air, tenaga, bahan, minyak dan lemak, perubahan cuaca dan kualiti hidup.

"Sebanyak 70 poster berunsurkan sub tema tersebut dipamerkan di sekitar tapak karnival iaitu Dataran Fakulti Sains UTM," katanya.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, demonstrasi uji kaji kimia, pertandingan olimpiad kimia dan taman kimia turut diadakan.

Che Rozid berkata, program tersebut berjaya menarik kira-kira 1,000 pelajar dari sekitar negeri ini dan mereka berpeluang menjalankan sendiri uji kaji kimia yang disediakan pihak penganjur.

Menurutnya, selepas ini, karnival seumpamanya akan dianjurkan di Zon Pantai Timur iaitu di Kuala Terengganu dalam tempoh terdekat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved