Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pengkorporatan lebih efektif jana perniagaan – TPM

Posted:

Pengkorporatan lebih efektif jana perniagaan – TPM

Pengkorporatan lebih efektif jana perniagaan – TPM


Muhyiddin Yassin menunjukkan surat yang diterima sebagai simbolik perasmian Pusat Mel Nasional di Shah Alam, semalam. Turut hadir dari kanan, Maglin Dennis D'Cruz, Joseph Salang Gandum dan Dr. Aseh Che Mat. – BERNAMA


SHAH ALAM 21 Jun – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan Pusat Mel Nasional (PMN) Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) di sini yang merupakan pusat prosesan mel bersepadu pertama di negara ini.

Perasmian itu sekali gus menyaksikan satu lagi kejayaan transformasi kerajaan dalam bidang perkhidmatan sosial kepada rakyat.

Ini kerana PMN yang menggabungkan empat pusat prosesan iaitu Bukit Raja, Bangi, Kuala Lumpur dan Seremban berjaya meningkatkan penyelarasan operasi dan tahap keupayaan pemprosesan serta penghantaran mel melalui aplikasi teknologi moden kepada 80 peratus atau purata 3.6 juta pucuk surat sehari.

Muhyiddin berkata, melalui pengkorporatan organisasi-organisasi melibatkan kepentingan sosial seperti Pos Malaysia, kerajaan yakin ia akan lebih efektif dalam menjana model perniagaan dan melaksanakan pelan transformasi yang berkesan.

"Ini bagi mencapai prestasi yang sentiasa cemerlang di samping berjaya melaksanakan projek-projek yang berdaya hidup dan menguruskan perbelanjaan berhemah melalui sistem tadbir urus yang padu.

"Kerajaan sentiasa menggalakkan inisiatif yang kreatif dan inovatif seperti penubuhan PMN dengan matlamat meningkatkan kecekapan operasi, perkhidmatan mel dan pos terutama dengan cabaran ledakan teknologi seperti e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook dan Twitter," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Mel Nasional di Seksyen 21 di sini, hari ini.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz; Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar.

Pusat itu yang terletak di sebidang tanah seluas sembilan hektar di sini, mula beroperasi sejak Disember lalu selama 24 jam dengan kemampuan menggendalikan 40,000 mel dalam tempoh sejam membabitkan seramai 1,100 kakitangan.

Muhyiddin berkata, nilai utama prasarana terbaru Pos Malaysia yang menelan belanja sekitar RM200 juta itu bukan terletak pada aspek fizikal, sebaliknya sejauh mana setiap ruang yang dimiliki digunakan secara terbaik bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasinya.

"Saya yakin PMN akan dilengkapi dengan peralatan berteknologi terkini bertujuan memproses dan mengasingkan pelbagai bentuk dan saiz surat untuk dihantar ke destinasi dengan lebih tepat dan pantas," katanya.

Ini kerana, katanya, perkhidmatan pos kini melibatkan 15,000 pekerja, mengurus lebih dua bilion transaksi setahun dan menghasilkan pendapatan kasar RM1 bilion sekali gus mencerminkan tanggungjawab dan peranan yang sentiasa bertambah bagi Pos Malaysia kepada rakyat dan negara.

Justeru, beliau berharap agar Pos Malaysia dapat terus melaksanakan transformasi dalam mencipta jenama sebagai syarikat pos yang terbaik dan meletakkan penanda aras kejayaan syarikat terkemuka seperti Swiss Post, Deutch Post dan New Zealand Post.

"Sebagai organisasi kurier tempatan terbesar, Pos Malaysia juga akan dapat meningkatkan pencapaian dan keuntungan dengan mengambil contoh amalan terbaik dan kecekapan operasi syarikat kurier terkenal seperti Federal Express (FedEx), United Parcel Service (UPS) dan DHL," katanya.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Posmen Contoh kepada tiga orang kakitangan Pos Malaysia iaitu Amyrul Zaki Ahmad, Jamil Suud dan Zukri Ahmad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skim tawaran, insentif guru diperinci

Posted:

Skim tawaran, insentif guru diperinci

Skim tawaran, insentif guru diperinci

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin bersama Muhammad Khailani Abdul Jalil (dua dari kiri) bersama buku Jejak Warisan di Subang Jaya, semalam. Turut hadir, Noh Omar.


KUALA LUMPUR 21 Jun – Kerajaan sedang memperincikan skim tawaran baru dan bayaran insentif kepada guru seperti yang diumumkan pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian di peringkat makmal itu bukan sahaja melibatkan soal imbuhan pengetua tetapi perjawatan perguruan secara keseluruhan.

"Selepas pengumuman mengenai skim tawaran baru itu dibuat, banyak rungutan diterima khususnya daripada Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) dan beberapa kesatuan guru.

"Jadi, kita kini sedang di peringkat makmal untuk memperincikan perkara itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu perkara ini diteliti secara serius. Saya juga telah membawa perkara ini di dalam mesyuarat Kabinet," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-50 bertemakan Kepimpinan Holistik Menjana Transformasi Pendidikan Negara di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pemangku yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Muhammad Khailani Abdul Jalil

Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Kuching bulan lalu, Muhyiddin mengumumkan bayaran insentif tawaran baru dan bayaran insentif sekolah berprestasi tinggi kepada pengetua, guru besar serta warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi kecemerlangan di sekolah masing-masing.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah sampai masanya, institusi pendidikan khususnya sekolah mempunyai elemen organisasi berkeupayaan yang tersendiri.

Melalui elemen itu, katanya, setiap sekolah akan berupaya untuk melonjakkan kecemerlangannya dengan mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki tanpa terlalu bergantung harap atau pertolongan mana-mana pihak.

Menurutnya lagi, sebagai pemimpin di peringkat akar umbi dalam sistem pendidikan, kepimpinan sekolah iaitu pengetua tidak boleh berfikiran secara statik kerana situasi kini memerlukan corak pemikiran dan tindakan yang berbeza.

"Beberapa inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (Bai'ah) boleh dijadikan sasaran untuk dicapai oleh seseorang pemimpin sekolah," katanya

Di akhir ucapannya, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan tahunan berjumlah RM200,000 kepada Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) yang banyak memberikan sumbangan kepada sektor pendidikan negara serta tidak mempunyai dana khusus selepas 50 tahun ditubuhkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM lancar Kedai Rakyat 1Malaysia hari ini

Posted:

PM lancar Kedai Rakyat 1Malaysia hari ini

PM lancar Kedai Rakyat 1Malaysia hari ini

KUALA LUMPUR 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, pada pukul 5 petang esok.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin, kedai berkonsepkan pasar mini itu bakal menawarkan barangan keperluan asas dengan harga mampu milik.

Selain itu, katanya, kedai tersebut juga bakal menjual pelbagai barangan yang dibungkus semula dalam kuantiti kecil bagi membolehkan pengguna membelinya pada harga rendah, mengikut keperluan mereka.

"Barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung dan lampin pakai buang akan dipek dengan jenama 'Kedai Rakyat 1Malaysia'. Setakat ini, terdapat 250 barangan telah dijenamakan dengan jenama itu.

"Harga barangan itu disasarkan lebih murah 30 hingga 50 peratus daripada barangan biasa di kedai-kedai lain. Matlamatnya adalah untuk membantu golongan miskin di bandar," katanya dalam sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Mydin merupakan syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada pengubahsuaian kedai, membekal barangan selain menyediakan kakitangan dan sistem urus tadbir.

Mengenai kualiti barangan tersebut, Ameer Ali berkata, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi tentangnya, apatah lagi penubuhan kedai itu bukan bermatlamat mencari keuntungan.

"Kedai itu tidak menyediakan barangan berjenama. Biasanya produk berjenama mahal mereka terpaksa menanggung kos iklan.

"Ia dibuka bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk membantu rakyat kurang berkemampuan di bandar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved