Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Laksana transformasi ekonomi

Posted:

Laksana transformasi ekonomi

Laksana transformasi ekonomi


Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe (kanan) bersalam dengan Jakaya Kikwete sambil diperhati Najib Tun Razak pada penutup Forum Perniagaan Malaysia-Afrika sempena Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 Ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 21 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para pemimpin negara peserta Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 bersungguh-sungguh melaksanakan transformasi sosioekonomi dalam usaha memakmurkan negara dan rakyat masing-masing.

Menyifatkan transformasi bagaikan sebuah perjalanan, Perdana Menteri berkata, seruan tersebut penting supaya rakyat yakin bahawa kerajaan yang ada mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada kehidupan mereka pada masa depan.

Tegasnya, ia juga sejajar dengan usaha untuk melaksanakan amalan tabdir urus yang cekap dan berkesan.

Serentak itu, kata beliau, Malaysia bersedia membantu negara-negara Afrika untuk melaksanakan transformasi ekonomi malahan sanggup menghantar Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala ke benua tersebut.

"Kami boleh menghantar Datuk Idris ke negara anda untuk seketika, tetapi tidak boleh lama kerana kami masih memerlukan beliau di sini.

"Beliau tidak boleh dipindah milik dan tiada yuran pemindahan untuk beliau," katanya berseloroh menutup Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

LID 2011 diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu di sini dengan bertemakan Menjana Perkongsian Bestari Untuk Transformasi Sosio-ekonomi.

Perdana Menteri berharap transformasi di benua Afrika dapat dilaksanakan kerana pada akhirnya rakyat masing-masing akan mendapat manfaat melalui konsep perkongsian pintar sama ada dengan sektor swasta atau negara lain.

"Lakukan transformasi komuniti anda supaya rakyat yakin dengan anda kerana mana-mana negara sekalipun jika kita hidup dalam sistem politik demokrasi, sudah tentu kita mahu dipilih semula sebagai pemimpin," katanya. Kata Najib: "Mentransformasikan Afrika daripada sebuah benua yang defisit dari segi makanan kepada benua lebihan makanan ialah transformasi dan meningkatkan pengeluaran daripada satu tan sehektar kepada enam tan sehektar, juga merupakan transformasi.

"Beralih daripada agro kepada perniagaan agro adalah transformasi, menggerakkan tadbir urus yang lemah kepada tadbir urus yang baik juga satu transformasi."

Menyentuh LID 2011, Perdana Menteri menyifatkannya sebagai satu mencu tanda dalam melaksanakan konsep perkongsian pintar bagi membawa perubahan sosioekonomi kepada negara peserta.

"Sebab itulah kita mahu ia relevan dengan perubahan semasa supaya kesannya mampu mencapai visi jangka panjang kita," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanzania hos Dialog Antarabangsa Selatan Afrika 2013

Posted:

Tanzania hos Dialog Antarabangsa Selatan Afrika 2013

Tanzania hos Dialog Antarabangsa Selatan Afrika 2013

PUTRAJAYA 21 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Tanzania akan menjadi hos untuk Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) 2013 pada akhir mesyuarat tiga hari Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 hari ini.

"Tanzania akan menjadi hos SAID 2013," kata beliau menutup LID 2011 yang bertemakan 'Menjana Perkongsian Bestari untuk Transformasi Sosio Ekonomi'.

Sementara itu, Presiden Tanzania, Jakaya Kikwete menyifatkan pemilihan negaranya merupakan satu penghormatan untuk beliau dan juga rakyat negaranya.

Sepanjang tiga hari itu, jelas beliau, banyak perbincangan yang berjaya dicapai dan pujian harus diberikan kepada pemimpin Malaysia yang memberi nafas baru dengan mengadakan sesi pemukiman dan lawatan ke lapangan untuk para delegasi.

"Perdana Menteri telah menganjurkannya dengan begitu baik sekali, dengan pembaharuan ini, beliau telah menjadikan mesyuarat lebih menarik dan menawan, dan mengambil-alih daripada beliau merupakan satu cabaran," katanya ketika ditemui selepas selesainya majlis tersebut.

SAID 2013 akan diadakan di Dar es Salaam, bandar terbesar di Tanzania.

Kikwete berkata, Tanzania sentiasa mengalu-alukan pelabur Malaysia dalam sektor-sektor pembuatan, perlombongan dan pertanian negara.

Mengekalkan prinsip perkongsian bestari itu sebagai panduan, Presiden itu berharap Tanzania boleh mengetengahkan dialog yang lebih menarik lagi dengan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan bestari yang lain dalam rangkaiannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM1.18 bilion laksana 62 projek di Sarawak sehingga April

Posted:

RM1.18 bilion laksana 62 projek di Sarawak sehingga April

RM1.18 bilion laksana 62 projek di Sarawak sehingga April

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebanyak 62 program atau projek dengan nilai RM1.18 bilion telah diumum untuk dilaksana di Sarawak sehingga 30 April lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 52 projek dilaksana tahun ini manakala selebihnya akan dilakukan tahun berikutnya.

"Program atau projek yang diumumkan merupakan sesuatu yang telah dirancang lebih awal," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) ingin tahu nama projek dan nilai projek pembangunan yang telah diumumkan oleh setiap kementerian dalam dua bulan sebelum dan semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas dan jumlah projek yang akan dilaksana tahun ini.

Najib berkata, daripada sembilan kementerian yang diberikan peruntukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh dana tertinggi iaitu RM535.26 juta, diikuti Kementerian Kesihatan (RM212.53 juta), Kementerian Kerja Raya (RM200 juta), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (RM70 juta), Kementerian Pelajaran (RM65.64 juta), Kementerian Pertahanan (RM48 juta), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM20 juta), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (RM4.5 juta) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (RM2 juta).

Perdana Menteri berkata, nilai keseluruhan itu juga termasuk dana RM22.75 juta menerusi peruntukan khas Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Najib berkata, projek bekalan air, projek bina, naik taraf jalan dan lorong serta pembinaan jeti dan jambatan diberikan peruntukan besar berjumlah RM852.66 juta, manakala RM278.17 juta adalah untuk membina serta menaik taraf klinik dan hospital.

"Peruntukan selebihnya adalah untuk sumbangan dan bantuan, rumah ibadat bukan Islam serta lain-lain," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved