Selasa, 20 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penjualan hartanah perlu dikawal

Posted:

Penjualan hartanah perlu dikawal

Penjualan hartanah perlu dikawal

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 19 Sept. - Kerajaan negeri perlu mengawal pembelian tanah dan rumah oleh warga Singapura bagi mengelakkan harga hartanah melambung tinggi sehingga mengakibatkan rakyat tempatan kurang mampu membelinya.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi berkata, keadaan itu nyata meresahkan penduduk tempatan terutama orang Melayu mengenai nasib mereka pada masa depan.

"Keadaan ini juga telah meningkatkan kos sara hidup rakyat. Justeru, kami ingin meluahkan keresahan dan rasa terperangkap oleh arus pembangunan yang melingkari kehidupan masyarakat Melayu di sekitar Johor Bahru.

"PPPMM bukan berniat anti pembangunan untuk kemajuan negeri tetapi nasib orang Melayu perlu difikirkan. Jika harga tanah melambung tinggi, orang Melayu tidak berpeluang lagi membeli hartanah pada masa depan," katanya semasa ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, harga hartanah yang ditawarkan tetap sama bagi penduduk tempatan dan warga Singapura, tetapi berdasarkan nilai mata wang, nyata rakyat negara pulau itu mendapat harga yang jauh lebih murah.

Beliau berkata, pembelian tanah dan rumah secara bebas termasuk di luar Johor Bahru perlu dipantau dan peratusan atau kuota perlu dihadkan supaya rakyat tempatan tidak terpinggir.

Menurutnya, PPPMM tidak bermaksud untuk menidakkan rakyat asing memiliki hartanah di Johor tetapi situasi sekarang menunjukkan trend yang merisaukan.

"Kami difahamkan tanah di Johor Bahru sudah ada kawasan yang berharga RM1,000 satu kaki persegi berbanding di Kuala Lumpur, paling tinggi RM700 satu kaki persegi," katanya.

A. Rahman berkata, berdasarkan kajian PPPMM, orang Melayu kini tinggal di rumah-rumah flat kerana tidak mampu dengan kos tanah atau rumah yang tinggi di sini.

Katanya, jika keadaan itu tidak ditangani dikhuatiri nasib orang Melayu akan terpinggir selain dan tidak dapat merasai nikmat pembangunan yang dibawa kerajaan.

Pak Matlob ceria terima kunjungan anak murid

Posted:

Pak Matlob ceria terima kunjungan anak murid

Pak Matlob ceria terima kunjungan anak murid


Pak Matlob kini bergerak menggunakan kerusi roda setelah diserang angin ahmar di rumahnya di Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 19 Sept. - Tokoh ilmu, Mohamad Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob yang kini uzur setelah diserang angin ahmar pada pertengahan Ramadan lalu menerima kunjungan pelbagai pihak baru-baru ini.

Pak Matlob yang juga terkenal sebagai pengasas tulisan Jawi moden kini tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Walaupun uzur, beliau tetap ceria melayan tetamu yang hadir terdiri daripada bekas anak murid dan guru-guru dari Sekolah Agama Pekan Semerah (SAPS) yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Peserian.

Pak Matlob merupakan pengasas sekolah agama berkenaan dan telah mewakafkan sebahagian tanahnya untuk membangunkan sekolah itu yang kini mempunyai 130 murid darjah satu dan enam serta 30 kanak-kanak Tadika Agama Johor (TAJ).

Kehadiran murid-murid dan guru-guru SAPS yang bermarhaban di rumahnya di pekan Semerah sempena sambutan Aidilfitri kali ini nyata menyuntik semangatnya untuk kembali sihat seperti biasa.

Berkat keazaman yang kuat untuk sihat dan doa pelbagai pihak, kini kesihatan Pak Matlob semakin baik dan mula mampu menggerakkan tangan kirinya meskipun masih tidak kuat untuk memegang barangan dan terpaksa dibantu makan dan minumnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved