Selasa, 20 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sentuhan baru kedai bundle

Posted:

Sentuhan baru kedai bundle

Sentuhan baru kedai bundle

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


PEMILIK Motown Garrage di D'S2 Mall, Zulhairi Baharudin membaik pulih pakaian yang dihantar oleh pelanggan seperti seluar jean di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 19 Sept. - Memang mudah untuk mendapatkan pakaian terpakai berjenama seperti Levis, Mustang atau Lee Cooper pada harga murah kerana ia boleh didapati di kedai bundle yang kini terus mendapat tempat di hati masyarakat.

Maka tidak hairanlah sekiranya semakin banyak kedai ini berada di merata tempat di negara ini memandangkan ia bukan sahaja menawarkan harga yang lebih berpatutan malah kualitinya juga tidak kurang hebatnya.

Namun tidak seperti kedai bundle lain yang ada di negeri ini, Motown Garrage di D'S2 Mall, para pengunjung bukan sahaja dapat memiliki pakaian berjenama yang murah malahan mereka juga boleh memiliki pelbagai koleksi menarik yang jarang ditemui.

Katakan apa sahaja, semuanya boleh didapati di sini termasuklah majalah, kasut, baju, piring hitam, cakera padat (CD), cakera video digital (DVD) selain patung-patung yang jarang ditemui oleh peminat muzik rock era 70-an.

Bagi pemiliknya, Zulhairi Baharudin, 34, memberitahu, kedai yang berkonsepkan rock ini baru sahaja beroperasi sejak tiga bulan lalu dan ia adalah yang pertama di negeri ini.

Jelasnya, kebanyakan kedai bundle yang ada hanya sekadar menawarkan pakaian terpakai yang berkualiti, namun tidak pula menawarkan barangan yang dianggap antik untuk dijual kepada orang ramai.

''Apa yang menarik kedai ini ialah ia bukan sahaja menawarkan barangan seperti pakaian malahan ia turut menjual barangan seperti yang dinyatakan. Malah, kita juga memiliki barangan antik yang berkualiti untuk dijual kepada orang ramai.

''Lebih menarik lagi, orang ramai juga boleh menukar koleksi barangan mereka melalui sistem barter yang mana kita akan menilai sama ada barangan tersebut mempunyai nilai ataupun tidak," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ditanya mengenai koleksi yang paling bernilai di kedainya itu, Zulhairi memberitahu, antara koleksi kesayangannya adalah patung Batman yang diperoleh dari Australia selain koleksi piring hitam Judas Priest tahun 1978 oleh kumpulan Led Zeplin.

Malah, katanya, kesemua barangan yang dijual adalah barangan yang jarang ditemui peminat tegar kumpulan muzik rock ini contohnya, diperoleh dari beberapa buah negara termasuk Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain.

''Kesemua barangan ini dijual dengan harga RM90 sehingga RM500," katanya.

Zulhairi juga memberitahu, Motown Garrage juga menawarkan khidmat untuk membaiki jeans dan hiasan dalaman.

''Setakat ini, sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan kerana apa yang kita lihat kedai bundle ini mempunyai pengikutnya sendiri.

''Trend masa kini menyebabkan orang ramai gemar membeli pakaian di kedai bundle ini kerana di sini kami menawarkan harga yang rendah tetapi berkualiti dan sesuai untuk segenap lapisan masyarakat," katanya.

Katanya orang ramai yang ingin mendapatkan koleksi berkenaan, bolehlah berkunjung ke kedai itu di alamat G2, Tingkat Bawah, DS 2 Mall, Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNS), Persiaran Baru S2/B1 berhampiran Jusco Seremban 2 atau menghubungi di 012-3263507.

Pelanggan tertarik dengan kelainan Motown Garrage

Posted:

Pelanggan tertarik dengan kelainan Motown Garrage

Pelanggan tertarik dengan kelainan Motown Garrage


Deretan pakaian berjenama disusun menarik yang ditawarkan pada harga berpatutan oleh Motown Garrage di D`S2 Mall, Seremban.


SEREMBAN 19 Sept. - ''Saya pernah ke kedai pakaian bundle namun tidak pernah pula melihat koleksi yang begitu bernilai apatah lagi melihat piring hitam penyanyi rock kumpulan antarabangsa dijual di sini."

Itu antara pandangan orang ramai serta pelanggan yang ditemui mengenai kehadiran kedai bundle Motown Garrage yang dilihat begitu unik dan jarang ditemui di mana-mana kedai seumpamanya di negeri ini.

Bagi mereka, kehadiran kedai bundle di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNS) bukan sahaja menjadi lokasi bagi memperoleh barangan berkualiti, malahan ia juga memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan koleksi piring hitam yang jarang ditemui di negara ini.

Salah seorang pelanggan, Zulkarnain Alwi, 46, berkata, kedai Motown Garrage ini mempunyai kelebihannya tersendiri yang mana ia bukan sahaja menjual pakaian terpakai, malah menawarkan koleksi piring hitam bernilai buat pelanggan.

''Saya tidak pernah melihat kedai yang menjual pakaian terpakai, pada masa yang sama turut menjual koleksi seperti piring hitam, cakera padat (CD), cakera video digital (DVD) selain patung- patung penyanyi rock kumpulan.

''Bagi saya, ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan koleksi-koleksi mereka dengan lebih mudah dengan kualiti yang begitu tinggi," katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Arizah Arifin, 32, persepsi negatif orang ramai yang mengatakan pakaian bundle kotor tidak benar.

''Pada saya itu tidak benar kerana peniaga sudah pasti akan membersihkan dan membasuh pakaian mereka sebelum dijual. Tiada peniaga yang mahu menjual produk yang tidak elok kepada pelanggan.

''Kalau tidak percaya, macam mana bundle boleh bertahan sehingga hari ini sekiranya tiada sambutan daripada orang ramai," ujarnya.

Bagi Norlina Mazlan, 33, pula memberitahu, selain dari menawarkan barangan koleksi dan pakaian bundle, kedai itu turut menawarkan kemudahan untuk membaiki seluar jean.

''Pakaian di kedai ini sesuai untuk semua golongan umur kerana fesyennya yang tidak ketinggalan zaman dan masih dapat diterima golongan muda," katanya.

Dapaf CF tanpa air, elektrik

Posted:

Dapaf CF tanpa air, elektrik

Dapaf CF tanpa air, elektrik

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

JELEBU 19 Sept. - Rumah siap pahat berbunyi. Itu yang dapat digambarkan perihal 30 pemilik rumah di Taman Teja dekat sini yang memperoleh rumah baru namun kediaman mereka itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Lebih menghairankan penduduk, kemudahan asas tersebut belum diperoleh sungguhpun perumahan di kawasan itu sudah memiliki sijil layak menduduki (CF).

Salah seorang pemilik rumah, Mohd. Nizam Ibrahim, 34, berkata, rumah teres dua tingkat berkenaan dibeli pada 2006 dan siap sepenuhnya hujung tahun lalu.

''Pada Mac tahun ini kami dimaklumkan kawasan perumahan ini sudah memiliki CF sebelum menerima kunci dari pihak pemaju Julai lalu.

''Bagaimanapun, harapan saya untuk menduduki kediaman baru ini belum tercapai kerana sehingga kini kawasan itu belum mempunyai bekalan air dan elektrik," katanya di sini hari ini.

Mohd. Ali Imran Idris, 31, pula memberitahu, dia sendiri telah menghubungi pihak pemaju untuk bertanya masalah itu tetapi jawapan yang diterimanya sangat mengecewakan.

Jelasnya, pihak pemaju berjanji bekalan air dan elektrik akan disalurkan tidak lama lagi tetapi selepas beberapa bulan menunggu masih tiada sebarang perubahan.

''Saya juga sudah mengajukan masalah ini kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak Majlis Daerah Jelebu (MDJ) tetapi masih tiada tindakan.

''Agak pelik juga bagaimana kediaman kami boleh mendapat CF daripada MDJ sedangkan kenyataannya ia belum layak untuk diduduki lagi kerana tiada kemudahan asas," ujarnya.

Sementara Norlaila Abdul Rahman, 31, pula berharap dapat menduduki rumah baru itu dengan segera kerana ketika ini dia sekeluarga tinggal di rumah sewa.

''Tidak lama gaji saya akan dipotong untuk membayar ansuran rumah dan ini sudah tentu membebankan saya dan penduduk yang lain kerana terpaksa membayar juga rumah yang di sewa," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved