Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Magis minyak & sakura

Posted:

Magis minyak & sakura

Magis minyak & sakura

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KISAH pembersih wajah berasaskan minyak sering kali menjadi tabu dan satu ketakutan kepada wanita. Sebabnya? Minyak seperti yang diketahui adalah sesuatu yang dianggap melekit dan ramai merasakan ia melekat apabila disapukan kepada kulit.

Lain pula halnya dengan Shu Uemura yang percaya dengan keberkesanan molekul minyak untuk membersihkan kulit wajah hingga jauh ke dalam. Baginya minyak adalah satu sains unik untuk membersih permukaan wajah.

Bagi 'sifu' dunia kecantikan dan fesyen yang terkenal dengan penghasilan barangan yang menggabungkan seni dan kecantikan ini, Shu Uemura , membersih wajah merupakan langkah awal dan akhir untuk solekan. Berpaut pada falsafah seninya itu, dan meraikan bakat-bakat baru dalam dunia seni maka sifu kecantikan kontemporari Jepun ini memperkenalkan fresh pore calrifying gentle cleansing oil yang mempunyai komleks bunga sakura.

Idea berkerjasama dengan artis sebenarnya bermula pada tahun 1960-an termasuk nama-nama besar Hollywood, Lucille Ball, Elizabeth Taylor dan Debbie Reynolds yang menjadi permulaan sejarah pembersih wajah berasaskan minyak oleh Shu Uemura.

Shu Uemura percaya cairan minyak adalah paling sesuai untuk kerja-kerja membersih berbanding susu mahupun krim yang likat memandangkan ia mudah disebarkan dan lembut menyentuh kapilari di permukaan kulit wajah.

Sifat minyak yang lebih ringan serta molekul yang kecil mampu membuatnya sampai ke lapisan dalam kulit dengan lebih mudah apalagi pembersih Shu Uemura mempunyai komposisi tinggi untuk menarik kekotoran yang melekat di pori secara lembut tanpa mengganggu keseimbangan semula jadi kulit.

Apakah rahsia minyak sehingga membuatkan Shu Uemura begitu yakin dengan keberkesanannya membersihkan kulit wajah hingga jauh ke dalam?

Bagi pembersih wajahnya itu, Shu Uemura menggunakan formula unik sistem HPO (High Performance Oil System), kombinasi kompleks daripada tiga minyak terpilih bagi pembersihan menyeluruh.

Tiga minyak terpilih itu mempunyai molekul berbeza bagi membolehkan ia bertindak secara optimum terutama bagi membuang kotoran degil daripada alat solekan berasaskan lilin dan minyak seperti bedak asas, maskara kalis air dan gincu.

Kekotoran semula jadi seperti sebum juga bertindak balas dengan sistem HPO membuatkan pembersih Shu Uemura ini sangat komprehensif bagi satu langkah pembersihan.

Malah dengan kandungan tiga bahan utamanya iaitu licorice root, asid amino dan chamomile, ia juga boleh digunakan serta bagus untuk dijadikan minyak urutan.

Diformulasikan dengan asid amino untuk mengekalkan kelembutan dan melindungi kulit daripada kekeringan, gabungan sistem HPO dan bunga sakura pula memberikan ketenangan ketika dan selepas membersih.

Sejak 40 tahun lalu, Shu Uemura lahir dengan idea pembungkusan minyak pembersih wajah yang unik dan menarik mengikut permintaan semasa. Tahun ini, warna merah samar yang sinonim dengan bunga sakura menjadi pilihan Shu Uemura.

Langkah mudah menggunakan pembersih wajah ini ialah kulit wajah dan tangan mestilah kering ketika menggunakan pembersih wajah ini.

Anda hanya perlu sapukan ke wajah dan kemudian urutkannya perlahan sebelum membasuhnya dengan air. Kesan minyak akan hilang sebaik selesai bilasan dan lebih penting, kulit anda terus menjadi bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved