Selasa, 19 November 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Azean Irdawaty masuk hospital

Posted: 19 Nov 2013 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Aktres veteran Azean Irdawaty, 63, sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, semalam.

Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Beny, 35, ketika dihubungi Utusan Online berkata, keadaan ibunya tidak membimbangkan.

"Keadaan mama stabil dan masih mendapat rawatan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mama memang seorang yang tabah dan saya harap dia cepat keluar dari hospital. Harapkan doa daripada mereka yang mengenali mama," katanya yang enggan memberitahu di hospital manakah mamanya ditempatkan.

Azean sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan. - UTUSAN ONLINE

Aznil, Nabil pengacara AIM 20

Posted: 19 Nov 2013 01:35 AM PST

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi bakal bergandingan dengan pelakon dan pelawak hebat, Ahmad Nabil Ahmad untuk menerajui pentas pengacara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Pada tahun ini, AIM dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya dan tema pakaian Elegance Black Tie akan disiarkan bermula pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Majlis akan bermula dengan acara Karpet Glamor yang disiarkan pada pukul 8.30 malam kendalian Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan.

Sementara itu, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris, Aizat dan kehadiran dua penyanyi Indonesia, Datuk Rossa serta Afgan pasti akan menghiburkan penonton.

AIM 20 turut diserikan dengan barisan penyampai antaranya Adi Putera, Nabila Huda, Erra Fazira, Datuk M. Nasir, Amy Search dan ramai lagi.

Sebanyak 17 kategori akan dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved