Selasa, 19 November 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM selamat tiba dari Dhaka

Posted: 19 Nov 2013 02:01 AM PST

PETALING JAYA 19 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di tanah air hari ini setelah mengadakan lawatan rasmi sulung ke Bangladesh selama tiga hari bermula Ahad lepas.

Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, kira-kira 3 petang.

Kepulangan Perdana Menteri dan isteri disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas.

Lawatan Perdana Menteri ke Bangladesh adalah atas undangan rakan sejawatannya, Sheikh Hasina, ketika kedua-duanya mengadakan pertemuan di New York baru-baru ini.

Sebelum ke Dhaka, Bangladesh, Najib mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 yang berlangsung dari 15 hingga 17 Nov di Colombo, Sri Lanka.

Di luar CHOGM, Najib berpeluang bertemu Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan Putera Charles. - BERNAMA

Kesusahan rakyat diteliti sebelum laksana had hayat kenderaan

Posted: 18 Nov 2013 10:35 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari menegaskan perlaksanaan had hayat kenderaan tidak akan dijalankan selagi kesannya kepada kos kehidupan rakyat tidak dikaji dengan teliti.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak mahu polisi berkenaan membebankan rakyat apabila dilaksanakan.

"Kita mesti melihat kepada golongan yang akan terjejas jika polisi ini mahu dijadikan dasar Kementerian Pengangkutan.

"Saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi mengenai perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan muktamad," jelas beliau ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku "Op Fajar: The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden" di sini hari ini.

Pada 15 November lalu, Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya. - UTUSAN ONLINE

Buku Op Fajar perjelas usaha ATM, MISC atasi ancaman lanun

Posted: 18 Nov 2013 10:33 PM PST

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 19 Nov. 2013 - Kini orang ramai boleh membaca pengalaman bahaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Malaysia International Shipping Corporation (MISC) melalui Teluk Aden, yang dilaporkan penuh dengan lanun.

Dengan terbitnya buku "Op Fajar: The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden", penjelasan kejayaan usaha dan misi TLDM dan MISC di teluk berkenaan, yang menjadi laluan utama perdagangan laut dunia.

Buku meja kopi, yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menggambarkan secara ringkas kejayaan kerjasama TLDM dan MISC dalam melaksanakan operasi bukan tradisional di perairan antarabangsa.

Sementara itu, Hishammuddin dalam ucapan perasmiannya berkata, buku tersebut merupakan dokumen penting untuk menperjelas isu ancaman lanun di Teluk Aden sehingga memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan dunia.

"Op Fajar, yang mula dilaksanakan pada 30 Ogos 2008 sebagai respons kepada rampasan dua kapal milik MISC pada 19 Ogos 2008, membuktikan kesungguhan Malaysia dalam membantu negara-negara lain mengatasi masalah lanun Teluk Aden.

"Buku ini memberikan gambaran ringkas bagaimana kerajaan dan sektor swasta dapat bekerjasama dengan jayanya dalam menyelesaikan masalah-masalah global seperti ancaman lanun," kata majlis perasmian di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Buku setebal 200 muka surat ini ditulis secara kerjasama oleh pasukan penulis ATM dan MISC. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved