Selasa, 13 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jangan buat tafsiran sendiri

Posted:

Jangan buat tafsiran sendiri

Jangan buat tafsiran sendiri

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Dr. Puad Zarkashi meletakkan tangan pada balang kaca sebagai gimik perasmian Simposium Antarabangsa FRS 2011 di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 12 Sept. – Semua lapisan masyarakat diminta untuk tidak melakukan tafsiran sejarah mengikut kefahaman sendiri sehingga menimbulkan kekeliruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sejarah tidak boleh ditokok tambah melainkan ia disokong oleh fakta kukuh.

Beliau berkata, apa yang berlaku kini adalah lebih menjurus kepada tafsiran sejarah mengikut kejahilan serta fahaman politik tanpa berlandaskan sumber yang sahih sehingga menimbulkan polemik dalam masyarakat.

"Sejarah adalah sejarah. Sekiranya terdapat keraguan, kita seharusnya merujuk kepada pakar sejarah dan bukannya membuat tafsiran sendiri.

"Sekiranya ia dilakukan mengikut tafsiran sendiri, maka ia akan menimbulkan kekeliruan dan ia tidak baik untuk generasi muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Sekolah Berasrama Penuh 2011 di Sekolah Tun Fatimah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua pihak tidak sesekali cuba mengubah fakta sejarah dengan mengagung-agungkan kezaliman pengganas komunis pada era darurat.

Perdana Menteri berkata, rakyat pada era tersebut bangkit menentang perjuangan komunis yang cuba menguasai negara dengan ideologi yang tidak boleh diterima termasuk antiagama malah sanggup melakukan pembunuhan.

Mohd. Puad berkata, polemik ketika ini sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih sokongan dan pada masa sama cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan.

"Mereka ini sudah ketandusan isu dan perkara ini sengaja diwujudkan kerana beranggapan pilihan raya umum sudah semakin hampir," katanya.

3,000 jayakan Hari Kemerdekaan di Ledang

Posted:

3,000 jayakan Hari Kemerdekaan di Ledang

3,000 jayakan Hari Kemerdekaan di Ledang


ABDUL Ghani Othman (tiga dari kanan) dan Dr. Jamilah Ariffin bersama orang ramai yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Daerah Ledang di Ledang, kelmarin.


LEDANG 12 Sept. - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 peringkat daerah Ledang berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 3,000 orang yang memenuhi Dataran Ledang, Tangkak dekat sini semalam.

Sambutan dimulakan dengan perarakan oleh pelbagai jabatan kerajaan, swasta, badan beruniform serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Jalan Paya Emas serta diserikan dengan persembahan kebudayaan pelajar dari daerah ini.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Turut hadir isterinya, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris.

Abdul Ghani dalam ucapannya mengingatkan masyarakat negeri ini supaya sentiasa memelihara kekuatan perpaduan serta mengenang jasa pemimpin terdahulu yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Kemerdekaan negara dicapai tanpa pertumpahan darah tetapi liku-liku memperoleh kemerdekaan dan mempertahankannya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Banyak nyawa telah terkorban sejak jatuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka," katanya.

Menteri Besar berkata, kemakmuran yang diperoleh daripada kemerdekaan negara perlu diteruskan kerana ia akan memacu kemajuan dan pembangunan yang membawa limpahan kesejahteraan.

Beliau juga menggesa rakyat negeri ini tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan perpaduan masyarakat semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik.

"Kemajuan yang dicapai hari ini adalah hasil persefahaman yang tinggi sehingga negara Malaysia yang berbilang kaum dapat menjadi aman dan stabil. Namun, semua kejayaan akan musnah sekiranya kestabilan ini diancam polarisasi bagi memecahkan perpaduan kaum," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved