Selasa, 13 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib: Satu lagi pusingan liberalisasi ekonomi dalam bajet 2012

Posted:

Najib: Satu lagi pusingan liberalisasi ekonomi dalam bajet 2012

Najib: Satu lagi pusingan liberalisasi ekonomi dalam bajet 2012

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Akan ada satu lagi pusingan liberalisasi ekonomi dalam pengumuman Bajet bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Liberalisasi itu baik untuk daya saing mampan jangka panjang kita. Ia membina kekuatan intrinsik kita bukan melalui perlindungan ataupun subsidi," kata beliau dalam temu bual dengan Forbes Asia Magazine.

Temu bual itu disiarkan dalam edisi khas majalah itu bulan ini.

"Kita telah pun meliberalisasikan ekonomi, tetapi saya perlu meredakan kebimbangan domestik yang pembukaan yang terlalu pantas boleh mengancam," kata Perdana Menteri ketika menjawab mengenai bagaimana Malaysia meliberalisasikan atau melonggarkan ekonominya.

"Kita perlu berdaya saing kerana faktor-faktor seperti produktiviti, teknologi dan proses kita," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Mengenai bagaimana ekonomi Malaysia menunjukkan prestasinya, Najib berkata, pemulihan negara daripada krisis kewangan global begitu menggalakkan.

"Berikutan penguncupan ekonomi pada 2009, kita telah mencapai 7.2 peratus pertumbuhan pada 2010. Pemulihan yang kukuh ini berterusan ke tahun 2011 dan kita menjangka mencapai pertumbuhan lima hingga enam peratus tahun ini," kata beliau.

Najib berkata, angka-angka berhubung asas-asas seperti pelaburan awam dan swasta serta penggunaan nampak begitu mantap.

"Antara faktor utama untuk pemulihan ini adalah lonjakan 530 peratus pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah kira-kira RM28 bilion pada 2010," katanya.

Minggu lepas, Najib mengumumkan untuk separuh pertama 2011, Malaysia telah menarik RM21.3 bilion dalam jumlah FDI.

"Para pelabur semakin yakin dengan program transformasi ekonomi dan model baru ekonomi kita," kata beliau.

Najib berkata, pada pemulihan global kali ini, kerajaan sedang mengukuhkan Malaysia secara strategik sebagai hab untuk ASEAN dan Asia Timur.

Mengenai hubungan ekonomi Malaysia dengan negara Asia dan Timur Tengah, Najib berkata, negara mempunyai hubungan ekonomi yang baik dengan China membabitkan jumlah dagangan mencecah RM149 bilion.

"Satu perkara yang saya ingin tingkatkan dengan secara signifikan adalah menggalakkan China untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang di Malaysia melangkaui pelaburan jangka pendek seperti projek-projek pembinaan."

Dengan Singapura pula, beliau berkata, Malaysia telah menyelesaikan masalah selama 20 tahun mereka berhubung pendapat mengenai perjanjian dan kini masing-masing dalam mode konstruktif dari segi hubungan dua hala.

"Walaupun kita bersaing, kita seharusnya memajukan hubungan produktif selagi kita boleh lakukan.- BERNAMA

Tingkat persediaan hadapi banjir

Posted:

Tingkat persediaan hadapi banjir

Tingkat persediaan hadapi banjir

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertanya khabar kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di Padang Besar, semalam. Turut mengiringi Azizan Hamid (dua dari kanan) dan Mansor Jusoh (kanan).


PADANG BESAR 12 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan semua pihak menjadikan banjir yang melanda negeri ini sejak semalam sebagai ujian kepada rakyat dan kerajaan negeri serta agensi di bawahnya supaya lebih bersedia pada masa akan datang.

Sehubungan itu, titah baginda, pihak berkenaan akan dapat menyediakan Pelan Pengurusan Bencana yang lebih baik, selamat, sistematik dan efektif berdasarkan pengalaman masa lalu.

"Ia melibatkan pelbagai agensi, antaranya Majlis Keselamatan Negeri, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Majlis Agama Islam Perlis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," titah baginda.

Tuanku Faizuddin bertitah demikian ketika meninjau beberapa pusat pemindahan banjir serta kawasan yang dilanda bencana itu di utara Perlis di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Mansor Jusoh.

Semalam, Perlis sekali lagi dilanda banjir termasuk Titi Tinggi Hilir dan Kampung Panggas Besar, melibatkan 40 keluarga yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berhampiran.

Sementara itu titah baginda, walaupun bencana alam tidak boleh dielakkan, persiapan rapi dapat meminimumkan kadar korban dan kerosakan harta benda.

"Tindakan pasca banjir perlu dilaksanakan secara konsisten seperti merencanakan semula pelan pembangunan yang komprehensif dengan mengambil kira pelan penampan banjir.

"Ini termasuk pelan sistem perparitan dan saliran yang lebih baik sebagaimana dikemukakan oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan," titah baginda lagi.

12% syarikat di bawah PSMB gagal latih pekerja

Posted:

12% syarikat di bawah PSMB gagal latih pekerja

12% syarikat di bawah PSMB gagal latih pekerja

SUBANG 12 Sept. - Sebanyak 12 peratus daripada 12,717 syarikat yang berdaftar di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) tidak menyumbang dalam usaha melatih para pekerja berkemahiran tinggi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, sehingga hari ini hanya 28 peratus daripada 11.5 juta pekerja di negara ini adalah produktif, kompetitif, serba mahir dan berpengetahuan tinggi.

"Jumlah tersebut sedikit dan menyebabkan negara ketinggalan untuk menuju status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Berdasarkan Akta PSMB 2001, majikan perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pekerja dengan melengkapkan mereka melalui kemahiran serta khusus yang terkini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan dan pameran PSMB 2011 di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved