Sabtu, 3 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PGM tingkatkan operasi

Posted:

PGM tingkatkan operasi

PGM tingkatkan operasi

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 2 Sept. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 2 mempergiatkan lagi operasi bagi membanteras aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia keluar dan masuk dari negara ini terutama membabitkan perairan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Komander PGM Wilayah 2, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, operasi pihaknya akan lebih tertumpu di kawasan satu batu nautika ke laut, pesisir pantai dan di dua batu nautika di pulau-pulau yang diwartakan sebagai taman laut.

Menurutnya, berdasarkan maklumat risikan dan pemantauan yang dibuat, kebiasaannya pendatang asing tanpa izin (PATI) akan balik sebelum Hari Raya Aidilfitri dan jumlah tersebut dapat dilihat melalui hasil tangkapan yang dibuat sebelum ini.

"Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, seramai 844 PATI pelbagai warganegara berjaya ditahan berbanding 371 orang yang ditahan sepanjang tahun lalu. Jumlah kes dicatatkan sepanjang tempoh itu adalah 175 kes berbanding 386 tahun lalu.

"Peningkatan ketara itu ekoran operasi yang giat dijalankan PGM Wilayah 2 khususnya di kawasan pesisir pantai dan di laluan-laluan tikus yang dikenal pasti," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, sebanyak 35 'laluan panas' dikenal pasti wujud di kawasan Wilayah 2, sekali gus pihaknya akan memberi tumpuan terutamanya di sepanjang pesisir pantai di Pontian dan Kota Tinggi.

Zainul Abidin berkata, sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, nilai rampasan barangan mencecah RM4.5 juta berbanding RM1.9 juta pada tahun lalu.

Beliau memberitahu, pihaknya turut memberi tumpuan di kawasan perairan di Port Dickson, Negeri Sembilan yang sebelum ini menjadi tempat sindiket penyeludupan motosikal ke negara jiran.

"Biarpun kita tidak menerima kes seumpama ini lagi setakat ini, pemantauan tetap dilakukan kerana kami turut memandang serius kegiatan jenayah itu yang dikhuatiri mampu menyumbang kepada jenayah lain," katanya.

Penjawat awam diminta beri khidmat terbaik

Posted:

Penjawat awam diminta beri khidmat terbaik

Penjawat awam diminta beri khidmat terbaik

PONTIAN 2 Sept. - Para penjawat awam diingatkan supaya sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada orang ramai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan amanah, mereka juga harus mengamalkan prinsip bekerja seperti menepati waktu dan ketelitian dalam melaksanakan tugas.

"Ini termasuklah menambah baik sistem penyampaian awam serta bersedia untuk menerima teguran mahupun pandangan daripada pelanggan yang sentiasa memerhatikan kerja yang mereka lakukan setiap hari.

"Dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini, perkhidmatan awam yang berkualiti tidak mungkin akan tercapai sekiranya tiada komitmen dan kesungguhan daripada semua pihak," katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seramai 253 guru serta staf sokongan yang berkhidmat di PPD serta sekolah di daerah Pontian menerima sijil penghargaan masing-masing.

Turut hadir, Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Ab. Rahim Lamin dan timbalannya, Ismail Rosdi.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, perkhidmatan awam kini menghadapi pelbagai cabaran dengan meningkatnya kesedaran orang ramai tentang hak mereka terhadap kerajaan dan perkhidmatan yang disediakan.

"Ini sekali gus menjadi cabaran kepada kakitangan perkhidmatan awam untuk mengubah cara bekerja, cara berfikir dan perlu bertindak dengan lebih berkesan supaya keputusan yang diubah tidak dipertikaikan," katanya.

Menurutnya, bagi memenuhi tuntutan itu, kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi mewujudkan elemen kebertanggungjawaban yang tinggi kepada penjawat awam.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved